Menara Kuala Lumpur (KL) kini diuruskan oleh anak syarikat Lim Seong Hai Capital Berhad (“LSH Capital”) LSH Best Builders Sdn. Bhd. dan Service Master (M) Sdn. Bhd (Selenggara) bagi konsesi baharu selama 20 tahun.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada rabu
Katanya syarikat itu dipilih daripada lima pembida syarikat tempatan yang mengemukakan Permintaan Cadangan (RFP).
“Syarikat usahasama itu dipilih oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan pihak kerajaan dan telah memenuhi syarat ditetapkan dan tidak ada apa-apa isu terkait selepas semua saringan dilakukan dari segi aspek integriti serta tidak timbul sebarang isu,” katanya pada sidang media semalam
Fahmi berkata, beliau dimaklumkan, semua syarikat yang ingin terlibat dalam proses tender ini perlu mempunyai keupayaan kewangan sekurang-kurangnya RM18 juta.
Semakan menunjukkan LSH Best Builders syarikat pembinaan itu mempunyai modal berbayar RM1 juta dengan pendapatan tahunan lebih RM200 juta setahun dengan keuntungan lebih RM25 juta setahun menunjukkan kewangan syarikat ini sangat kukuh.
LSH Capital dikuasai oleh Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng CEO Knusford Berhad dan Pengarah Urusan Ekovest Berhad.
Dengan pelantikan LSH Capital bermakna syarikat konsesi interim Hydroshoppe Sdn Bhd milik Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh telah disingkirkan kerana sedang didakwa dalam kes rasuah melibatkan anak syarikat Hydroshoppe, Menara KL Sdn Bhd.