Perang Bisnes cubaan Mafia Korporat merampas GIIB Holdings Bhd nampaknya belum berakhir. Drama demi drama sejak tahun lalu sehingga Mei 2023 Dato’ Sri Andy Lim Kok Han atau Dato’ Teleng muncul pemegang saham besar dalam GIIB Holdings Bhd selepas membeli 125.93 juta saham atau bersamaan 21.297% kepentingan. Setelah menguasai kepentingan GIIB sekali lagi keluarganya (anak) ditahan SPRM.
Dato’ Teleng memaksa dan mengugut ketua pegawai eksekutif GIIB Holdings Bhd Tai Boon Wee agar segera melantiknya sebagai Pengarah Eksekutif GIIB Holdings Bhd namun Tai Boon Wee tidak mengendahkannya sehingga tercetusnya insiden Dato’ Teleng menggugut menggunakan pistol di restoran Social Bar Publika Kuala Lumpur dan Hotel Sheraton di Petaling Jaya pada Jun 2023. Laporan polis Tai Boon Wee menyebabkan Dato’ Teleng direman PDRM.
SYOR BACA – Mafia Korporat Lim Kok Han direman Polis peras ugut guna pistol terhadap Pengerusi GIIB Holdings Berhad
Awal April lalu terdapat dakwaan Lim Kok Han @ Dato’ Teleng dipukul oleh gangster dan ‘drugs dealer’ berhubung isu penipuan wang pelaburan di rumahnya namun setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh Lim Kok Han.
APA LAGI YANG BERLAKU DALAM GIIB HOLDINGS BHD?
Pengumuman Bursa Malaysia pada 10 Mei menunjukkan Dato’ Teleng melupuskan 1.4 juta sahamnya. Bagaimanapun penjualan saham Dato’ Teleng ini sudah bermula sejak 19 Jun 2023. Pada 8 Januari 2024 22.6 juta saham dilupuskan. Hari ini Dato’ Teleng mempunyai baki 6.7 peratus. Rekod laporan tahunan GIIB Holdings untuk tahun 2023 ialah 14 peratus.
Dendam belum habis maka selepas saja Dato’ Teleng menjual sahamnya pada 10 Mei, perlindungan Dato’ Sri Wan Adnan Wan Mamat pengerusi bukan eksekutifnya yang tidak lagi kebal seperti sebelum ini maka pada 15 Mei 2024 Tai Boon Wee Bekas ketua pegawai eksekutif GIIB Holdings didakwa di mahkamah atas pertuduhan memalsukan laporan kewangan suku ketiga interim 2023 pengilang getah itu yang kononnya tulen.
Tai secara khusus didakwa bersubahat dengan mengarahkan setiausaha syarikat Mak Chooi Peng untuk secara tidak jujur menggunakan penyata kewangan interim palsu bagi tempoh berakhir 31 Mac 2023 untuk GIIB sebagai tulen.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Bursa Malaysia Securities pada Mei 2023.
Pertuduhan yang didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 109 dan 465 akta sama, membawa hukuman sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Tai, 64, meminta dibicarakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.
Hakim Azura menetapkan jaminan RM20,000 dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari manakala Tai diwakili Wan Sharizal Wan Ladin, yang memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya telah bekerjasama dengan pihak berkuasa sepanjang siasatan dua tahun itu.
Ini adalah kali kedua Tai didakwa atas tuduhan pemalsuan. Beliau pertama kali didakwa bersama bekas pengarah eksekutif Wong Ping Kiong kerana memberikan dokumen palsu kepada juruaudit Grant Thornton Malaysia PLT berhubung penjualan mesin bernilai RM2.95 juta yang tidak wujud.
Bagaimanapun, Tai dan Wong dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu pada Oktober selepas Mahkamah Tinggi membenarkan usul kedua-dua mereka untuk membatalkan pertuduhan itu.
SYOR BACA – CEO GIIB Holdings Bhd dan isteri dilepas, bebas tuduhan kemuka dokumen palsu
Pada September tahun lalu, Tai berundur daripada jawatannya dalam syarikat itu, menyerahkan tampuk pentadbiran kepada anak lelakinya Tai Qisheng dan Tai Qiyao.
Apa lagi selepas ini? Dato’ Sri Lim Kok Han ‘Dato Teleng’ pasti tidak akan berhenti untuk membenamkan Tai Boon Wee, keluarganya dan GIIB Holdings Bhd. Teleng pasti membayar semua media untuk memburukkan imej Tai Boon Wee.