New Straits Times melaporkan bilangan jutawan muda di Malaysia semakin meningkat, dengan peningkatan 75 peratus jutawan berumur 30 tahun ke bawah dicatatkan pada 2022.
Siapakah mereka ini? Apakah influencer yang terlibat dalam perniagaan atau pengasas produk yang tular di laman sosial?
Angka daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menunjukkan bahawa 35 orang berumur bawah 30 tahun pada tahun itu mengisytiharkan pendapatan mereka melebihi RM1 juta.
LHDN berkata badan cukai itu telah merekodkan bilangan jutawan muda yang stabil, dengan sekurang-kurangnya 20 orang muda mengisytiharkan pendapatan sekurang-kurangnya RM1 juta setiap tahun sejak 2018.
“Bagaimanapun, kami masih belum mendapat angka untuk 2023 memandangkan proses e-filing bagi tahun itu masih berjalan,” katanya.
Pada masa sama lebih 94 peratus pembayar cukai di bawah umur 30 tahun yang berpendapatan lebih RM1 juta tidak mencatatkan sebarang baki cukai tertunggak pada tahun antara 2018 dan 2021.
“Bagaimanapun, penilaian tahap pematuhan pembayar cukai perlu mengambil kira termasuk penyerahan borang pengisytiharan cukai pendapatan setiap tahun, pematuhan arahan pembayaran ansuran dan baki cukai, serta memastikan pengisytiharan cukai dibuat dengan betul dan tepat, antara yang lain,” katanya.
LHDN berkata setiap individu, termasuk influencer media sosial yang jumlah pendapatan bercukai melebihi nilai ambang, mesti mendaftar untuk fail cukai pendapatan.
Ini kerana individu yang memperoleh pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 dan mempunyai Potongan Cukai Bulanan (PCB) layak dikenakan cukai.
Jadi anak muda yang ada pendapatan lebih RM34 ribu setahun jangan lupa bayar cukai ya..
SYOR ARTIKEL
LHDN ingatkan Pempengaruh Media Sosial Tidak Culas Membayar Cukai Pendapatan