Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil sembilan individu, termasuk dua anggota pengurusan tertinggi IJM Corporation Berhad, bagi memberi keterangan berhubung siasatan dakwaan skim pengubahan wang haram bernilai kira-kira RM2.5 bilion yang dikaitkan dengan konglomerat berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata kesemua individu terbabit hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bermula jam 10 pagi, dengan proses rakaman keterangan dijangka berlangsung sepanjang hari.
“Dua (pengurusan tertinggi IJM Corporation) akan hadir. Kami akan temu bual mereka dan meneliti perkara berkaitan. Buat masa ini, tiada sebarang penahanan dilakukan dan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh,” katanya selepas Majlis Penyerahan Projek dan Perasmian Pusat Latihan Asas Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Bandar Enstek, Nilai.
Azam menegaskan bahawa siasatan tersebut masih berada pada peringkat awal, justeru adalah terlalu awal untuk sebarang kesimpulan dibuat.
“Kami baru memulakan siasatan semalam. Kes ini melibatkan isu korporat, jadi kami memerlukan masa untuk meneliti dokumen, transaksi serta maklumat daripada semua pihak berkaitan. Jangan anggap dalam satu hari kami boleh memanggil berpuluh-puluh individu,” katanya.
Beliau turut menggesa orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan dakwaan tidak berasas yang boleh menjejaskan perjalanan siasatan.
“Beri kami masa. Terlalu banyak perkara telah diterbitkan di pelbagai platform, termasuk dakwaan yang tidak tepat. Kami perlu menyiasat perkara ini secara teratur dan berfakta,” katanya.
Lebih RM15 Juta Dibekukan, 55 Akaun Disita
Dalam perkembangan berkaitan, SPRM dilaporkan telah membekukan lebih RM15 juta melibatkan 55 akaun bank bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram tersebut.
Menurut sumber, pembekuan akaun berkenaan dilakukan susulan penggeledahan di empat lokasi, termasuk kediaman individu dan premis syarikat yang dikaitkan dengan IJM, dalam satu operasi khas dikenali sebagai Ops Heart.
Penggeledahan itu bertujuan mengumpul bahan bukti berkaitan dakwaan salah laku tadbir urus korporat, prosedur perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset luar negara yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion.
Tan Sri Krishnan Tan dan Seow Lun Hoo @ Seow Wah Chong dikenal pasti
Semua maklum sebagaimana yang didedahkan SPRM individu yang disiasat ialah Tan Sri Krishnan Tan, Seow Lun Hoo @ Seow Wah Chong penasihat pelaburan selaku proksi Tan Sri Krishnan Tan.
Sebelum ini dilaporkan Tan Sri Krishnan Tan memiliki 38 akaun diluar negara dengan nilai wang RM90 juta dan Seow Lun Hoo @ Seow Wah Chong 12 akaun di luar negara dengan wang RM2.5bilion.

Kedua-duanya mempunyai Laporan Transaksi Mencurigakan (STR) jumlah Laporan Transaksi Tunai (CTR) dan Laporan Pemindahan (TR) bernilai ratusan jutaan ringgit namun tidak sepadan dengan pembayaran cukai kepada LHDN
IJM menafikan siasatan menafikan sebarang penglibatan dalam aktiviti pengubahan wang haram dan menegaskan bahawa syarikat itu tidak disiasat oleh Serious Fraud Office (SFO) United Kingdom, ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan berkaitan dakwaan skim pengubahan wang haram bernilai RM2.5 bilion. IJM sepatutnya mengarahkan Pengerusinya Tan Sri Krishnan meletak jawatan kerana skandal ini terpalit melibatkan akaun peribadi mereka. Siasat jika Tan Sri Krishnan Tan menggunakan IJM untuk meraih untuk projek di luar negara terutama di United Kingdom.
Faktanya Tan Sri Krishnan Tan dan Seow Lun Hoo @ Seow Wah Chong memang sedang disiasat Serious Fraud Office (SFO) United Kingdom dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia. The Corporate Secret boleh mendedahkan fail SFO itu kemudian bagi membuktikan penglibatan wang haram Tan Sri Krishnan Tan.
IJM Corporation Berhad sebagai sebuah konglomerat tersenarai awam menjadikan Tan Sri Krishnan Tan sebagai kambing hitamnya bukan seolah-olah terlibat dengan skandal pengubahan wang haram Pengerusinya yang akan bersara ogos ini. Tan Sri Krishnan Tan hanya menjadi dalang bersama menjual IJM kepada Sunway yang beliau nanti meraih untung dari penguasaan Tan Sri Jefrey Cheah pengasas Sunway. Siasatan SPRM telah menangguhkan pengambil alihan ini.
