Midlands City Sdn Bhd adalah syarikat dibeli Vizione tahun 2022 bernilai RM38 juta. Pemegang sahamnya 62% bawah Datuk Ng Aun Hooi Pengarah urusan Vizione. Hari ini Midlands City Sdn Bhd beri LOA kepada Vizione Builder Sdn Bhd unit Vizione Holdings Bhd
Syarikat Mafia Korporat Vizione Holdings Bhd yang dikuasai oleh Kenneth Vun @Bun Yun Lun dan peguamnya Datuk Chong Loong Men mengumumkan telah memperoleh kontrak bernilai RM250 juta untuk membina apartmen di Semenyih, Selangor.
Dalam pemfailan bursa, Vizione berkata projek tersebut merangkumi dua blok 15 tingkat dan tiga blok 18 tingkat.
Kumpulan tersebut menyatakan bahawa unitnya, Vizione Builder Sdn Bhd, menerima surat anugerah daripada sebuah syarikat hartanah, Midlands City Sdn Bhd.
Bagaimanapun sebenarnya Pengarah urusan Vizione, Datuk Ng Aun Hooi, adalah pemegang saham terbesar Midlands City dengan pegangan sebanyak 62% melalui pembelian Vizione terhadap kepentingan Midlands City Sdn Bhd pada ogos 2022 secara tunai RM38 juta, dalam erti kata lain unit Vizione melantik unit Vizione yang lain.
Media sebelum ini melaporkan pemegang saham lain dalam Midlands City ialah Ting Hing Khok (10%) dan Ng Kok Kiang (28%).
SIAPA DI BELAKANG VIZIONE HOLDINGS BHD?
The Corporete Secret (TCS) sebelum ini mendedahkan syarikat yang dikuasai Mafia Korporat seperti Victor Chin Boon Long, Jacky Pang dan Kenneth Vun.
Bagaimanapun Vizione Holdings adalah dalam kawalan Kenneth Vun bersama Peguam Mafia Korporat Datuk Chong Long Men. Siapa Chong Loong Men telah diperjelaskan sebelum ini. Sekalipun Chong Loong Men meletak jawatan BOD Vizione oktober tahun lalu namun tangannya dalam semua syarikat Kenneth Vun tetap berfungsi seperti biasa.Vizione adalah konsortium yang terlibat dengan kes rasuah Terowong Pulau Pinang sebelum ini.
Syor Baca : Selepas Victor Chin, Fail Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men pula terbongkar
14 Mac lalu media melaporkan menyerbu Syarikat Mafia Korporat Kenneth Vun di Menara Lion Hoe Tropicana berhubung penipuan saham berbilion ringgit
Menara Lion Hoe menempatkan puluhan syarikat senarai awam Mafia Korporat milik Kenneth Vun@ Vun Yun Lun seperti AT Systemization Bhd (ATS), MLabs Systems Bhd, Focus Dynamics Group Bhd, Fintec Global Bhd, XOX Bhd, M3Technologies (Asia) Bhd, NetX Holdings Bhd, Lambo Group Bhd, Key Alliance Group Bhd dan Vsolar Group Bhd telah sekian lama bertapak di bangunan itu.
Kenneth Vun juga menggunakan akaun luar pesisir seperti Credit Suisse Group AG, HSBC Nomminee(Asing) Sdn Bhd), UBS Group AG (Citibank Nominee (Asing) Sdn Bhd), akaun nominee Maybank Kim Eng Securities Pte Ltd, CGS-CIMB Securities (Hong Kong) Limited, Barclays Bank PLC, and, DB (Malaysia) Nominee (Asing) Sdn Bhd– Exempt An for Nomura PB Nominees LTD dalam manipulasi saham.
Namun Kenneth Vun paling banyak menggunakan khidmat Sanston Financial Group Limited dan Lazarus Securities PTY LTD. Manakala penama proksi pula biasanya Carol Vun On Nei (adik), Mak Siew Wei, Tay Ben Seng Benson, Chong Loong Men, Tang Boon Koon, mendiang Datuk Eddie Chai Woon Chet, Kong Kien Yong dan Roy Ho Yew Kee.
Setakat ini tiada apa tindakan dibuat dari serbuan Suruhanjaya Sekuriti 14 Mac itu kerana semua tahu kepakaran mafia korporat merasuah pegawai SC. Mafia korporat seperti Kenneth Vun dan Victor Chin tak mungkin akan didakwa.
Jika disemak pemegang saham terbesar dalam Vizione 2023 ialah Kenneth Vun melalui Sanston Financial Group Limited 14.18% disusuli anak syarikat LKH International Bhd, Lazarus dan syarikat-syarikat dikuasai Kenneth Vun. MD syarikat Dato’ Ng Aun Hooi hanyalah alat dalam syarikat ini. Hanya seorang sahaja di negara ini memanipulasi saham menggunakan Sanston Financial Group Limited dan Lazarus iaitu Kenneth Vun.
Pengumuman Vizione menang kontrak pembinaan RM250 juta membina apartmen di Semenyih dari Midlands City Sdn Bhd milik mereka sendiri adalah sebahagian cara syarikat itu ‘mencuci’ wang mereka.
Awal mei lalu sebuah lagi syarikat di bawah mafia korporat Kenneth Vun mengumumkan Pasukhas Group Bhd (Pasukhas) berjaya memperoleh projek membina pusat data bernilai RM56.98 juta di Selangor untuk sebuah syarikat teknologi multinasional terkemuka yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Pasukhas Group Bhd syarikat kesayangan Kenneth Vun bawah kendalian Mak Siew Wei merupakan syarikat menyimpan dan ‘mencuci’ wang hasil manipulasi pasaran saham termasuk bagi tujuan membayar rasuah kepada pihak berkuasa.