NCT Alliance Bhd memperoleh kelulusan pemegang saham untuk melaksanakan cadangan pengambilalihan NCT World Sdn Bhd bernilai sehingga RM490.3 juta, sekali gus membuka lembaran baharu dalam strategi pengembangan jangka panjang kumpulan itu.
Kelulusan tersebut diperoleh pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) apabila kesemua resolusi yang dibentangkan diluluskan, mencerminkan keyakinan kukuh pemegang saham terhadap hala tuju pertumbuhan dan perancangan strategik NCT Alliance.
Di bawah cadangan berkenaan, NCT Alliance akan mengambil alih 100 peratus kepentingan ekuiti dalam NCT World yang dimiliki oleh Dato’ Sri Yap Ngan Choy dan Yap Fook Choy sendiri menerusi pertimbangan pembelian yang akan diselesaikan melalui penerbitan sehingga 104.2 juta saham biasa baharu serta 917.2 juta saham keutamaan boleh tukar boleh tebus (RCPS), masing-masing pada harga terbitan RM0.48 sesaham. NCT World bernilai RM490.3 juta berbaloi Yap Ngan Choy dan Yap Fook Choy menjual kepada syarikat senarai awam mereka sendiri!

Pengambilalihan itu membolehkan kumpulan menambah dua projek perindustrian utama ke dalam portfolio pembangunan, iaitu NCT Smart Industrial Park (NSIP) dan NCT InnoSphere (NIS), sekali gus memperluas perniagaan di luar segmen kediaman dan komersial sedia ada.
Langkah strategik berkenaan dijangka mengukuhkan kedudukan NCT Alliance dalam sektor taman perindustrian bernilai tinggi, selain menyokong usaha membina portfolio yang lebih seimbang, mampan dan berdaya tahan dalam jangka panjang.
Secara keseluruhan, kedua-dua projek itu dianggarkan mempunyai baki nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM4.8 bilion bagi tempoh enam tahun akan datang, disokong oleh rizab tanah seluas kira-kira 855 ekar yang diperoleh melalui transaksi berkenaan.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan NCT Alliance, Dato’ Sri Yap Ngan Choy, berkata sokongan pemegang saham memberikan mandat jelas kepada kumpulan untuk melangkah ke fasa pertumbuhan seterusnya.
“Kami akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan yang berdisiplin dalam mengintegrasikan NCT World ke dalam kumpulan, di samping mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan sedia ada. Pencapaian ini meletakkan NCT Alliance pada kedudukan lebih kukuh sebagai pemaju yang pelbagai dan berdaya tahan,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk rekod NCT Alliance dikuasai keluarga Yap Ngan Choy lebih 50 peratus dari pegangan saham langsung dan tidak langsung.


Menurut Yap Ngan Choy, pengambilalihan itu turut meningkatkan nilai jangka panjang kepada para pemegang kepentingan, selaras dengan komitmen kumpulan untuk membina organisasi yang bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
NSIP yang terletak dalam Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) merupakan taman perindustrian bertauliah pertama di Malaysia, dengan fasa 1, 2, 3 dan 5 mencatatkan jumlah GDV sekitar RM4.2 bilion, manakala fasa 4 dirancang sebagai pembangunan jangka panjang.
Sementara itu, NIS yang terletak berhampiran sempadan Malaysia–Thailand telah memulakan pembangunan secara berfasa dan menerima sambutan positif daripada pelabur tempatan serta serantau, dengan anggaran GDV mencecah RM605 juta.
26 november tahun lalu NCT Group bangun ladang solar skala besar di Kedah bersama Ecorise, Yingli Group

Yap Ngan Choy – NCT Alliance kartel Selangor
NCT Group diketuai Datuk Seri Yap Ngan Choy merupakan kartel monopoli projek rumah terbengkalai KPKT dan mempunyai ‘kabel’ besar beberapa Kerajaan negeri terutama Kerajaan Negeri Selangor dan Kedah yang memberikan banyak tanah kepada Dato’ Sri Yap Ngan Choy.
Dato’ Sri Yap Ngan Choy terkenal taikun cina yang membayar rasuah kepada pemimpin MCA, PH dan DAP untuk mendapat semua projeknya. Semua bank seperti Maybank tunduk kepadanya kerana mendapat rasuah berbentuk wang dan pusat hiburan.
Semua projek terbengkalai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berskala besar melebihi 1000 unit semua disapu oleh NCT dengan kawtim dengan Menteri, pegawai KPKT, PBT selain Kerajaan Negeri.

NCT Alliance Berhad juga pernah bekerjasama dengan Chin Hin Group syarikat kontroversi dalam skandal MBI iaitu Memorandum Persefahaman yang dimeterai pada April 2023, di mana anak syarikat Chin Hin, Chin Hin Group Property Bhd, dilantik sebagai vendor pilihan untuk membekalkan bahan binaan, penyelesaian pembinaan serta kelengkapan bagi projek-projek pembangunan NCT, termasuk NCT Smart Industrial Park di Kuala Langat. MOU tersebut telah dilanjutkan sehingga April 2025.
Selain itu Chin Hin Group Property Berhad pernah muncul sebagai pemegang saham besar NCT Alliance pada Mac 2023 melalui langganan 75.41 juta saham, pegangan tersebut telah dikurangkan pada tahun 2024 dan tidak lagi mencapai ambang pemegang saham besar menjelang Disember 2025. Walau bagaimanapun, individu utama dalam kumpulan tersebut, termasuk Datuk Seri Chiau Beng Teik dan Chiau Haw Choon, masih memiliki pegangan kecil dalam NCT melalui akaun nominee.


Rakan niaga Datuk Seri Chiau Beng Teik, Datuk Keh Chuan Seng Pengerusi Ge-Shen Corporation Bhd dan beberapa syarikat telah direman kerana skim MBI.

Datuk Keh Chuan Seng ialah seorang ahli perniagaan Malaysia yang mempunyai pengaruh besar dalam beberapa syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Beliau pelabur aktif dan dikatakan sebagai ‘budak’ Datuk Seri Chiau Beng Teik. Dalam satu maklumat diperolehi didapati Datuk Keh Chuan Seng menggunakan wang haram MBI membeli saham secara besaran saham dalam Sunlogy (RM46.06 juta), Tanco (RM32.67 juta), Hextar (RM31.10 juta), Chin Hin (Rm28.26 juta), Hextech (RM14.87 juta) sehinggalah 2 juta saham NCT Alliance Bhd.
Bukan itu saja rekod menunjukkan NCT Group pernah diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana lari daripada cukai. Pendapatan tidak selari dengan bayaran cukai. Pada masa akan datang The Corporate Secret akan mengupas terperinci NCT Alliance Berhad, semua syarikat bawah Dato’ Sri Yap Ngan Choy dan bagaimana para pemain MBI membeli saham NCT untuk cuci duit mereka di NCT! Nantikan pendedahan panas ini
