
Pejabat Peguam Negara (AGO) Indonesia telah menahan 7 suspek termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertamina Patra Niaga Riva Siahaan terkait skandal rasuah bernilai 193.7 trilion rupiah (RM53 bilion) melibatkan perolehan minyak mentah dan produk petroleum.

Media melaporkan, 7 individu disyaki terlibat, termasuk empat eksekutif Pertamina, kerana menyebabkan kerugian besar kepada negara.
Mereka ialah:
Riva Siahaan (RS) – Ketua Pegawai Eksekutif PT Pertamina Patra Niaga
Sani Dinar Saifuddin (SDS) – Pengarah Feed Stock and Product Optimization PT Kilang Pertamina Internasional
Yoki Firnandi (YF) – Ketua Pegawai Eksekutif PT Pertamina Internasional Shipping
Agus Purwono (AP) – Naib Presiden Feed Stock Management PT Kilang Pertamina Internasional
Muhammad Kerry Andrianto Riza (MKAR) – Beneficial Owner PT Navigator Khatulistiwa
Dimas Werhaspati (DW) – Pesuruhjaya PT Navigator Khatulistiwa & PT Jenggala Maritim
Gading Ramadhan Joedo (GRJ) – Pesuruhjaya PT Jenggala Maritim & Pengarah PT Orbit Terminal Merak

Modus Operandi Rasuah Minyak Mentah
Berdasarkan hasil siasatan, para suspek disyaki menggunakan pelbagai modus operandi untuk mengaut keuntungan peribadi dengan mengorbankan kepentingan negara. Antara skema rasuah yang telah didedahkan termasuk:
1. Pengurangan Pengeluaran Kilang
Beberapa pegawai di Pertamina sengaja mengurangkan pengeluaran minyak dari kilang dalam negara, menyebabkan Indonesia terpaksa mengimport minyak mentah dalam jumlah yang besar.
Tertuduh Riva Siahaan (RS), Sani Dinar Saifuddin (SDS), dan Agus Purwono (AP) dipercayai memainkan peranan utama dalam manipulasi ini bagi mewujudkan kebergantungan terhadap minyak import.
2. Manipulasi Harga Import
Harga minyak mentah import ditetapkan lebih tinggi daripada harga pasaran melalui pakatan sulit.
Tertuduh Dimas Werhaspati (DW), Gading Ramadhan Joedo (GRJ), Agus Purwono (AP), dan Sani Dinar Saifuddin (SDS) didakwa bekerjasama dengan broker minyak bagi meningkatkan harga secara tidak wajar, sehingga merugikan negara hingga ratusan trilion rupiah.
3. Mark-Up Kontrak Penghantaran
Dalam proses import, Yoki Firnandi (YF) dan Muhammad Kerry Andrianto Riza (MKAR) disyaki melakukan mark-up ke atas kontrak penghantaran minyak dengan tambahan bayaran sebanyak 13-15 peratus. Kelebihan kos ini dipercayai disalurkan kepada pihak tertentu sebagai keuntungan peribadi.
4. Manipulasi Spesifikasi Minyak
Minyak import dengan spesifikasi rendah (RON 90) diproses semula di depot menjadi RON 92, namun tetap dijual pada harga tinggi. Tindakan ini melibatkan tersangka Riva Siahaan (RS) dan berpotensi merugikan pengguna.
Tindakan Kerajaan dan Pihak Berkuasa
Menteri BUMN, Erick Thohir, menyatakan bahawa pihaknya memberikan sokongan penuh kepada Pejabat Peguam Negara (AGO) dalam menyiasat kes ini sehingga selesai.
“Kami tidak akan bertoleransi terhadap amalan rasuah yang merugikan negara dan rakyat,” katanya dalam satu sidang media.
Sementara itu, Peguam Negara, ST Burhanuddin, menegaskan bahawa siasatan masih berjalan dan akan terus diperluas.
“Kami akan menjejaki aliran dana serta mengenal pasti kemungkinan keterlibatan pihak lain. Kes ini akan ditangani dengan serius,” ujarnya.
Skandal rasuah minyak mentah ini menjadi salah satu kes terbesar dalam sejarah Pertamina.
Orang ramai kini menantikan tindakan tegas kerajaan dan pihak berkuasa dalam memastikan kes ini diselesaikan serta pelaku menerima hukuman yang setimpal.
Nota:
Di Malaysia skandal rasuah Petronas pun pernah kecoh dan didedahkan melibatkan CEO Petronas Tengku Taufik. Namun beliau terselamat.. Hari ini CEO yang sama mahu buang 16 ribu pekerja Petronas