Dagang NeXchange Berhad (DNeX) memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan tuntutan undang-undang kumpulan itu yang difailkan ke atas Mohd Ismail Khan Wazir Khan, bekas ketua pegawai eksekutif DNeX Telco Services Sdn Bhd sebuah anak syarikatnya
Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, DNeX berkata, penghakiman tersebut bertarikh 19 Julai 2024 yang antaranya memberikan pengisytiharan bahawa Mohd Ismail selaku defendan telah melanggar kewajipan fidusiarinya, amanah, kewajipan menjaga, kemahiran dan ketekunan, kewajipan kesetiaan dan kewajipan amanah dan keyakinan terhadap Plaintif, berkenaan dengan perolehan kenderaan kawalan jauh (ROV).
Kata DNeX, mahkamah juga memeritahkan defendan membayar ganti rugi khas berjumlah AS$1,250,000 (RM5.85 juta) dan Indonesia Rupiah (IDR) 23,764,196,250 (RM6.87 juta) kepada plaintif.
“Mahkamah juga memerintahkan kos sebanyak RM150,000 yang perlu dibayar oleh defendan kepada plaintif.
“Defendan mempunyai 30 hari mulai hari ini untuk memfailkan rayuan terhadap Penghakiman bertarikh 19 Julai 2024,” katanya hari ini.
Kata DNeX, mahkamah juga mengiystiharkan bahawa AS$1,335,000 dan/atau semua keuntungan rahsia dan/atau faedah lain yang diperoleh oleh defendan melalui pemerolehan ROV dipegang atas kepercayaan membina untuk Plaintif.
“Faedah pra-penghakiman ke atas jumlah yang dihakimi oleh Mahkamah Yang Mulia ini pada kadar 5% setahun yang dikira mulai 15 November 2022 sehingga tarikh penghakiman ini.
“Faedah selepas penghakiman ke atas jumlah wang yang diputuskan oleh Mahkamah Yang Mulia ini pada kadar 5% setahun yang dikira dari tarikh penghakiman ini sehingga direalisasi sepenuhnya,” ujarnya.
Pada 15 November 2022, DNeX memaklumkan Bursa Malaysia yang tindakan undang-undang diambil ke atas Mohd Ismail yang juga bekas CEO DNeX Telco Services Sdn Bhd (DTS) berhubung pembelian ROV.
Bagaimanapun satu persoalan besar mengapa kes ini tidak disiasat SPRM sebagaimana kes lain melibatkan syarikat Mafia Korporat seperti Greenpacket Bhd, Revenue Group Bhd, GIIB Holdings Bhd, Classita Holdings Bhd, MMAG HoldingsBhd, Cuscapi dan lain-lain lagi.