Semalam (Isnin) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melancarkan operasi serbuan ke atas syarikat taikun judi terkenal GPL Group Sdn Bhd dan Palmgold Corporation Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada siasatan pengelakan pembayaran cukai. Menurut sumber, operasi ini dijalankan selepas LHDN mengesan beberapa ketidakpatuhan dalam laporan kewangan syarikat-syarikat tersebut.
GPL Group Sdn Bhd milik Tan Sri Dato’ Cheng Joo Teik dan Palmgold Corporation Sdn Bhd milik Tan Sri Danny Tan Chee Sing dilaporkan melarikan cukai ratusan juta mengendalikan perniagaan kelab rekreasi atau judi di negara ini. Syarikat memiliki banyak cawangan di negara ini namun diisytiharkan sebagai syarikat rugi bagi mengelak membayar cukai.
Serbuan LHDN bertujuan untuk mengumpul dokumen dan maklumat lanjut mengenai pendapatan serta transaksi perniagaan yang tidak dilaporkan dengan betul. Tindakan ini adalah sebahagian daripada usaha LHDN untuk meningkatkan ketelusan cukai dan memastikan semua syarikat mematuhi undang-undang percukaian negara.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Abu Tariq Jamaluddin sebelum ini mengingatkan bahawa pihaknya akan terus memantau syarikat-syarikat taikun yang disyaki tidak mematuhi peraturan cukai dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana entiti yang gagal melaporkan pendapatan dengan tepat.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga katanya boleh menggunakan kuasa mengikut peruntukan undang-undang sekiranya perlu mengambil tindakan penggeledahan terhadap mana-mana individu atau syarikat yang dikenal pasti culas membayar cukai. LHDN mempunyai kaedah tertentu dalam menentukan syarikat yang culas membayar cukai berdasarkan kepada kajian dan maklumat yang diterima daripada pelbagai sumber.
Selain itu LHDN juga boleh menggunakan peruntukan undang-undang yang ada untuk membuat pendedahan butiran syarikat yang culas membayar cukai kepada umum.
Ini sejajar dengan arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada LHDN memburu taikun-taikun dan syarikat gagal membayar cukai.
SSejak semalam Syarikat GPL Group dan Palmgold merahsiakan serbuan LHDN kerana bimbang memberikan imej buruk kepada syarikat memandangkan kedua-dua taikun judi tu mempunyai syarikat senarai awam lain. Tan Sri Dato’ Cheng Joo Teik dan anaknya Dato’ Doughlas Cheng menguasai MyTech Group Bhd dan Tan Sri Danny Tan Chee Sing menguasai Tropicana Corporation Bhd dan Sport Toto Bhd.
Apa kesudahan kes ini? GPL Group dan Palmgold akan bayar cukai? atau pemiliknya Tan Sri Dato’ Cheng Joo Teik dan an Sri Danny Tan Chee Sing bakal didakwa? Cukai perlu terus dibayar. Jika didapati pegawai penguatkuasa ambil rasuah segera bertindak.