Syarikat pembinaan rel milik sendirian dikuasai Datuk Seri (Dr.) Subramaniam Pillai, Dhaya Maju Infrastructure Sdn Bhd yang sebelum ini memperoleh kontrak Fasa 2 Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2), menandatangani perjanjian membeli saham sehingga 51% firma kejuruteraan elektrik, Pestech International Bhd.
Cadangan terbaharu itu dibuat hanya sehari selepas gergasi pembinaan IJM Corp Bhd membatalkan rancangannya untuk membeli 44.83% saham dalam Pestech pada harga RM124 juta atas sebab tidak memenuhi syarat dalam perjanjian pembelian.
Menurut makluman di Bursa Malaysia, Pestech berkata perjanjian yang ditandatangani itu mencadangkan langganan sekurang-kurangnya 1.03 bilion saham bernilai 15.5 sesaham berjumlah kira-kira RM160 juta.
“Dhaya Maju akan menjalankan semakan usaha wajar Pestech.
“Langganan yang dicadangkan itu mewakili kerjasama strategik dan sinergi antara Pestech dan Dhaya Maju bertujuan meningkatkan daya saing, menawarkan penyelesaian yang lebih komprehensif, membolehkan penyertaan dalam projek berskala lebih besar dan mengembangkan jejak geografi kedua-dua pihak,” katanya.
Menurut Pestech, kedua-dua pihak akan berunding dan melaksanakan perjanjian muktamad dalam tempoh dua bulan.
Pestech juga berkata semasa tempoh perundingan, syarikat itu tidak akan berbincang dengan pihak lain mengenai pengumpulan dana ekuiti atau bertindak balas terhadap sebarang pendekatan dilaksanakan oleh pihak luar.
“Kedua-dua pihak akan memanfaatkan kekuatan dan kecekapan masing-masing, khususnya dalam pembangunan infrastruktur berkaitan rel bagi menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan pengurusan projek serta melaksanakan pembinaan bersepadu kepada pelanggan mereka,” katanya.
Menerusi perjanjian itu, Dhaya Maju terlibat dalam kejuruteraan, perolehan, pembinaan kereta api dan lebuh raya, kejuruteraan kereta api dan teknologi serta pembangunan hartanah.
Pada Khamis, Pestech yang kini menghadapi cabaran kewangan berikutan penamatan perjanjian dengan IJM berkata, ia akan meneroka pilihan pembiayaan alternatif.
Kerugian Pestech
Menurut penyata kewangan terkini Pestech, wang tunai dan baki bank syarikat itu bernilai RM62.54 juta pada akhir Mac, manakala jumlah pinjamannya mencecah sebanyak RM1.10 bilion.
Walaupun perjanjian itu ditamatkan, Pestech berkata, penamatan bersama itu tidak menjejaskan kerjasama semasa syarikat dengan IJM Construction Sdn Bhd (IJMC) bagi projek penggantian aerotrain KLIA, yang akan disiapkan menjelang suku pertama 2025.
Sebelum ini tawaran IJM Corp untuk Pestech dianggap sebagai talian hayat kepada syarikat itu yang mengalami halangan besar apabila Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menamatkan kontraknya untuk mereka bentuk dan membekalkan projek aerotrain KLIA bernilai RM743 juta, pada Ogos 2023.
Bagaimanapun, MAHB memeterai perjanjian dengan Alstom Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd dan kerjasama yang melibatkan IJMC dan Pestech Technology Sdn Bhd (IJMC-Pestech JV) untuk terus menyiapkan aerotrain KLIA itu.
Konflik yang perlbagai cadangan pemerolehan kepentingan itu seharusnya selepas pada suku keempat 2023 tetapi telah dilanjutkan beberapa kali.
Frima penyelidikan MIDF Research berkata IJM Corp sepatutnya membelanjakan RM124 juta untuk 800 juta saham dalam Pestech kerana mereka berhasrat untuk memanfaatkan kepakaran Pestech dalam transmisi tenaga dan elektrifikasi rel melalui cadangan pemerolehan.
“Pestech mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM33.6 juta, yang menjadikan kerugian bersih terkumpul untuk 1HFY24 sebanyak RM72.8 juta”
“Penggearan bersihnya tinggi pada kira-kira 2.6x. Kami melihat penamatan perjanjian itu sebagai positif untuk IJM, yang perlu mengambil kira kerugian Pestech,” katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan ‘beli’ dengan harga sasaran (TP) RM3.89 sesaham.