Susulan pendedahan TheCorporateSecret sebelum ini mengenai tindakan peguam ‘Scammer’ Kington Tong Kum Loong yang bukan sahaja bersekongkol dengan Mafia Korporat Chong Loong Men budak Victor Chin beliau juga menggunakan individu, ahli perniagaan dan Mafia Korporat China ‘mencuci’ dana haram melabur di syarikat senaraian awam di negara ini
Satu syarikat yang pasti ialah AGILE GROUP HOLDINGS LIMITED adalah sebuah syarikat pelaburan yang terlibat dalam pembangunan hartanah dan operasi hotel di Republik Rakyat China (RRC). Agile sebelum ini pernah diambil tindakan pihak berkuasa bagi pelaburan melibatkan kepentingan keluarga lembaga pengarahnya.
Di Malaysia anak syarikat mereka ialah Agile Real Estate Development (M) Sdn Bhd. Pemegang sejuta saham syarikat ini ialah Mafia Korporat Hongkong, Mindway Limited. Ahli Lembaga Pengarahnya ialah Chai Weng Kai (CEO), Chen Zhuo Lin dan skandal Peguam Kington, Miss Zhao Yan Ji.
[BACA DI SINI- Peguam ‘Scammer’ Kington dan Skandal Miss Zhao Yanji ‘cuci’ duit Mafia Korporat China di Jetson Berhad
Kington berjaya memasukkan skandalnya Miss Zhao Yanji menjadi ahli Lembaga Pengarah di Kumpulan Jetson dan kini berusaha untuk membawa Chai Keng Wai CEO Agile Real Estate Development (M) Sdn Bhd sebagai Pengarah Urusan dengan gaji yang lumayan dan Pengarah Kumpulan Jetson Berhad. Namun setakat ini masih gagal.
Sekitar Mei dan Jun Kington Tong Kum Long melakukan cubaan manipulasi saham dengan membeli saham seberapa banyak dalam Kumpulan Jetson Berhad. Di atas kertas Kington Tong Kum Long antara pemegang saham individu terbesar iaitu melebihi 27 peratus kepentingan atau 74,029, 800 saham langsung atau tidak langsung.
Pembelian Kington Tong Kum Loong berterusan setiap hari sebelum EGM melonjakkan saham Kumpulan Jetson 42 sen pada 12 Jun sebelum jatuh kembali kepada 33 sen pada 13 jun. Kington meraih untung dari kenaikan harga saham dan tahu dia rugi selepas itu maka dia juga menjual sahamnya pada 13 jun . Harga saham Jetson sehingga 20 Jun kekal jatuh 27 sen.
Selain ‘Money Laundering’ cuci wang syarikat China, AGILE GROUP HOLDINGS LIMITED melalui anak syarikatnya di Malaysia, Agile Real Estate Development (M) Sdn Bhd diketuai Chai Keng Wai didapati Kington Tong Kum Long juga menggunakan nama-nama lain termasuk syarikat judi China untuk memanipulasi saham Kumpulan Jetson.
Antara yang dikenal pasti ialah Kelvin Tan Hai Ching Naib Presiden Pemasaran Antarabangsa pengendali kasino Macau Melco Crown Entertainment Ltd. Kelvin juga merupakan Naib Presiden Eksekutif untuk Sands China Ltd pada 2015 hingga sekarang. Perniagaan ‘Gambling’ adalah makanannya.
Kelvin Tan menggunakan dana-dana judi haram ini untuk melabur di Malaysia dalam syarikat senarai awam seperti Kumpulan Jetson Berhad atau mana-mana yang disyor oleh Kington Tong Kum Loong dan firmanya.
Kelvin Tan Hai Ching pada 12 Jun 2023 mempunyai 9.5 juta saham sebelum menambahnya lagi menjadi 10.3 juta saham namun selepas menjualnya maka pada 28 Jun hanya tinggal 2 juta saham sahaja. Mereka menjualnya selepas EGM Kumpulan Jetson Berhad dibuat.
CEO Agile Chai Keng Wai sendiri mempunyai 1.7 juta saham namun selepas EGM hanya tinggal 500 ribu selepas menjualnya untuk mengaut keuntungan. Foo Mao Hsien dari AGILE suami kepada Miss Zhao, Yanji masih mengekalkan 986 ribu sahamnya begitu juga Ch’n Geik Ling dalam 2.2 juta saham sehingga julai. Justaine dari 600,000 kini tinggal 200,000 saham sahaja (Belum masuk nominees lain). Manakala Leong Chee Lip dan Ye Lang Heng masing-masing dari 2 juta dan 1 juta saham kini pada 28 Jun menjual kesemua saham mereka.
Bermula 17 Julai hingga 20 Julai Kington Tong Kum Loong dan Miss Zhao Yanji Lembaga Pengarah Kumpulan Jetson Berhad didapati sedang melupuskan saham-saham mereka.
MANIPULASI SYARIKAT BROKER SAHAM
Peguam ‘Scammer’ Kington Tong Kum Loong bukan saja pandai memanipulasi saham menggunakan mafia korporat dalam negara dan luar negara khususnya syarikat China beliau juga memanipulasi saham melalui kemudahan pembiayaan margin saham besar daripada syarikat broker saham untuk mengelakkan peraturan AMLA (Money Laundering) di bank biasa.
Antara Firma broker saham yang terlibat ialah MIDF, Kenanga, UOB, Sekuriti Melaka, Sekuriti Affin, Sekuriti M&A & TA Sekuriti. Kington menggunakan rasuah dan memeras ugut pegawai kanan di firma broker saham untuk meluluskan pembiayaan margin yang besar untuk dia gunakan bagi memanipulasi saham seperti dalam dalam Kinergy Advancement Berhad (Dulu Kejuruteraan Asastera Bhd) dan kumpulan Jetson Berhad.
Bank Negara, Bursa & Suruhanjaya Sekuriti wajar menyiasat pembiayaan besar margin diberikan kepada Kington ini.
BAGAIMANA KINGTON LAKUKAN MANIPULASI DI KINERGY ADVANCEMENT BERHAD (KAB)?
Selain Kumpulan Jetson, Kington turut melakukannya dalam Kejuruteraan Asastera Bhd (Kini tukar nama Kinergy Advancement Berhad (KAB).
Sebelum ini Kington Tong Kum Long merupakan pemegang saham kedua terbesar (19.77%) di Kinergy Advancement Berhad selepas Pengasas KAB Dato’ Lai Keng Onn yang memiliki 423.3 juta saham atau 24%. Bagaimanapun selepas pelupusan saham bulan ini lalu saham itu kini sekitar 14.79 %.
SYARIKAT GAT SUCCESS (M) SDN BHD & EVEREST PAVILION SDN BHD
Kington melakukan jual beli saham atas namanya atau nama Cherry Anne Tong Chun Lung Pengarah syarikat GAT Success (M) Sdn Bhd selain Faith Chow Poh Ten dan Syarikat Everest Pavilion Sdn Bhd.
Seperti Kington lakukan membawa Mafia Korporat China untuk membeli saham-saham Kumpulan Jetson Berhad, Kington juga boleh melakukan kepada syarikat lain seperti Kinergy Advancement Berhad (KAB). Kington sudah tentu belajar banyak daripada gurunya Dato’ Chin Chan Leong Pengasas Fountain View Development Berhad yang terkenal dengan manipulasi saham di zamannya.
Suruhanjaya Sekuriti digesa siasat Peguam Kington Tong Kum Loong. Pengerusi SC Datuk Seri Dr Awang Adek sepatutnya mengarahkan Pengurus Besar, Penyiasatan SC diketuai Sarah Asmat menyiasat segera dakwaan ini. Terdapat dakwaan pegawai siasatan SC mengambil rasuah untuk melepaskan kes-kes Mafia Koporat dan manipulasi saham di negara ini.