Seacera Group Bhd Pengeluar Jubin yang diberi status Nota Amalan (PN17) sejak tahun 2019 nampaknya belum keluar lagi dari status itu.
Sekarang dah tahun 2023 nampaknya Seacera Group belum keluar daripada Status PN17 berdasarkan senarai terbaru Bursa Malaysia.
Seacera yang pada tahun 2019 gagal membayar hutangnya kepada AmBank Islamic Bhd selepas mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM43.13 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018.
Seacera juga penuh drama politik apabila Datuk Tan Wei Lian, pemegang saham tunggal terbesar lebih 16 peratus pegangan dalam syarikat itu terpaksa melupuskan lebih 24 juta sahamnya dalam Seacera. Tan Wei Lian tak mungkin mampu berlawan dengan pasukan Mafia Korporat.
Pengumuman terbaru Seacera ialah 1 Mac lalu memaklumkan Lembaga Pengarah Syarikat itu menyatakan tiada perkembangan besar daripada pengumuman bulan sebelumnya tentang pemulihan syarikat.
Bagaimanapun syarikat mempunyai masa kurang daripada 1 bulan atau sehingga 24 April 2023 bagi menyerahkan pelan penyusunan semulanya kepada pihak berkuasa kawal selia untuk kelulusan.
Kegagalan berbuat demikian akan menyaksikan Seacera bakal dinyahsenarai daripada bursa saham tempatan.
SEACERA GROUP BERHAD- JACKY PHANG CHOW HUAT & KENNETH VUN
9 Mac lalu The Corporate Secret (TCS) mendedahkan Fail Sulit penglibatan Peguam Mafia Korporate Datuk Chong Loong Men yang bukan saja berkhidmat dengan Ketua Mafia Korporat Datuk Victor Chin Boon Loong tetapi turut berkhidmat kepada ahli perniagaan Mafia korporat lain yang terlibat dengan skandal Penny Stock seperti Datuk Eddie Cha Woon Chet, Datuk Jacky Phang Chow Huat dan Kenneth Vun@ Vun Yun Lun.
BACA – Selepas Victor Chin, Fail Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men pula terbongkar
Seacera Group Berhad syarikat yang terlibat dalam kontroversi Penny Stock dikendalikan oleh budak Datuk Jacky Phang iaitu Nicholas Wong Yew Khid. Pengerusi syarikat ini ialah Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi ‘puppet’ Datuk Eddie. Azim juga pengerusi kepada beberapa syarikat milik Kenneth Vun dan Datuk Eddie Chai Woon Chet seperti dalam Fintech Global Berhad.
Paling penting peguam Mafia Koporat Chong Loong Men masih memegang 30 juta saham dalam syarikat ini atau 4.82%. Selebihnya dana pelaburan Kenneth Vun dalam Lazarus, Sanston Financial Group Limited, Tay Ben Seng, Benson (Pemilik Focus Dynamics Group) yang pernah dibangkitkan dalam skandal Penny Stock.
Sehingga jumaat lalu (7 Mac) harga saham Seacera ditutup pada harga 18 sen memberikan kumpulan itu modal pasaran RM108.88 juta.
Bilakah Seacera Group Berhad akan keluar dari Status PN17? Mungkinkah kerana Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi bekas Bendahari UMNO masih Pengerusinya maka kedudukan Seacera kekal bertahan PN17?