Mafia korporat diketuai Victor Chin Boon Long makin melampau dan berleluasa semula. Hanya kerana mereka boleh memperalatkan penguatkuasa dengan wang semua menjadi. Sebelum ini Tai Boon Wee Bekas ketua pegawai eksekutif GIIB Holdings didakwa di mahkamah atas pertuduhan memalsukan laporan kewangan suku ketiga interim 2023 pada 15 Mei 2024. Semuanya kerana dendam Dato’ Sri Lim Kok Han (Dato’ Teleng).
Syor Baca- Dendam Dato’ Teleng, Tai Boon Wee bekas CEO GIIB Holdings Bhd didakwa atas tuduhan pemalsuan penyata kewangan
Terbaru dua bekas pengarah dan pengasas M Jets International Sdn Bhd (MJets) yang dirampas Victor Chin didakwa atas tuduhan penyelewengan harta benda secara tidak jujur.
MJets International Sdn Bhd (MJets) yang kepentingannya dibeli MMG Holdings Bhd akhirnya ditendang keluar kerana tidak mengikut arahan Dato’ Victor Chin Boon Long. Pertelingkahan Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming menentang mafia korporat Victor Chin mula kecoh sejak februari 2023 hingga kini, saling melapor polis, saman menyaman di mahkamah dan menggunakan Pegawai SPRM Bahagian Siasatan (Cawangan Siasatan D- Swasta). Mereka hanya mentimun pasti menjadi mangsa. Kisah Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming melawan Dato’ Victor Chin Boon Long bukan lagi rahsia umum.
SYOR BACA KRONOLOGI KES
November 10, 2023- Mafia Korporat Victor Chin Boon Long ‘cuci’ duit di MJets – Kargo Xpress, MAVCOM, CAAM jangan biar isu MYAirline berulang
September 12, 2023- ‘I don’t want to see his face anymore’ – Mafia Korporat Victor Chin Boon Long pecat Manimaran M Jets
July 14, 2023- ‘Mafia Korporat’ Victor Chin Boon Long, MMAG Holdings Berhad & 7 yang lain di saman RM 49.85 Juta
June 24, 2023- Mafia Korporat Victor Chin arah Shanmugananthan menantu Tan Sri Nadarajah ‘Kaki Songlap’ buat laporan palsu
June 14, 2023- MMAG-Mafia Korporat rugi berjuta setiap bulan, berapa jumlah tunai Victor Chin Boon Long untuk selamatkan M Jets?
April 7, 2023- MMAG & Victor Chin Boon Long Mafia Korporat tipu M Jets, kini gaji pekerja bulan Mac tidak dibayar!
February 28, 2023- Victor Chin dibelakang MMAG gantung dua pengarah MJets selepas diserbu SPRM
MMAG dengan megah memaklumkan perkara itu kepada bursa selepas menerima surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam. Nampaknya Dato’ Hishammudin Pengarah Bahagian Siasatan dan Cawangan D sangat nekad.
Menurut MMAG, Gunasekar dan Phang telah dikenakan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan — membabitkan penyelewengan harta secara tidak jujur — dibaca bersama Seksyen 34 Akta tersebut. Butiran pertuduhan tidak didedahkan dalam pemfailan. Semakan dokumen mahkamah tidak dapat dijalankan melalui sistem e-mahkamah kerana perkara itu adalah prosiding jenayah.
“Syarikat ingin mengulangi bahawa pada setiap masa penting, ia telah mengambil langkah segera untuk menjaga kepentingan kumpulan,” kata MMAG dalam pemfailan itu.
Pada Februari 2023, MMAG telah menggantung Gunasekar dan Phang, sementara menunggu hasil siasatan oleh badan antirasuah itu selepas serbuan di pejabat MJet. Kemudian pada bulan April tahun lalu Gunasekar dan Phang kemudiannya disingkirkan daripada jawatan mereka di MJet dan disaman oleh MMAG kerana dakwaan melanggar tugas fidusiari. MMAG menuntut ganti rugi khas RM23.17 juta serta faedah daripada kedua-dua mereka.
Manakala Gunasekar dan Phang menyaman balas MMAG dan pengarahnya pada Julai 2023, menuntut RM49.85 juta, mendakwa kumpulan itu dan lembaga berkomplot untuk mencederakan pelaburan kedua-dua mereka dalam MJets.
MMAG syarikat rugi
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 (FY2024), MMAG terus mengalami kerugian terutamanya disebabkan kos operasi yang lebih tinggi dalam segmen pengangkutan udaranya. Kerugian bersih kumpulan untuk tempoh 12 bulan meningkat kepada RM109.16 juta berbanding RM73.83 juta setahun sebelumnya.
Tempoh 12 bulan terkini dalam merah memanjangkan rekod kerugian MMAG kepada 10 tahun kewangan berturut-turut. Kunci kira-kiranya pada 31 Mac menunjukkan rizab negatif RM217.6 juta, berbanding RM170.29 juta setahun lalu. Rugi besar tetapi Victor Chin terus mempertahankan perniagaan jet ini kerana semata-mata mencuci wang haramnya.
Pemegang saham utama tunggal MMAG ialah isteri kesayangannya Madam Chan Swee Ying, yang memegang 25.49% kepentingan dalam MMAG. Chan ialah pengarah ganti kepada suaminya, pengarah eksekutif Chin Boon Long. Orang kanan kepercayaan Chin Boon Long dalam MMAG ialah Kenny Kho Chuan Wah. Chan Swee Ying juga penguasa dalam Classita Holdings Bhd dan Ingenieur Gudang Berhad.
Tan Sri Datuk Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman bekas KSU MOT merupakan Pengerusi bukan eksekutif MMAG.
Kerana adanya Tan Sri Datuk Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman bekas KSU MOT kabel terbesar dalam sektor kerajaan itulah jawapan mengapa pada 3 April lalu MMAG mengumumkan menerima surat anugerah projek daripada Malaysia Airlines Berhad (anak syarikat Malaysia Aviation Group Berhad) melantik MJets Air sebagai operator kargo. Bagaimana sebuah syarikat yang rugi boleh mendapat projek MAB?
Peranan Tan Sri Datuk Seri Mohd Khairul Adib terhadap Victor Chin dan mafia korporat sangat besar termasuk penjualan Classita Holdings kepada Hong Seng Consolidated.
Tan Sri Adib bekas KSU MOT dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang bersara wajib pada 16hb Januari 2022 dilantik Pengerusi MMAG pada 7 Februari 2022 terlibat dalam syarikat- syarikat Mafia Korporat seperti Ingenieur Gudang Bhd, HS Green Valley Sdn Bhd (sebuah syarikat milik penuh anak syarikat Hong Seng) yang ditubuhkan pada 14 Julai 2022 iaitu 6 bulan selepas beliau bersara dan dilantik Pengerusi MMAG Holdings Berhad. Diam- diam ubi berisi Tan Sri Khairul pada 14hb Julai 2023 telah menjual 43.3 juta saham Classita Holdings Berhad bernilai RM6.4 juta. Jika tidak kerana penjualan saham Classita tiada siapa tahu Tan Sri Adib juga pemegang saham dalam Classita Holdings Berhad. Mafia Korporat sudah membentuk Tan Sri Adib lebih awal ke mana beliau perlu pergi selepas bersara.
Secara logik dari mana Tan Sri Adib memiliki wang RM6.5 juta selepas bersara beli saham?
Bukan itu sahaja satu kemusykilan besar selepas kontroversi penutupan MYAIRLINE kerana pengubahan wang haram MMAG yang rugi teruk masih terus beroperasi termasuk perubahan struktur pemilikan M Jets tanpa kelulusan MOT, MAVCOM dan CAAM selain syarat-syarat Lesen Perkhidmatan Udara (ASL). MOT, CAAM dan MAVCOM tidak berminat mengetahui sumber kewangan yang telah dilaburkan oleh Victor Chin sejak Februari 2023 untuk memastikan M Jets terus dapat beroperasi. Mereka membiarkan MJets -MMAG sebagaimana MYAirline sebagai syarikat ‘pencuci’ wang haram Dato’ Allan Goh, i-Serve Online Mall Sdn Bhd sehinggalah PDRM bertindak menangkap mereka
Sangat jelas Mafia Korporat Victor Chin dan syarikat isterinya MMAG telah mempergunakan Tan Sri Khairul Adib untuk mengaburi mata MOT, CAAM dan MAVCOM supaya segala kemelut yang melanda M Jets tidak diendahkan sama seperti MYAirline yang telah mempergunakan Datuk Seri Azharuddin Rahman. Terhantuk baru tengadah jika terjadi seperti MYAirline barulah kelam-kabut.
“CORPORATE KITCHEN SINKING”
Mafia Korporat turut menggunakan Kenny Khow Choon Wah yang dikenali sebagai orang kanan Victor Chin Boon Long dan pakar “Corporate Kitchen Sinking”. Memandangkan Mafia Korporat telah menghabiskan lebih RM109.16 juta berbanding RM73.83 juta tahun lalu maka untuk menyelamatkan M Jets, sudah pastinya kepakaran Kenny Khow Choon Wah amat diperlukan untuk menyembunyikan pengaliran masuk wang dari sumber- sumber ghaib. “Kitchen Sinking” korporat bukanlah perkara baru. Ia adalah amalan menyatukan semua berita buruk dalam satu masa. Dalam perakaunan, ia adalah kerugian besar-besaran dan melaporkannya dalam satu tempoh. Kemungkinan motif untuk sengaja mengada-adakan lantunan “Kitchen Sinking” termasuk mendapatkan faedah optimum daripada pelan pampasan eksekutif yang dikaitkan dengan penilaian korporat, atau secara licik merancang pelupusan korporat secara buatan. Harga rendah. Kitchen-sinking ialah satu bentuk penipuan yang melibatkan salah nyata material maklumat kewangan.
Namun oleh kerana kantoi Kenny Khow Chuan Wah, bekas akauntan dengan PriceWaterhouse yang memberi rasuah RM5 juta kepada kes Mohamad Madani Sahari bagi pihak Aspire Knowledge Sdn Bhd CEO The Malaysia Automotive Robotics and loT Institute (MARii) yang sedang berjalan kes di mahkamah maka Khow Chuan Wah keluar daripada MMAG baru-baru ini. Aspire Knowledge Sdn Bhd adalah anak syarikat Hong Seng Consolidated yang mana Kenny Khow Chuan Wah pada ketika itu adalah Pengarah Kewangan di Greenpacket Bhd dan BOD di Hong Seng Consolidated Bhd.
Pendakwaan kes Gunasekar dan Phang pasti membangkitkan kembali rasuah Kenny Khow Chuan Wah.
Pendakwaan Gunasekar dan Phang sudah dijangka sejak tahun lalu. Namun tahun ini nampaknya pilihan Bahagian Siasatan SPRM Hishammuddin menyegerakan kes.