Serba Dinamik Holdings Bhd akan dinyahsenarai dari Senarai Rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd berkuat kuasa 5 Jun.
Dalam pemfailan dengan Bursa Malaysia 30 Mei, dinyatakan bahawa penyenaraian itu akan dinyahsenarai mengikut perenggan 8.04 dalam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
Bursa Securities telah memutuskan untuk menolak rayuan syarikat bagi lanjutan masa selama enam bulan lagi untuk mengemukakan pelan pemulihan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk kelulusan.
“Selepas dinyahsenarai, syarikat akan terus wujud tetapi sebagai entiti yang tidak disenaraikan. Syarikat masih boleh meneruskan operasi dan perniagaannya serta melaksanakan penstrukturan semulanya, dan pemegang saham masih boleh mendapat ganjaran daripada prestasi syarikat,” katanya.
Walau bagaimanapun, Serba Dinamik menyatakan bahawa pemegang saham akan memegang saham yang tidak lagi akan dinyatakan dan didagangkan di Bursa Securities
Serba Dinamik yang pernah dibantu PM8 Ismail Sabri sebelum ini termasuk kes mahkamahnya nampaknya sudah tidak dapat dipertahankan lagi selepas kontroversi demi kontroversi melanda. Satu lagi syarikat senarai awam bumiputera ‘dilingkupkan’ kerana kesilapan pengurusan
BACA Kisah Serba Dinamik
Belum dinyah senaraikan Bursa Malaysia, kerugian bersih Serba Dinamik naik RM1.3 Bilion
Mohd Karim CEO Serba Dinamik didenda RM15,000 oleh Bursa Malaysia
Demi Sarawak: APB Resources beli bangunan Menara Serba Dinamik di Shah Alam berharga RM38 juta