Silver Ridge Holdings Berhad syarikat milik Dato’ Mohd Suhaimi Abdullah Ahli Parlimen Langkawi yang juga Pengerusi Tetap Bersatu menerusi anak syarikatnya sekali lagi menerima kontrak berjumlah RM168.83 juta bagi kerja-kerja pembinaan dan pembangunan Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Melaka.
Surat tawaran dari Melaka International Cruise Terminal Sdn Bhd bertarikh 23 Mei 2024 itu diterima anak syarikat milik 51% Silver Ridge, Total SR Web 3.0 Sdn Bhd.
Anugerah kontrak berkenaan termasuk kerja-kerja pengeboran, kerja-kerja struktur utama, dan perkhidmatan mekanikal serta kejuruteraan untuk terminal kapal persiaran tersebut.
“Jumlah anugerah kontrak adalah sebanyak RM168.83 juta yang dijangka bermula pada 24 Mei 2024 dan dijadualkan disiapkan pada 23 Ogos 2025,” katanya dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Menurut Silver Ridge, skop kerja Anugerah Kontrak adalah dalam lingkungan urus niaga biasa Kumpulan.
Katanya, anugerah kontrak berkenaan akan menyumbang secara positif kepada pendapatan setiap saham dan pendapatan masa depan Kumpulan Silver Ridge untuk tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2025.
November tahun lalu syarikatnya Silver Ridge Holdings Berhad meraih subkontrak bernilai RM7 juta projek klinik kesihatan di Pulau Pinang
Terbaru sekali lagi Silver Ridge Holdings Berhad menerima lagi kontrak bernilai RM1.87 juta daripada China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd bagi kerja-kerja subkontrak pemasangan pagar pelindung Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
April lalu Bursa Malaysia mendenda Ahli Parlimen Langkawi Dato’ Mohd Suhaimi Abdullah bekas pengarah urusan kumpulan Silver Ridge Holdings Bhd bersama tiga pengarah lain masing-masing RM25,000 kerana tidak patuh peraturan korporat. Surat anugerah (LOA) Silver Ridge bernilai RM20.6 juta yang diterima daripada Telekom Malaysia pada 4 Mei 2021 namun hanya diumumkan pada 4 Oktober.
Suhaimi meletak jawatan daripada Silver Ridge pada 4 Jan tahun 2023 namun semua syarikatnya kini digerakan oleh anaknya Syauqat Bin Dato’ Mohd Suhaimi Pengarah Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan, Syakur Bin Dato’ Mohd Suhaimi Pengarah Eksekutif -Timbalan Pengarah Urusan
Pengerusi bukan eksekutif syarikat ialah Tan Sri Dato’ Seri Mohd Radzi Bin Sheikh Ahmad yang juga pemimpin UMNO menyertai BERSATU.
Tahun lalu kecoh mengenai MP Langkawi bertemu dengan ‘Datuk Botak’ di parlimen yang kononnya bakal menyokong Kerajaan Perpaduan dan PMX. Beliau nampaknya mendapat mafaat daripada desas desus sebelum ini.