Pendedahan FMT mengenai Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (Kowamas) koperasi yang pernah dianugerahkan koperasi keempat terbaik tahun 2022 pasti mengejutkan pelbagai pihak.
Koperasi yang beralamat di Kota Bharu dan Pejabat Urusan Kowamas di Kelana Jaya ini terlibat dengan skim pembiayaan peribadi, Ar rahnu, bidang automotive (Honda Malaysia) dan bidang pembinaan perumahan sedikit sebanyak terjejas dengan isu kelemahan pengurusan Kowamas sehingga menyusahkan penjawat awam yang pernah membuat pembiayaan peribadi.
Pengasas dan Pengerusi operasi Wawasan Malaysia Berhad ialah Dato’ Mohamed Farid Mohamed Zawawi merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Kok Lanas yang menang bertanding diatas tiket PN-PAS pada PRN-15.
Beliau merupakan ahli politik dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang telah memenangi kerusi tersebut pada Pemilihan Agung BERSATU 2020-2023. Beliau juga merupakan mantan Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Hamzah Zainudin
Kini Dato’ Mohamed Farid Mohamed Zawawi merupakan Timbalan Speaker DUN Kelantan dan Ketua Bersatu Kota Bharu
Penipuan Kowamas
15 Mei lalu FMT mendedahkan beberapa peminjam Kowamas yang teraniaya oleh tindakan koperasi itu disenarai hitam bank walaupun sudah melangsaikan hutang.
Kumpulan peminjam itu mendakwa, walaupun mempunyai dokumen rasmi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengesahkan habis membayar pinjaman kepada Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (Kowamas), mereka tetap disenarai hitam.
Senarai hitam bank memberikan buruk apabila dalam kalangan penjawat awam terbabit tidak boleh mendapatkan pinjaman untuk tujuan perubatan atau membeli kediaman.
Aida Abdullah, 40
Seorang daripadanya ialah Aida Abdullah, 40 yang direkodkan tamat pembiayaannya pada 2019 namun terkejut apabila dua tahun kemudian diberitahu namanya disenarai hitam kerana mempunyai tunggakan selama 10 bulan.
Aida berkata perkara itu diketahuinya ketika mahu membuat pinjaman untuk menampung sebahagian kos rawatan dialisis suaminya yang menghidap penyakit buah pinggang.
“Dalam rekod saya telah langsaikan bayaran tetapi bank beritahu ada tunggakan 10 bulan pula, sekarang nama saya disenarai hitam dan terpaksa pinjam duit kawan untuk tampung bayaran dialisis suami,” katanya kepada FMT.
Salmi Said, 39
Tiada jawapan Kowamas bagi penyelesaian isu itu berbulan-bulan begitu juga dengan peminjam bernama Salmi Said, 39 yang mendakwa namanya disenarai hitam yang hanya disedari ketika mahu melangsaikan pinjaman menerusi penyatuan hutang dengan bank.
Menurut Salmi, selepas berusaha mendapatkan surat penyata penyelesaian pinjaman daripada koperasi terbabit barulah dia mengetahui bahawa pinjamannya selesai dibayar Februari lalu yang juga melalui potongan gaji Angkasa.
“Cuma bila nak buat dengan (pinjaman) bank didapati nama saya disenarai hitam, apabila periksa ada tujuh bulan tunggakan daripada sebuah bank.
“Saya hubungi pula Angkasa yang menunjukkan pemotongan gaji dibuat tanpa gagal, koperasi itu dah dapat bayaran cuma mungkin mereka tak bayar kepada bank,” katanya yang membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Salmi turut meminta pihak berkuasa menyiasat koperasi itu kerana ramai ahlinya berdepan situasi sama.
Mohamad Shafiq Sahat, 35
Seorang lagi penjawat awam telah ‘mengheret’ Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (Kowamas) ke Tribunal Koperasi dan enggan menarik balik kes itu walaupun dipujuk dan ‘tunggakan bayaran pinjaman bank’ secara tiba-tiba dilangsaikan.
Mohamad Shafiq Sahat berkata tindakan koperasi itu yang menyusahkannya selain peminjam lain membulatkan tekadnya meneruskan kes berkenaan yang dijangka mula didengar esok.
Bapa kepada dua cahaya mata berasal dari Kuching, Sarawak, bimbang jika dia menggugurkan kes lebih ramai penjawat awam yang membuat pinjaman bawah Kowamas akan berdepan masalah sama. Mohamad Shafiq Sahat telah melangsaikan hutangnya pada 2020.
“Saya harap ini dapat buka mata kepada peminjam supaya periksa status pembayaran untuk elak kejadian sama,” katanya
Shafiq hanya mengetahui perkara itu tiga tahun selepas itu ketika diberitahu namanya disenarai hitam bawah sistem maklumat rujukan kredit pusat (CCRIS) ketika bank menyemak kelayakannya memohon pembiayaan rumah.
Menurutnya, dia yang terkejut diberitahu mempunyai tunggakan dengan sebuah bank kemudian membuat semakan dan mendapati ia membabitkan pembiayaan peribadi dengan Kowamas yang sudah dilangsaikan.
Dakwanya, dia tidak diberitahu dana kepada koperasi itu dipinjamkan oleh bank menggunakan namanya.
“Koperasi itu yang sepatutnya disenarai hitam, bukan saya,” katanya yang kemudian membuat kajian berhubung Kowamas dan mendapati ramai ahli menjadi mangsa-nama disenarai hitam tanpa pengetahuan.
Menteri KUSKOP sahkan siasatan terhadap Kowamas
Susulan kekecohan itu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengesahkan sedang menyiasat aduan peminjam Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (Kowamas) yang mendakwa nama mereka disenarai hitam bank walaupun sudah melangsaikan hutang.
Menterinya, Ewon Benedick berkata telah menerima aduan itu dan tindakan lanjut akan diambil.
“Saya terima aduan dan siasatan sedang dijalankan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jom Jelajah Koperasi (Jejak) 2024-2025.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Ahmad Norihan Jalal, berkata pihaknya sudah menghubungi Kowamas bagi menyiasat punca masalah berkenaan. Beliau berkata, setakat ini Kowamas memberi kerjasama yang baik kepada SKM.
“SKM sudah berhubung dengan Kowamas. SKM juga sedang siasat, selepas itu kita akan ambil tindakan selanjutnya,” katanya.
Jawapan Kowamas
Koperasi Wawasan Malaysia (Kowamas) mengesahkan tiga peminjam, yang namanya disenarai hitam oleh bank, sudah menyelesaikan bayaran pinjaman peribadi masing-masing melalui potongan bulanan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Bagaimanapun, nama mereka masih disenarai hitam kerana bank mengenakan kos tambahan tanpa pengetahuan peminjam mahupun koperasi.
Persoalan besar mengapa Kowamas boleh melakukan kesalahan seumpama itu? Peminjam hanya berurusan dengan Kowamas bukan Bank dan sepatutnya isu caj bank dan lain-lain bukan urusan peminjam. Terhantuk baru tengadah. Rakyat dah disusahkan mengadu media bila tular baru sibuk hendak selesaikan dengan melangsaikan bayaran kepada bank. Peminjam nak hubungi Kowamas dan bank ditendang ke sana kemari.
Peminjam, penjawat awam dan rakyat disusahkan oleh Pengurusan Kowamas sepatutnya Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengambil tindakan tegas kepada koperasi menipu ahli dan rakyat berurusan dengan mereka. Koperasi pembiayaan peribadi seperti ini dibatalkan lesen kerana menyusahkan rakyat.
Koperasi yang diasaskan oleh Dato’ Mohamed Farid Mohamed Zawawi orang politik ini jelas rosak sepatutnya SKM mengarahkan Dato’ Mohamed Farid meletak jawatan atau program pembiayaan peribadi dibatalkan. Lebih ramai rakyat kena lebih ramai yang susah