Mohd Zafarullah Nordin CEO Ranhill Defence and Tecnology Sdn Bhd anak syarikat Ranhill Utilities Berhad bersama seorang lagi pegawai direman sehari bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor.
Perintah reman itu dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Nurzihan Abdul Rehman selepas permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini, pagi tadi, bagi membolehkan kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 16 dan 18 Akta SPRM 2009.
Zaffarollah juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Kota Raja.
Dua suspek terbabit masing-masing diwakili peguam, Adzly Ab Manas dan Amarpreet Singh Rajwinder Singh.
Terdahulu, sumber SPRM dilaporkan berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia 36 dan 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang semalam.
“Siasatan dijalankan susulan beberapa aduan sekitar 2023 di mana kedua-dua suspek didakwa telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua syarikat kontraktor.
“Ia sebagai balasan membantu syarikat terbabit memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air berkenaan.
“Suspek didakwa terbabit kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berhubung permohonan sumbangan bagi satu program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program berkenaan tidak dilaksanakan sepenuhnya,”
Menurut sumber juga sasaran utama SPRM ialah Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd Muhammad Faizal Aliar namun tangkapan dibuat terhadap Vice Presiden Group Communications merangkap CEO Ranhill Defence and Tecnology Sdn Bhd untuk dijadikan saksi utama kes.
Setakat ini tiada pengumuman rasmi daripada Ranhill Utilities Berhad mengenai tangkapan SPRM pegawainya.