Kementerian Kewangan (MoF) telah meluluskan pelantikan MyEG Services Bhd (MyEG) sebagai ejen kutipan hasil kerajaan dan melanjutkan peranan syarikat itu sebagai penyedia perkhidmatan dalam talian Jabatan Imigresen Malaysia, kata MyEG.
Menurut penyedia perkhidmatan e-kerajaan itu, terma lanjutan akan dimuktamadkan berdasarkan perbincangan selanjutnya dengan kerajaan apabila tiba masanya dan perjanjian untuk memformalkan pelanjutan itu akan ditandatangani kemudian.
“Lembaga pengarah berpendapat lanjutan itu memberi manfaat kepada syarikat dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 dan selanjutnya,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Menurutnya syarikat tidak menjangkakan sebarang risiko berkaitan pelanjutan itu buat masa ini dan tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama dan orang yang berkaitan dengan pengarah dan/atau pemegang saham utama mempunyai apa-apa kepentingan, secara langsung atau tidak langsung dengan pelanjutan itu.
Katanya syarikat itu akan membuat pengumuman yang diperlukan pada masa sesuai kepada Bursa Malaysia Securities untuk perkembangan selanjutnya pelanjutan itu sekiranya terdapat maklumat penting di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
3 Mei lalu Menteri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan kontrak MyEG Services Bhd (MyEG) dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun bagi perkhidmatan berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disediakannya.
Anthony Loke menjelaskan biarpun kontrak itu dilanjutkan namun ia tidak lagi eksklusif seperti sebelum ini.
Loke menjelaskan pihaknya bersedia mempertimbangkan sekiranya ada penyedia e-kerajaan lain ingin membuat permohonan.
“Mereka telah diberikan lanjutan tiga tahun. Kita telah beri mereka lanjutan tiga tahun. Kami sudah jelaskan ia tidak eksklusif.
“Bermakna mereka hanya salah satu penyedia, jika ada penyedia e-kerajaan lain yang ingin memohon dengan kerajaan kita boleh pertimbangkan,” katanya
Bagaimanapun maklumat lanjut status MyEG sebagai ejen kutipan hasil kerajaan ini akan diumumkan kemudian
Pemilik saham tunggal terbesar ialah pengasasnya Dato’ Wong Thean Son. (TS Wong).
Di belakangnya pernah dikaitkan dengan Dato’ Sri Lim Kok Han (Dato’ Teleng) yang kontroversi sekarang dengan Mafia Korporat. Walaupun nama Lim Kok Han tiada dalam MyEG Services Bhd namun semua belakang MyEG ialah Lim Kok Han.
Lim Kok Han juga memiliki saham bersama pegawai kanan SPRM sebelum ini. Baru-baru ini terlibat dengan kes ugutan pistol namun dibebaskan.