12 April lalu Pegawai Khas Menteri dan Setiausaha Sulit Menteri Sumber Manusia V Sivakumar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kes pengambilan pekerja asing membabitkan nilai RM97 juta
Pegawai Khas yang ditahan ialah Sugumaran Periasamy dan Setiausaha Sulit SK Vel Mahasvari Rajangam bekas Wanita MIC yang menyertai DAP V Sivakumar.
Turut ditahan seorang ejen syarikat pengambilan pekerja asing turut ditahan SPRM untuk membantu siasatan.
Dalam siasatan itu, SPRM sudah menyerbu pejabat kementerian terbabit yang didakwa mengadakan proses pengambilan pekerja asing yang dikaitkan dengan KSM.
Difahamkan, lebih ramai pegawai termasuk Setiausaha Polik Menteri iaitu Ravindran A/L Vengadasamy serta pegawai agensi di bawah kementerian itu akan dipanggil ke ibu pejabat SPRM.
Ravindran SUPOL VSivakumarlah dalang besar dalam urusniaga ini.
Isu rasuah di Kementerian Sumber Manusia bukan baharu sebelum ini CEO Syarikat Bestinet dan beberapa agen direman SPRM berhubung rasuah pengambilan pekerja asing. Bestinet merupakan syarikat milik kroni Saravanan Dato’ Sri Aminul Islam bin Abdul Nor yang dilantik kerajaan melaksana Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS).
Bagaimanapun Saravanan dan konconya Dato’ Shahul Hameed CEO HRD Corp selamat daripada ditahan SPRM.
Begitu juga Menteri Sumber Manusia sekarang V Sivakumar yang dilaporkan belum dipanggil SPRM.