Dua siri pendedahan Skandal Rasuah ‘Big Ben’ Petronas-Petrofac kontrak RM399 juta termasuk aduan mengenainya kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan secara rasmi sudah membuka fail siasatan berhubung pemberian projek PETRONAS bernilai RM399 juta di Sarawak kepada syarikat Petrofac dari UK yang sebelum ini disekat oleh banyak negara akibat pendakwaan rasuah.
Terima kasih kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dan semua media perdana termasuk portal-portal di negara ini yang menyiarkannya. Ini tanda semua pihak mahu membenteras rasuah di PETRONAS.
SPRM dalam satu kenyataan media berkata, dalam siasatan itu pihaknya menemukan beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja dipercayai berkaitan pemberian tender projek berkenaan.
Sehubungan itu, agensi berkenaan berkata PETRONAS perlu membuat penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah pencegahan rasuah.
“Berhubung dakwaan terdapat perbuatan rasuah membabitkan projek PETRONAS serta sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa yang disiarkan di sebuah portal baru-baru ini, SPRM mengesahkan sudah membuka fail siasatan terhadap isu itu,” katanya
SPRM juga mengesahkan PETRONAS sudah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan itu.
PETRONAS turut menyeru pihak yang mempunyai maklumat baharu berhubung isu terbabit supaya tampil untuk membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009.
Kes rasuah di PETRONAS tidak pernah surut. Siasatan terbaru SPRM terhadap PETRONAS ini adalah yang kedua dalam tempoh dua tahun, selepas SPRM ‘menyerbu’ Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) pada November tahun lalu dan menahan sembilan individu termasuk seorang eksekutif muda. Pendakwaan juga telah dibuat pada januari 2023.
Pendedahan mengenai pemberian projek RM399 juta di Sarawak yang dilaporkan oleh The Corporate Secret mewujudkan kemusykilan yang besar kerana syarikat Petrofac yang terbukti bersalah kes rasuah tetapi diberi kontrak AS$96 juta (RM399 Juta) membina loji gas darat baharu di negeri Sarawak oleh PETRONAS.
Petrofac pernah disekat oleh PETRONAS pada 2016 kerana skandal rasuah, tetapi kemudian didakwa diberi layanan istimewa walaupun beberapa negara sudah membuat sekatan terhadap syarikat berkenaan pada 2021.
Emiriah Arab Bersatu pada Mac 2021 melarang syarikat itu bersaing untuk kontrak baharu, beberapa bulan selepas bekas eksekutif pembekal perkhidmatan medan minyak mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah di Britain.
Serious Fraud Office (SFO) turut mengesahkan kes salah laku rasuah Petropac pada Oktober 2021 tetapi Tengku Muhammad Taufik CEO Petronas pula memberikan kontrak ratusan juta kepada Petrofac.
Lantaran itu terdapat sumber dalaman Petronas dalam SKANDAL BIG BEN Datuk Tengku Muhammad Taufik menerima rasuah layanan istimewa di Big Ben London oleh Syarikat Petrofac!. Kereta mewah, wanita cantik, pemberian rumah nilai berjuta dan wang ratusan juta dari komisen projek. Ada beberapa saksi pertemuan Tengku Muhammad Taufik dengan pengurusan Petrofac sebelum Petronas menandatangi kontrak bernilai hampir RM400 juta itu.
Diharap sebagaimana seruan SPRM yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini agar tampil memberikan maklumat sebenar agar skandal rasuah CEO Petronas ini dapat dirungkai. Ini kerana terdapat laporan di Sarawak projek Petrofac gagal dan kos bertambah RM150 juta.