Calon Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut yang diumumkan sebagai AHLI PERNIAGAAN oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin sejak awal mengundang pelbagai kontroversi tentang kelayakan calon PN ini.
Selepas kontroversi mengenai status akademiknya, calon Perikatan terpalit pula dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti atau hutang Ahlong bernilai RM37,363. Diawal kemunculan isu Khairul Azhari Saut lebih suka menyorok dan memberi jawaapan ‘no komen’. Namun Khairul akhirnya menafi membuat hutang Ahlong.
“No comment (tiada komen), terima kasih. Saya perlu ke lokasi lain,” katanya
Sejak hari penamaan calon PRK pada 27 April lalu, Khairul Azhari berdepan kontroversi termasuk mempersoalkan kelayakan ijazah sarjana tanpa memiliki ijazah sarjana muda namun Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menjawab isu itu.
Bagaimanapun ada satu isu belum dijelaskan oleh calon PN hingga kini berhubung statusnya sebagai ahli Perniagaan yang menunjukkan beliau sebagai Pengurus Besar Global Valley Venture Sdn Bhd.
SIAPA GLOBAL VALLEY VENTURE SDN BHD?
Siapa pemilik syarikat ini? Syarikat ini sangat meragukan. Bagaimana seorang yang berpengalaman kerja di Bursa Malaysia, Damini Corporation dan Petrogas Resources boleh menjadi Pengurus Besar sebuah syarikat yang melingkup? Bagaimana Khairul Azhar ini nanti mahu menguruskan kawasan sebagai wakil rakyat jika syarikat yang diurus seperti syarikat ‘pencuci’ wang haram. Ini mencerminkan sikap seorang pemimpin bakal berkuasa nanti.
Di mana sebenarnya pejabat syarikat ini? Sekejab di Shah Alam, sekejab Rawang dan sekejab di Bangi. Apa sebenarnya perniagaan yang perlu diuruskan oleh Khairul Azhar ini.
Jualan tahunan syarikat tak sampai RM100ribu. Malah rugi RM5000 hingga RM6000. Seorang yang pernah berurusan Bursa Malaysia, Damini Corporation dan Petrogas Resources boleh menjadi Pengurus Besar kepada syarikat Global Valley Venture Sdn Bhd?
Bagaimana pengundi KKB memilih wakil rakyat yang menipu status kerjanya dengan sebuah syarikat melingkup? Selepas ini bukan sahaja Ahlong, syarikat dan kerajaan pun dia tipu. Dan jika dia pinjam ahlong pun lojik kerana syarikat diketuainya rugi. LHDN wajar menyemak pendapatan, akaun dan berkaitan calon PN ini sangat meragukan.
Sebagai Pemangku Ketua Bahagian BERSATU Hulu Selangor apakah selepas ini beliau juga akan menipu rakyatnya? Pau syarikat-syarikat pendokong PN.