EA Mobility beri notis “Put Option” berkaitan kekurangan Pesanan Bas kepada CFM
Kemelut hubungan Syarikat Computer Form (Malaysia) Berhad dengan rakan niaganya Thailand EA Mobility Holding yang kontroversi baru-baru ini nampaknya bakal menjejaskan nama baik Malaysia.
Pengumuman CFM di Bursa Malaysa 3 Julai lalu mengenai kerjasama positif CFM dan syarikat gergasi EV Thailand, EA Mobility Holding Co. Ltd nampaknya tidak benar.
Terbaru syarikat peneraju tenaga boleh diperbaharui dan syarikat terkemuka dalam industri teknologi hijau yang berpangkalan di Thailand EA Mobility Holding menyampaikan notis “ put option” kepada syarikat Computer Form ( Malaysia) Berhad ekoran kekurangan pesanan bas.
Menurut Syarikat berkenaan di dalam klausa 7.2.3 perjanjian yang dilaksanakannya bersama Computer Forms (Malaysia) Berhad bertarikh 5 Januari 2023, syarikat berkenaan mempunyai hak untuk menjual bahagiannya di dalam Energy Absolute (M) Sdn. Bhd.
Menurutnya versi Perjanjian Pindaan dan Penyata Semula No.1 kepada Perjanjian Pemegang Saham antara Computer Forms (Malaysia) Berhad, Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat, dan EA Mobility Holding Co., Ltd yang bertarikh 27 Mac 2023 pula sekiranya di dalam tempoh 6 bulan dari penubuhan tarikh EAM, CFM tidak mendapatkan EAM pesanan sah dari produk kenderaan elektrik sekurang-kurangnya dua ratus kenderaan, ataupun bayaran tunai deposit atau harga belian yang dibayar secara tidak boleh ditarik balik oleh pembeli yang berkaitan untuk Pesanan Disahkan sedemikian secara agregat sekurang-kurangnya RM12,500,000. (Ringgit Malaysia Dua belas juta lima ratus ribu).
Tambah syarikat itu lagi, sehingga tarikh tamat asal perjanjian itu iaitu 30 Jun 2023, EAM belum menerima sebarang tempahan bas daripada mana-mana pelanggan katanya.
Oleh itu syarikat berkenaan ingin melakukan tindakan “ put option” di bawah klausa kekurangan pesanan bas dimana pihak CFM akan menyelesaikan pemindahan undang-undang semua saham daripada EAM yang dimiliki oleh EMH kepada Pihak CFM pada harga saham setara dengan harga saham yang dibeli oleh EMH tersebut saham daripada Pihak CFM atau Pihak CFM akan membuang semua pengarah yang dicalonkan secara sah oleh EMH daripada pengarah Syarikat katanya.
Ini sekaligus menjawab kenyataan media 3 julai lalu melalui perfailan di Bursa Malaysia Computer Form (M) Berhad bagi menjawab respon kepada pertanyaan dari pemegang saham mengenai status usaha bersama ini yang dilaporkan sebelum in hanya sekadar bagi tujuan manipulasi saham oleh CFM sebagaimana dilaporkan sebelum ini.
EA MOBILITY HOLDING CO. LTD TAMATKAN PERJANJIAN
DENGAN COMPUTER FORM (M) BERHAD
Dalam erti kata lain syarikat gergasi EV Thailand EA Mobility Holding Co. Ltd menamatkan perjanjian kerjasama dengan syarikat Computer Form (M) Berhad.
Jelas syarikat gergasi EV Thailand itu tidak senang dengan CFM menangani isu itu di Malaysia termasuk usaha Mafia Korporat menipu rakan perniagaan dan merampas syarikat menggunakan penguatkuasa di Malaysia.
Bagaimanapun surat penamatan kerjasama EAM-CFM itu setakat ini tidak diumumkan dalam Bursa Malaysia sejak tarikh 10 Julai itu. Setakat 14 julai tiada pengumuman CFM dibuat kepada Bursa Malaysia.
Apakah bermaksud CFM menyembunyikan maklumat ini daripada pemegang sahamnya?
Apakah Bursa Malaysia tidak tahu atau tidak diberitahu oleh CFM?
Sudah tentu penamatan kerjasama EAM dan CFM ini memalukan Malaysia ekoran pengumuman sebelum ini mengenai pelaburan RM5 bilion kerjasama EAM dan CFM itu.
Pengumuman kerjasama itu sejak 5 Januari 2023 dan perjumpaan bersama PM Anwar telah melonjakkan saham syarikat CFM mencecah paras tertinggi 52 minggu sebanyak RM2.96. Jacky Pang Chow Huat dan rakan Mafia Korporatnya meraih untung besar.
Bagaimanapun eksesais Jacky Pang dengan Fitters Diversified Berhad dan BSL Corp selepas meraih untung besar sebelum ini telah menjunamkan saham CFM sehingga 90% dari urusan jual beli manipulasi saham syarikat-syarikat milik Jacky Pang. Lantaran itu pada 8 Mac lalu Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) selepas harga sahamnya naik dan menjunam teruk itu.
Persoalan besar ialah bagaimana Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membenarkan pembelian dan penjualan saham kepada syarikat milik mereka sendiri? Manipulasi saham, ‘insider trading’ dan jelas menipu pelabur asing syarikat gergasi EV dari Thailand itu.
Mengapa Suruhanjaya Sekuriti tidak mengambil tindakan terhadap Dato’ Sri Jacky Pang Chow Huat ini?
Mengapa SPRM khususnya Wong Yun Fui Bahagian Siasatan D tak berminat pula menyiasat Dato’ Sri Jacky Pang dan CFM sebagaimana siasatan SPRM sebelum ini yang menyiasat kes melibatkan syarikat senarai awam walaupun tidak melibatkan kesalahan SPRM?
Jelas sekali Mafia Korporat di negara ini mengawal tindakan siasatan terpilih Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Bayangkan betapa teruknya tahap ‘scammer’ Computer Form (M) Berhad Mafia Korporat ini, Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama CFM dan EAM yang dihadiri Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia pun tidak dibayar bernilai RM 385,742.00. Untung manipulasi saham puluhan juta tapi majlis bersama menteri tak mahu bayar!
Untuk Imej
Untuk Rujuk Fail