
Suspek kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di Shah Alam, pada 8 Februari lalu, maut ditembak di Pulau Ketam, dekat Klang Selatan, awal pagi tadi.
Lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditembak dalam satu operasi membabitkan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSK dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sekitar jam 3 pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek yang juga seorang penjenayah dikehendaki maut dalam satu kejadian tembak-menembak bersama polis ketika serbuan di Pulau ketam itu.
“Sewaktu serbuan tersebut, berlaku tembak-menembak antara pasukan polis dan penjenayah di sebuah bilik hotel.
“Pasukan polis berjaya menembak mati seorang lelaki dan menemui dua senjata api berisi peluru bersama suspek tersebut.
“Semakan mendapati suspek yang dikehendaki ini mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk satu kes jenayah dadah dan tujuh kes jenayah samun, selain dipercayai terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah Setia City Mall baru-baru ini,” katanya melalui kenyataan.
Menurut penduduk Pulau Ketam yang melihatnya Yap Chin Boon, 35 atau lebih dikenali ‘Ah Boy’ ada mengunjungi sebuah restoran di pulau berkenaan dan bertanyakan sama ada terdapat bot yang menuju Thailand.
“Dia tanya saya kalau ada bot yang akan ke Thailand (kerana) katanya isteri dia sudah berada di sana dan dia sangat merindui isteri serta anaknya.
“Saya tanya dia kenapa tak naik kapal terbang sahaja dan dia jawab pasport dia dah disenarai hitam,” katanya sambil memaklumkan lelaki itu membeli ayam goreng yang kemudian diberikan kepada kakitangan hotel untuk dimakan.
Tambah penduduk itu lagi, suspek masuk ke Pulau Ketam dipercayai dengan menaiki feri berlepas dari Pelabuhan Klang.

Sementara itu, seorang kakitangan Hotel Sea Lion Pulau Ketam yang hanya ingin dikenali dengan nama Cha berkata, suspek mendaftar masuk ke bilik di aras bawah hotel itu kira-kira jam 5.15 petang semalam.
“Saya tidak syak apa-apa mengenai suspek, ketika itu dia pakai topi dan memaklumkan untuk menetap selama tiga hari.
“Bagaimanapun kira-kira jam 3 pagi tadi, saya terkejut mendengar beberapa das tembakan dan diarahkan polis untuk mengosongkan hotel dengan segera.
“Ia kejadian pertama berlaku di hotel ini yang mempunyai 42 bilik dan sudah beroperasi sejak 31 tahun lalu,” katanya.
Ah Boy diburu poli sejak 10 hari lalu susulan kejadian di pusat beli-belah di Setia Alam itu dan dikatakan bersembunyi di Pulau ketam sejak dua hari lalu, dipercayai merancang untuk melarikan diri ke luar negara.

Mayat Ah Boy dibawa ke jeti di Pelabuhan Klang selepas siasatan dan pemeriksaan oleh Unit Forensik Polis selesai dijalankan di lokasi.

LAPORAN KES
Salam Sejahtera
YDH Dato KP Selangor
YDH Dato TKP Selangor
MAKLUMAN AWAL KEJADIAN BERBALAS TEMBAKAN DENGAN PENJENAYAH
A) Butiran Laporan Polis
- Masih dalam tindakan
B) Tarikh dan masa kejadian:
18 Februari 2025 jam 0310 Hrs
C) Fakta Kes:
Pada 18 Februari 2025, jam lebih kurang 0300 Hrs, Sepasukan pegawai dan anggota polis dari JSJ Bukit Aman, D9 IPK Selangor dan D9 IPD Shah Alam telah melakukan serbuan di sebuah bilik no 5 di Hotel Sea Llon Pulau Ketam, Selangor. Semasa serbuan dilakukan saspek telah melepaskan beberapa das tembakan kearah pasukan Polis. Pihak Polis telah membalas tembakan sehingga tiada lagi ancaman, pasukan serbuan telah buat pemeriksaan dapati seorang saspek disyaki 1 L Cina telah tidak sedarkan diri. Pemeriksaan telah menjumpai 2 pucuk pistol di dalam bilik saspek.
D) Butir saspek yang ditembak mati:-
1) Yap Chin Boon
Kpt: 900906-10-5241
Alamat: No 52, Lorong Batu Nilam 3C, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor.
Rekod Jenayah:
YAP CHIN BOON
No KP Baru 900906105241
Alamat Tinggal : NO 52 LORONG BATU NILAM 35C BDR BUKIT TINGGI 41200 KLANG SELANGOR
SPRJ
- SALAKSB/002286/14 20/05/2014 39 (A) (1) ADB, 12 (2) (1) ADB, 15 (1) (a) ADB BEBAS/ ACQUITTED & DISCHARGED –
- KEPONG/007989/20 05/09/2020 392/397 KK DIHUKUM –
- PUCHONG/013885/19 31/10/2019 397 KK, 395 KK NFA –
- DTUNGGAL/003052/22 29/11/2022 395/397 KK TANGKAP RJ10A/JSJ/MK/000131/22 ( BA/22/0001849 ) –
- BANDAR SULTAN SULEIMAN/004284/22 09/11/2022 395/397/ KK TANGKAP –
- PELABUHAN KELANG/005413/22 02/11/2022 395/397 KK NFA –
- RAWANG/011714/22 07/10/2022 395/397 KK DIHUKUM –
- BK TINGGI/000844/22 24/10/2022 392 KK NFA RJ10A/JSJ/PH/000184/22 ( BA/22/0000180 ) –
- BANDAR BARU KLANG/010434/22 30/11/2022 353 Pin. KK, 186 KK DIHUKUM –
E) Rampasan:
1) Sepucuk pistol jenis P226 Germany No Siri tidak pasti
2) Sepucuk pistol jenis tidak pasti, No Siri tidak pasti
2) 2 magazine yang berisi butir peluru jenis tidak pasti.
G) Tindakan lanjut
i. Pihak polis IPK Selangor dan Forensik telah dipanggil untuk tindakan lanjut siasatan di tempat kejadian
ii. Pen Peg Perubatan Muhammad Izzat Bin Ahmad Nizar Klinik Kesihatan Pulau Ketam telah mengesahkan saspek telah meninggal dunia
Untuk makluman awal YDH Dato’.
Terima kasih
TKJSJ RO SEL