Kenyataan terbaharu oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berhubung kontroversi penyelewengan dana zakat di Perlis membuktikan skandal sejak 2017 ini berlaku dan kini meletus apabila NGO IKRAM menyeleweng dana kutipan itu.

Dr Maza Mufti Perlis itu nampaknya lebih kepada melepas tangan dan bersifat mempertahankan kedudukan NGO IKRAM daripada menjawab isu pokok. Dalam penjelasannya, beliau menekankan soal gaji rendah pengurusan dan laporan audit yang dikatakan bersih, namun hujah tersebut dilihat tidak menyentuh persoalan sebenar isu kelemahan menggunakan ejen kutipan yang mengaut 60% hasil kutipan yang kini menjadi perhatian umum.
Berdasarkan petikan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 tersebut, jelas wujud kelemahan serius dalam sistem pemantauan dan pengagihan zakat Ta’awun yang tidak boleh dipandang ringan. Laporan itu sendiri menyatakan bahawa sejumlah RM38.43 juta tidak dapat disahkan pengagihannya, manakala pihak audit juga gagal mengesahkan sama ada agihan kepada asnaf dibuat dengan betul kerana ketiadaan laporan aktiviti serta pemantauan menyeluruh oleh MAIPs. Keadaan ini secara langsung bercanggah dengan naratif bahawa sistem berada dalam keadaan “bersih” atau terkawal.

Justeru, hujah mempertahankan sistem tanpa menjawab dapatan audit ini dilihat tidak memadai. Sebaliknya, ia menguatkan persepsi bahawa terdapat kegagalan tadbir urus yang ketara, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap peranan pihak berkaitan, termasuk dasar dan polisi yang membolehkan kelemahan ini berlaku sejak awal.

Audit menegaskan keperluan pemantauan lebih rapi terhadap keberkesanan agihan. Ini membawa kepada persoalan kritikal sejauh mana 60 peratus dana yang dipulangkan kepada ejen seperti IKRAM benar-benar sampai kepada asnaf yang layak, dan sejauh mana ia digunakan mengikut keutamaan yang ditetapkan.
Salahguna kuasa dan pecah amanah
Lebih mengejutkan apabila IKRAM Hulu Selangor ejen yang dilantik MAIPs melantik pula syarikat Pengkalan Sutramas Sdn Bhd milik CEO Hulu Selangor milik Fakhruddin Abd Karim dan Ir Ariffin Abdul Manaf Timbalan Pengerusi NGO. Syarikat pemantau pula Ihsan Care Bhd yang meluluskan saluran zakat dipengerusikan oleh Fakhruddin Abd Karim.


BACA
Daripada sitaan aset dan akaun bank sudah jelas menampaknya betapa kayanya Fakhruddin Abd Karim dengan istana mewah di Rawang. Dari mana semua ini jika bukan penyelewengan dana kutipan zakat ke akaun Fakhruddin dan Ariffin Abdul Manaf.
Kegagalan pemantuan MAIPs menimbulkan persepsi bahawa kegagalan serta lemahnya pemantauan audit bukan sekadar bersifat teknika sahaja tetapi berpunca daripada kelemahan tadbir urus yang berpanjangan.
Situasi ini menimbulkan dua kemungkinan yang sukar dielakkan — sama ada wujud kecuaian serius dalam pengurusan institusi, atau terdapat elemen dalaman yang sengaja menutup mata terhadap penyelewengan yang berlaku. Dalam konteks ini, MAIPs dilihat berdepan tekanan untuk menjelaskan peranan sebenar mereka dalam meluluskan, memantau dan mengaudit agihan zakat.
MAIPs dan Dr Maza Mufti Perlis sebagai penasihat tidak wajar melepas tangan sahaja.
Apabila isu ini mula terbongkar kepada umum, kenyataan bahawa perkara tersebut “bukan di bawah pejabat saya” menimbulkan reaksi kritikal. Ini kerana dasar, garis panduan dan fatwa yang membolehkan penglibatan NGO dalam pengurusan zakat diluluskan dalam struktur yang turut melibatkan beliau sendiri. Justeru, persoalan tanggungjawab kolektif tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Dr Maza sendiri mengaku dalam videonya memanggil mereka dan tak mungkin tidak tahu IKRAM melantik syarikat Fahkruddin mengendalikan kutipan.
Perkembangan ini turut membuka ruang kepada tuntutan agar satu rombakan menyeluruh dilakukan terhadap struktur pentadbiran dalam MAIPs. Desakan ini dilihat wajar bagi memastikan akauntabiliti ditegakkan serta mengelakkan konflik kepentingan yang boleh menjejaskan integriti institusi.
Dalam suasana di mana kepercayaan awam terhadap pengurusan dana umat menjadi taruhan, isu ini tidak lagi boleh ditangani dengan kenyataan defensif semata-mata. Sebaliknya, ia menuntut penjelasan menyeluruh, tindakan pembetulan yang tegas serta komitmen sebenar untuk memperkukuh sistem agar kejadian seumpama ini tidak berulang.
Kantoi Pegawai MAIPs dalang skandal kutipan zakat IKRAM
Dalam satu aduan di media sosial di facebook Dr Maza seorang individu bernama Sharifah Norsukhairin tampil membuat aduan mendakwa berlaku kebocoran maklumat peribadi melibatkan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada pihak ketiga, Pertubuhan IKRAM Malaysia.
Menurutnya, beliau selama ini menunaikan zakat secara terus kepada MAIPs sama ada melalui potongan gaji mahupun transaksi dalam talian dan tidak pernah berurusan atau memberi kebenaran kepada mana-mana NGO. Namun begitu, beliau didekati oleh NGO berkenaan yang didakwa mempunyai pengetahuan terperinci mengenai status dan maklumat pembayaran zakatnya.

Keadaan ini menimbulkan syak bahawa maklumat peribadi beliau telah didedahkan tanpa persetujuan, sekali gus berpotensi melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Pengadu turut memaklumkan bahawa beliau menyimpan bukti komunikasi, rekod panggilan serta transaksi bank sebagai sokongan dan mempertimbangkan untuk membuat laporan rasmi berhubung kemungkinan pelanggaran tersebut.
Ini bermakna selain IKRAM mencari sesiapa saja pembayar zakat mereka juga mendapat maklumat daripada MAIPs nama-nama pembayar cukai untuk menawarkan mereka membayar kepada IKRAM dan mendapat rebat 20%.
SPRM wajar menyiasat siapa pegawai MAIPs yang memberi maklumat pembayar cukai kepada IKRAM. Pegawai MAIPs nampaknya mendapat komisen dari kutipan zakat yang dibuat oleh IKRAM- Pengkalan Sutramas Sdn Bhd.
SPRM digesa menyiasat MAIPs yang mengurus zakat Perlis. Selain memberi kuasa kepada ejen kutipan tetapi membocorkan maklumat pembayar zakat lain untuk kawtim. Agaknya kerana MAIPs hanya mendapat 40 peratus dari kutipan IKRAM- Pengkalan Sutramas Sdn Bhd maka kutipan Zakat Perlis tak dapat diumumkan setiap tahun

