KUALA LUMPUR: Saham 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd ditutup meningkat 23 sen atau 13.94 peratus pada RM1.88 hari ini, sekali gus memberikan penilaian pengendali pasar mini 99 Speedmart itu pada RM15.79 bilion, berdasarkan modal terbitan 8.4 bilion saham.
Pada penutup dagangan hari ini, 99 Speed Mart mempunyai permodalan pasaran ke-32 terbesar di Bursa Malaysia.
Kaunter 99 Speed Mart dibuka pada RM1.85, kira-kira 12 peratus atau premium 20 sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM1.65 semasa kemunculan sulungnya di Pasaran Utama
Pada satu ketika, kaunter itu melonjak setinggi 27 sen atau 16.36 peratus kepada RM1.92, menjadikan nilai pasaran kumpulan pada RM16.13 bilion.
99 Speed Mart muncul kaunter kedua paling untung di Bursa Malaysia hari ini dan kaunter paling cergas dengan 421.96 juta saham bertukar tangan.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) menetapkan harga sasaran (TP) bagi 99 Speed Mart ialah pada RM1.98 berdasarkan nisbah harga kepada pendapatan (PE) sebanyak 30 kali ganda untuk pendapatan tahun kewangan 2025.
Ia mewakili kira-kira 40 peratus premium berbanding syarikat setara, yang mencerminkan kepimpinan pasaran dan strategi pengembangan kedai yang agresif.
Dalam nota penyelidikannya hari ini, HLIB mengunjurkan 99 Speed Mart akan mencapai kadar pertumbuhan tahunan kompaun dalam hasil dan keuntungan bersih dari tahun kewangan 2023 hingga tahun kewangan 2026, didorong oleh penambahan 250 kedai runcit setiap tahun dan pertumbuhan jualan di kedai sama yang stabil sebanyak dua peratus setahun.
HLIB juga menekankan keupayaan syarikat untuk berkembang dengan cekap disebabkan oleh penempatan strategik kedainya, susun atur barangan, pemilihan produk dan saiz kedai yang optimum antara 2,000 hingga 3,000 kaki persegi.
Ia berkata, tempoh bayar balik yang singkat bagi kedai-kedai terbabit iaitu tiga tahun dengan perbelanjaan modal yang minimum sebanyak RM300,000 setiap kedai (tidak termasuk inventori).
“Selain itu, 99 Speed Mart memiliki rangkaian pusat pengedaran di seluruh negara sebanyak 19 pusat di sembilan negeri yang menyokong sistem kawalan dan pengurusan runcitnya,” katanya.
Beroperasi dalam industri peruncitan berasaskan barangan runcit, terutamanya dalam segmen pasar mini yang kukuh, 99 Speed Mart memegang 40.1 peratus bahagian pasaran berdasarkan jualan pada 2023, menurut Frost & Sullivan.
Syarikat itu juga memiliki jumlah cawangan terbesar dalam kalangan pemain-pemain pasar mini Malaysia.
IPO syarikat itu adalah yang terbesar di Malaysia dalam tempoh tujuh tahun, sejak penyenaraian Lotte Chemical Titan Holding Bhd yang bernilai RM3.77 bilion pada 2017.
Pada penutup dagangan hari ini, 99 Speed Mart mempunyai permodalan pasaran ke-32 terbesar di Bursa Malaysia.
Kaunter 99 Speed Mart dibuka pada RM1.85, kira-kira 12 peratus atau premium 20 sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM1.65 semasa kemunculan sulungnya di Pasaran Utama pagi tadi.

Saham 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd ditutup meningkat 23 sen atau 13.94 peratus pada RM1.88 hari ini, sekali gus memberikan penilaian pengendali pasar mini 99 Speedmart itu pada RM15.79 bilion, berdasarkan modal terbitan 8.4 bilion saham.