Dari sebuah kisah rogol pramugari dan tularnya video masuk hotel Adun Gombak Setia Mohd Hilman Idham bersama Zulfahimin Mahdzir pembantu khasnya yang kecoh dalam tahun 2021 kini Zulfahimin Mahdzir berhadapan kes baharu pecah Amanah pula.
Tahun 2022 di mahkamah Nur Farihatul Mardziah Mohd Fisol mendedahkan di mahkamah dia dirogol oleh Zulfahimin Mahdzir dan dirancang oleh Adun PN Mohd Hilman Idham. Bagaimanapun Nur Farihatul menarik balik pengaduannya terhadap Hilman. Hilman merupakan bekas skandal wanita berkenaan.
Semalam Mohd. Zulfahimin Mahadzir dan isterinya, Ungku Syahirah Ungku Zulkifli dan seorang lagi lelaki Azfaruzain Zulfakar diseret pula ke mahkamah atas dakwaan pecah Amanah.
Tiga tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang sebuah syarikat berjumlah RM0.5 juta, tahun lalu.
Mohd. Zulfahimin Mahadzir dan isterinya, Ungku Syahirah Ungku Zulkifli serta Azfaruzain Zulfakar membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh sebagai ejen yang dilantik oleh sebuah syarikat bagi penguasaan harta iaitu wang berjumlah RM537,200 didakwa dengan curang melakukan pecah amanah jenayah terhadap harta tersebut.
Perbuatan itu dilakukan di sekitar daerah Petaling di sini, antara 18 Januari hingga 19 Januari 2023.
Justeru, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun selain sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zafirah Syed Mustapa kemudian mencadangkan kos ikat jamin berjumlah RM30,000 bagi setiap tertuduh dan penyerahan pasport kepada mahkamah.
Peguam Navin Punj memohon pengurangan kerana semua anak guamnya memberi kerjasama kepada polis sepanjang proses siasatan sejak tahun lalu.
“Selain itu, dua anak guam yang juga suami isteri mempunyai tanggungan tiga anak manakala seorang lagi menanggung dua anak termasuk yang menghidap autism.
“Mereka juga memberi kerjasama baik bagi membantu siasatan kes berkenaan sejak Mac tahun lalu,” katanya.
Awang Krisnada kemudian membenarkan kos ikat jamin RM15,000 bagi setiap tertuduh dan mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah serta melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sekali setiap bulan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Mei depan