Baru-baru ini Setiausaha Agung NGO IKRAM menafikan penyelewengan dana Zakat Perlis oleh ahlinya. Namun kini terbongkar semuanya selepas penglibatan ahlinya IKRAM Hulu Selangor dan entinya Ihsan Care Bhd bersama syarikat milik Fakhruddin Abd Karim Pengkalan Sutramas Sdn Bhd membolot dana kutipan wang zakat RM230 juta
Presiden IKRAM, Badlishah Sham Baharin berkata, pihaknya mengambil maklum laporan berhubung penahanan tiga individu di Hulu Selangor susulan kes berkenaan dan mengambil tindakan merehatkan serta-merta ahlinya yang terlibat dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.
Menurutnya, IKRAM memandang serius perkara itu dan menegaskan bahawa integriti serta amanah merupakan asas utama yang sentiasa menjadi keutamaan dalam seluruh gerak kerja organisasi.
“Sehubungan itu, IKRAM menghormati sepenuhnya proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak SPRM dan akan terus memberikan kerjasama yang sewajarnya, selaras dengan keperluan undang-undang serta prinsip keadilan.
Persoalanya mana mungkin Presiden IKRAM, Badlishah Sham tidak tahu tentang perniagaan IKRAM yang dilantik ejen kutipan cukai Majlis Agama Islam Perlis sejak sekian lama. Isu kutipan Zakat oleh NGO IKRAM bukan baru pernah mencetuskan polemik pada tahun 2017 dan disiasat SPRM.
Tak mungkin NGO lebih kecil bertaraf daerah IKRAM Hulu Selangor lebih berkuasa dari IKRAM pusat. Dana yang dipindahkan dari NGO IKRAM Hulu Selangor ke sebuah syarikat Fakhruddin Abd Karim CEO Pengkalan Sutramas Sdn Bhd bukan sedikit melebihi RM200 juta. Ia jelas jenayah pecah Amanah dari IKRAM.

Pengkalan Sutramas Sdn Bhd dilantik IHS


Aset disita
Dalam operasi tersebut, SPRM menyita 18 kenderaan mewah antaranya Porsche, Range Rover, Mercedes dan lain-lain lagi. Nilai keseluruhan kenderaan disita berjumlah RM7.36 juta.

Selain rumah dan hartanah pelbagai harta alih lain termasuk wang tunai dan jam tangan berjenama.
SPRM turut membekukan 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta.
Berikut senarai aset yang dirampas SPRM (8.00 malam)
1. WANG TUNAI – Jumlah: RM146,678.45
* Duit tunai – RM39,700
* Duit tunai (AS$700) – RM2,767.45
* Wang tunai – RM10,000
* Wang tunai – RM94,211
2. BARANGAN EMAS – Jumlah: RM823,497
* 6 gold bar – RM371,100
* 12 gelang tangan – RM215,611
* 5 rantai leher – RM40,845
* 9 cincin 36.66g – RM22,239
* 1 loket emas 4.20g – RM2,547
* 1 gelang tangan 33.91g – RM10,600
* 1 rantai leher 43.89g – RM15,760
* 1 gelang tangan 6.53g – RM3,961
* 1 rantai leher 30.83g – RM18,700
* 10 cincin 54.52g – RM33,074
* 6 rantai tangan 146.81g – RM89,060
3. JAM TANGAN – Jumlah: RM371,000
* 1 x Tag Heuer – RM11,000
* 1 x Rolex – RM50,000
* 3 x Cartier 3 – RM120,000
* 1 xRolex – RM190,000
4. KENDERAAN – Jumlah: RM7,364,366.05
* Mercedes-Benz S560E – RM588,122.75
* Range Rover – RM1,250,000
* Porsche 911 Turbo S – RM638,000
* Lexus RX500H F Sport – RM508,888
* Lexus RX 350 Luxury – RM468,888
* SM Sport 110E – RM3,000
* Lexus RX 300 – RM230,000
* Mercedes-Benz S560E – RM658,888
* Honda Civic Type R – RM399,900
* Porsche Macan Turbo Electric – RM635,000
* Porsche Macan – RM430,000
* Honda HR-V 1.5T V – RM130,900
* Toyota GR Yaris RZ – RM315,600
* Honda CR-V 2.0 eHEV RS – RM178,200
* Toyota Alphard – RM250,940
* Lexus RX 300 – RM392,639.30
* Proton X50 – RM115,600
* Toyota Vellfire – RM169,800
5. BEG TANGAN & BARANGAN LAIN – Jumlah: RM20,740.00
* 2 x Coach – RM6,550.00
* Ferragamo dan tali pinggang – RM14,190
