Pernah kontroversi dengan dakwaan perjumpaan ‘lelaki botak’ , gambarnya tular dikaitkan jual beli MP tetapi setakat ini Ahli Parlimen Langkawi, Dato’ Mohd Suhaimi Abdullah yang juga Pengerusi Tetap dalam Bersatu belum menyatakan sokongan kepada PM dan menyebarang bersama 6 MP PN.
Namun beliau tetap bertuah november tahun lalu syarikatnya Silver Ridge Holdings Berhad meraih subkontrak bernilai RM7 juta projek klinik kesihatan di Pulau Pinang
Terbaru sekali lagi Silver Ridge Holdings Berhad menerima lagi kontrak bernilai RM1.87 juta daripada China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd bagi kerja-kerja subkontrak pemasangan pagar pelindung Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kerja-kerja subkontrak itu melibatkan pembinaan dan penyiapan pagar pelindung tepi laluan kereta api dari CH 349+616.92 hingga CH364+214, Seksyen 6 bagi projek ECRL.
“Kerja-kerja subkontrak itu dijangka bermula pada 11 Mac 2024 dan siap sepenuhnya dalam tempoh lima bulan,” katanya.
Silver Ridge berkata, kerja-kerja itu tidak akan memberikan sebarang kesan material ke atas modal terbitan dan berbayar, pegangan saham pemegang saham yang besar, aset bersih sesaham dan penggearan syarikat.
Lembaga pengarah berpendapat bahawa subkontrak akan menyumbang secara positif kepada pendapatan sesaham dan pendapatan masa depan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.
Tiada pengarah, pemegang saham utamanya atau orang yang berkaitan dengan pengarah dan pemegang saham utama syarikat mempunyai sebarang kepentingan dalam kontrak itu.
April 2023 Silver Ridge Ahli Parlimen Langkawi, Dato’ Mohd Suhaimi Abdullah selaku pengerusi dan lembaga pengarah Silver Ridge Holdings langgar peraturan korporat dan didenda RM25 ribu setiap seorang.