T7 Global Bhd bukan asing dengan badai kontroversi sepanjang 2025.
Pada April tahun lalu, syarikat itu dikaitkan dengan dakwaan skandal melibatkan pengasasnya yang juga bekas Timbalan Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Tan Kean Soon sebagaimana didedahkan The Corporate Secret terlibat dalam isu berkaitan penipuan berjumlah RM10 juta dalam konteks siasatan pengubahan wang haram melibatkan pemilik MBI Group, Tedy Teow.
Selepas tangkapan dan siasatan tular beliau meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta dan kemudiannya mengurangkan pegangan sahamnya dalam syarikat.

Secara rasmi, peletakan jawatan itu tidak dihuraikan secara terperinci. Namun semua tahu ia kerana siasatan berprofil tinggi kerana skandal MBI. Tan Sri Kean Soon bijak menyelamatkan T7 Global Bhd runtuh memandangkan saham ketika itu jatuh menjunam.
Kes MBI belum selesai Tan Sri Kean Soon hanya menjadi pemegang saham utama bukan lagi saham tertinggi sebelum ini. Semua ini berlaku selepas Tan Sri Tan Kean Soon telah memindahkan sebahagian sahamnya, kepada Abyssina Resources (M) Sdn. Bhd yang dikuasai oleh Pengerusi T7 Global Tan Sri Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani Bin N. Hassan Thani. Semua demi menyelamatkanT7 Global Bhd. Anak Tan Sri Kean Soon, Tan Kay Zhuin kekal jadi Group CEO T7 Global.

Tekanan Berganda: Projek KLIA dan Unjuran Dipotong
Pada Mei 2025, T7 Global berdepan satu lagi cabaran. Laporan penyelidikan oleh Phillip Research menyatakan bahawa kelewatan dalam projek sistem pengendalian bagasi (BHS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka memberi kesan negatif kepada pendapatan syarikat.
Disebabkan kelewatan kerja dan margin keuntungan yang lebih rendah, jangkaan pendapatan T7 Global bagi 2025 dan 2026 dikurangkan sekitar 16% hingga 17%.
Dalam dunia pasaran modal, gabungan kontroversi pengurusan, tekanan pelaksanaan projek serta unjuran keuntungan yang dipotong dua tahun berturut-turut sering dilihat sebagai resipi klasik kepada kemerosotan sentimen pelabur, kerana faktor-faktor ini bukan sahaja menjejaskan keyakinan terhadap kepimpinan syarikat, malah mencetuskan kebimbangan terhadap keupayaan syarikat menjana prestasi mampan dalam jangka sederhana dan Panjang
Petronas Masuk Sebagai “Game Changer”?
Awal januari 2026, perkembangan baharu menyaksikan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikatnya, PETRONAS Carigali Sdn Bhd, menganugerahkan perintah kerja kepada anak syarikat T7 Global, Tanjung Offshore Services Sdn Bhd, bagi menyediakan perkhidmatan bersepadu penutupan dan pelupusan telaga (plug and abandonment) serta pasukan pengurusan projek untuk telaga Zuhal East, dengan tempoh pelaksanaan bermula 17 November 2025 hingga 31 Mac 2026.
Terbaru Petronas melantik anak Syarikat T7 Global iaitu T7 Intelligent Resources Sdn Bhd, sebagai kontraktor panel untuk menyediakan perkhidmatan profesional dan sokongan pihak ketiga kepada Kumpulan Petronas bagi tempoh dua tahun.
Menurut makluman kepada Bursa Malaysia pelantikan itu dijangka memberi impak positif kepada pendapatan dan aset bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026, tertakluk kepada pengeluaran pesanan kerja.
Mungkinkah kontrak panel Petronas ini menjadi talian hayat yang memulihkan sepmula imej dan asas kewangan T7 Global? Setidaknya ia memulihkan imej buruk bekas pengasasnya Tan Sri Tan Kean Soon.
Atau sekadar penampan sementara terhadap tekanan struktur yang masih belum selesai sepenuhnya? kontrak strategik daripada GLC atau entiti berkaitan Kerajaan setidaknya memulihkan persepsi T7 Global masih diberi tempat oleh Kerajaan
Polisi rasuah Petronas longgar hidupkan Syarikat kontroversi
The Corporate Secret pada 2023 pernah mendedahkan Tengku Muhammad Taufik telah mencemarkan integriti polisi anti-rasuah PETRONAS apabila meluluskan penganugerahan kontrak kepada syarikat antarabangsa Petrofac yang sebelum itu disabitkan dalam kes rasuah oleh Serious Fraud Office (SFO) United Kingdom pada Oktober 2021. SPRM mengesahkan menyiasat skandal ini. Projek bernilai USD96 juta (kira-kira RM399 juta) bagi pembinaan loji gas darat baharu di Sarawak yang diumumkan Petrofac pada 8 dan 9 November 2021 menimbulkan persoalan serius mengenai konsistensi dasar pematuhan dan tadbir urus, memandangkan syarikat tersebut pernah mengaku bersalah dalam skandal rasuah melibatkan beberapa negara termasuk UAE.

Projek loji gas darat bernilai RM399 juta yang dianugerahkan kepada Petrofac itu turut dikaitkan dengan tindakan undang-undang berprofil tinggi apabila syarikat Kingston dilaporkan memfailkan saman melebihi RM1 bilion, sekali gus menambah dimensi baharu kepada kontroversi tersebut dan menimbulkan persoalan serius terhadap proses penganugerahan kontrak, ketelusan tadbir urus serta implikasi kewangan yang berpotensi besar kepada pihak-pihak terlibat.
Maka tidak menghairankan jika PETRONAS boleh melantik Syarikat kontroversi seperti T7 Global Bhd.
