Sekalipun Mirzan Mahathir ‘bos’ Betamek Bhd diasak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) januari lalu namun nampaknya Betamek Bhd kekal bertahan.
SPRM sebelum ini mengarahkan satu perintah notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 kepada Mirzan dan untuk mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih dalam pegangannya. Beliau telah berbuat demikian. Setakat ini belum ada kesudahan kes Mirzan Mahathir ini. Betamek Bhd merupakan pengeluar reka bentuk asal (ODM) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS).
Untuk rekod Mirzan menjadi Pengarah Urusannya dan terlibat dalam industri automotif terhadap produk audio-visual kenderaan dan aksesori dengan memanfaatkan pelanggan utamanya, Perodua di negara ini. Jika Yasmin Group anak saudara Tun M dikaitkan dengan Proton Holdings sejak 1985, Mirzan pula melalui Betamek Electronics (M) Sdn Bhd bersama Perodua sejak 1994 (Perodua ditubuh 1993) iaitu hubungan selama 30 tahun. Ini bermakna Syarikat Betamek Electronics (M) Sdn sudah berusia 35 tahun dan merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM12.1 juta dan RM17.7 juta masing-masing untuk tahun kewangan 2023 dan 2024, susulan peningkatan permintaan terhadap kenderaan mampu milik. Pada tahun 2021 Betamex menjadi peneraju pasaran dalam industri automotif tempatan, dengan penguasaan pasaran sebanyak 37.4 peratus.
Tun Dr Mahathir tahun 1993/1994 merupakan Perdana Menteri ke empat maka kerjasama Perodua dan syarikat Betamex Electronics (M) Sdn Bhd milik Mirzan sejak 1994 dianggap perkara di negara ini.
Betamek Bhd dilihat meneruskan segala perniagaannya sekalipun dengan tekanan terhadap Mirzan. Terbaru Betamek Bhd mengumumkan penyelesaian pengambilalihan 100 peratus pegangan ke atas Sanshin dengan pertimbangan tunai bernilai RM13.4 juta.
Perjanjian itu, yang diumumkan pada 1 April 2024, membabitkan pemilikan penuh Betamek ke atas Sanshin, dinilai pada gandaan harga kepada pendapatan sebanyak 10 kali.
Ia berdasarkan keuntungan teraudit selepas cukai sebanyak RM1.3 juta yang dicatatkan oleh Sanshin, mencerminkan nilai strategik dan kesihatan kewangan entiti berkenaan.
Sanshin (Malaysia) Sdn Bhd, yang terkenal dengan kepakarannya dalam pembuatan audio kereta dan komponen elektronik lain untuk sektor automotif, mempunyai kehadiran yang kukuh di pasaran Malaysia, Jepun, Hong Kong, dan Thailand.
Pengambilalihan ini menjadikan Sanshin sebagai anak syarikat milik penuh Betamek, sekali gus meluaskan pangkalan pelanggan Betamek dan mengukuhkan kehadiran pasaran syarikat.
Pengambilalihan ini juga memberikan Betamek akses segera kepada pasaran baru melalui hubungan Sanshin dengan pengeluar automotif utama di Jepun, Hong Kong, dan Thailand. Ini akan memudahkan kemasukan yang lebih lancar ke dalam pasaran tersebut serta memupuk perkongsian jangka panjang yang lebih kukuh.
Selain itu, kepakaran Sanshin dalam sistem audio kereta dan komponen elektronik melengkapkan barisan produk Betamek yang sedia ada, membolehkan portfolio yang lebih komprehensif dan pelbagai untuk memenuhi permintaan pengeluar automotif global yang semakin berkembang.
Pada pukul 5 petang 28 Jun 2024, harga saham Betamek Berhad ditutup pada 40.5 sen, mewakili modal pasaran sebanyak RM182.3 juta.
Hanya Betamek
Dalam satu kenyataan Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar di Kongres Ekonomi Bumiputera Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berkata hanya satu syarikat dikuasai Bumiputera daripada sebanyak 97 syarikat baharu yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia dalam tiga tahun kebelakangan ini. Sekaligus mencerminkan kegagalan Abdul Wahid Omar dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin untuk menambah bilangan bumiputera sebagai syarikat awam tersenarai (PLC)
SYOR BACA