Bilionair Jerman yang kontroversi, Andreas Heeschen bukan lagi pemegang saham besar firma itu selepas beliau melupuskan lebih 61.56 juta saham.
Menurut pemfailan kepada Bursa Malaysia oleh pembekal peralatan proses dan sistem proses modular pada Isnin, Heeschen menjual blok saham melalui pasaran terbuka pada 2 Ogos.
Pemfailan itu tidak menunjukkan nilai urus niaga tetapi berdasarkan harga penutupan sebanyak 8.5 sen pada 2 Ogos, penjualan itu boleh memberikan Heeschen memperoleh sehingga RM5.23 juta.
KNM Group Bhd berkata, pegangan Heeschen semasa pasca pelupusan KNM berada pada 4.89%, di bawah ambang 5% yang diperlukan oleh status pegangan saham yang besar.
Bilionair Jerman itu pertama kali muncul sebagai pemegang saham besar KNM pada September 2023, beliau bersekongkol bersama kumpulan mafia korporat Malaysia Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong. memperalat kerabat raja dan semua syarikat dikuasai Alex The seperti CN Asia Corporation Berhad, Jiankun International Berhad, SMTrack Berhad dan beberapa syarikat dikuasai Kenneth Vun.
ARTIKEL BERKAITAN KNM GROUP –
11 September 2023: Mafia Korporat Kenneth Vun dalang di belakang jutawan Jerman Andreas Heeschen desak EGM pecat Tunku Yaacob Khyra & lembaga pengarah KNM Group
18 September 2023: Rampas KNM Group: Tunku Yaacob Khyra lawan Jutawan Jerman Andreas Heeschen & Kenneth Vun
6 Oktober 2023 : Mafia Korporat Dato’ Sri Alex Teh dalang baharu rampas KNM Group terbongkar
15 Oktober 2023: [VIDEO] Pertahan Syarikat milik Malaysia KNM Group Berhad atau jual kepada orang asing warga Jerman dan Itali?
11 Februari 2024: Tunku Yaacob Khyra tingkatkan 11.75 peratus dalam KNM Group, Jutawan Jerman Andreas Heeschen intai peluang
Akhirnya pada 17 Oktober 2023 Andreas Heenchen bilionair Jerman dan budak-budak Dato Seri Alex Teh tumbang dan gagal menggulingkan sembilan ahli lembaga pengarah, termasuk pengerusi bukan eksekutif KNM, Tunku Datuk Yaacob Khyra semasa mesyuarat agung luar biasa (EGM) kumpulan itu
Yaacob kini mengawal kumpulan itu dengan memegang saham sebanyak 18.69% melalui MAA Group Bhd, Imperium Edumaax Sdn Bhd dan Melewar Industrial Group Bhd.
KNM Group syarikat berstatus PN17 sehingga kini masih bergelut membayar hutangnya namun pemegang sahamnya tidak berminat menyerahkan KNM kepada warga asing.
Bagi suku pertama berakhir 1 Mac 2024, KNM mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM80.13 juta disebabkan oleh kos pembiayaan aset modalnya dalam pembinaan.
Sementara itu, hasil kumpulan itu berjumlah RM216.4 juta.
Tiada angka perbandingan kerana kumpulan itu telah menukar akhir tahun kewangannya dari 30 Jun 2023 kepada 31 Dis 2023.
Saham KNM ditutup satu sen, atau 11.76%, lebih rendah pada 7.5 sen pada Isnin, kini kumpulan itu bernilai RM303.44 juta.
Sejak dua bulan yang lalu pasukan Cybertrooper Andreas Heeschen dan Dato’ Sri Alex itu menghantar serangan DDoS (Distributed Denial of Service) untuk melumpuhkan operasi portal The Corporate Secret. Pelbagai emel ugutan dan aduan palsu kepada pihak tertentu dibuat. Namun akhirnya Andreas Heeschen sendiri yang keluar.