Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz terkejut mahu memfailkan laporan polis berhubung video tular yang membayangkan dirinya terlibat dalam salah laku melibatkan pelaburan ‘scammer’
“Terdapat video yang telah tersebar di media sosial membayangkan saya terlibat dalam salah laku berikutan kehadiran saya pada pelancaran satu produk pada tahun 2023.
“Saya menerima jemputan itu dengan niat baik dan pasukan kami tidak mempunyai pengetahuan awal tentang dakwaan atau ketidakwajaran tersirat yang ditimbulkan dalam video tersebut.
“Oleh itu, pasukan saya telah memulakan siasatan mengenai perkara ini, dan saya akan membuat laporan polis sebaik sahaja saya kembali ke Malaysia supaya siasatan rasmi boleh dimulakan.
Tengku Zafrul kini mengiringi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam lawatan ke Australia.
Dalam satu video yang tular di Tiktok seorang lelaki dikenali sebagai ‘Sufian Art’ berasal dari Amerika Syarikat dalam sebuah rakaman video mendakwa dia dibayar RM800 untuk menjadi ‘CEO’ sebuah syarikat dengan menandatangani MoU palsu dalam satu majlis yang turut dihadiri Zafrul.
Lelaki itu mendakwa syarikat itu menggunakan MoU palsu untuk mengumpul RM36 juta.
Lelaki itu mendakwa bekerja dengan syarikat pengiklanan terkenal Agensi Media Leo Burnett Malaysia dan menunjukkan gambar dirinya bersama bekas perdana menteri Najib Razak selain Zahid Hamidi yang sekarang TPM Malaysia.
Video itu ditujukan kepada setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin selain turut meminta perhatian Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung perkara itu.
Artroniq Berhad melalui anak syarikatnya Artronic iTech Sdn Bhd turut membuat laporan polis semalam susulan tularnya video ‘Sufian Art’ itu.
BENARKAH ARTRONIQ BERHAD SYARIKAT SCAMMER?
Menurut ‘Sufian Art’ majlis menandatangani perjanjian memorandum (MoA) antara Artroniq Bhd (Artroniq) dan syarikat Amerika Syarikat (AS) Beno Inc pada 12 Januari 2023 bagi mengeluarkan produk basikal elektrik (e-basikal) di Malaysia sebagai pelaburan ‘Scammer’.
Turut hadir Pengerusi Artroniq, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Beno Inc, Thomas White.
Pada hari sama Tengku Zafrul berkata, MITI akan memperkukuhkan Pasukan Petugas EV bagi memperkasakan peranannya dalam memacu sektor berkenaan menjadi lebih berdaya maju.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjangkakan sektor kenderaan elektrik (EV) mampu menarik pelaburan mencecah RM20 bilion menjelang 2025, sebelum melonjak ke paras RM40 bilion pada 2030.
Artroniq akan bekerjasama dengan firma AS itu membabitkan perkongsian teknologi dan kepakaran untuk meneroka sektor EV menyeluruh bermula dengan e-basikal.
MoA berkenaan dijangka membabitkan nilai melebihi RM100 juta menjelang 2025 dan mewujudkan lebih 100 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia.
Kesudahannya pada Mei 2023, Artroniq Berhad telah berjaya mengumpul RM36.8 juta daripada penempatan persendirian di mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat itu.
Syarikat penyedia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global itu juga menerbitkan sehingga 65,659,400 saham penempatan persendirian bagi kepelbagaian di dalam pembuatan basikal elektrik (e-basikal), modal kerja am dan anggaran perbelanjaan untuk cadangan tersebut selain meluluskan terbitan bonus sehingga 196,978,202 waran baru berdasarkan satu waran bagi setiap dua saham biasa sedia ada untuk memberi ganjaran kepada pemegang saham.
Sekiranya semua waran dilaksanakan pada harga pelaksanaan 60 sen seunit, syarikat akan menaikkan hasil kasar sebanyak RM118 juta untuk digunakan bagi keperluan modal kerja, termasuk pembayaran kepada pembekal dan pemiutang perdagangan, kos kakitangan, imbuhan pengarah dan caruman berkanun, perbelanjaan overhed dan, perbelanjaan pematuhan.
Ketua Pegawai Kewangan Artroniq, Marcus Chin Choon Wei berkata perniagaan e-basikal bukan sahaja menambah aliran pendapatan tambahan, ia juga menyumbang 25% atau lebih dalam keuntungan bersih selain menokok 25% atau lebih aset bersih syarikat.
Siapa mastermind game ini? Beliau ialah Marcus Chin Choon Wei Ketua Pegawai Kewangan Artroniq.
Syarikat senarai awam menipu MITI bukanlah baru dan melibatkan Artroniq sahaja malah sebelum ini syarikat Mafia Korporat Computer Form (Malaysia) Berhad juga menipu mengenai pelaburan EV syarikat Thailand. MOU dan projek tidak menjadi tetapi saham melonjak tinggi dan kemudiannya jatuh mendadak.
Dakwaan syarikat Artroniq satu dari syarikat ‘scammer’ dan memanipulasikan saham sangat berasas berdasarkan apa yang berlaku baru-baru ini.
Awal januari lalu syarikat berkait Sarawak dikejutkan dengan pergerakan luar biasa apabila kaunter saham menjunam didorong oleh spekulasi berlebihan. Kebanyakannya syarikat berpangkalan di Sarawak.
Apa sebenarnya yang berlaku? Spekulasi apakah yang sedang bermain di Sarawak? Apakah ada pihak diluar sana sedang memburu saham murah ( Penny Stock). Apakah pengumuman segala macam projek dan laporan keuntungan semata-mata untuk manipulasi saham?
Antara syarikat Sarawak yang terlibat ialah syarikat yang dikaitkan dengan anak Premier Sarawak, Abang Abdillah Izzarim Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari, Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), Artroniq Bhd, APB Resources Bhd dan Minetech Resources Bhd.
Akibat kontroversi, Abang Abdillah Izzarim Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari meletak jawatan Pengerusi SCIB tetapi budak-budaknya seperti Ku Chong Hong, Liaw Way Gian dan Marcus Chin Choon Wei memainkan peranan dalam SCIB, Artroniq dan APB.
Mereka hanya berpusing-pusing tetapi hakikatnya pemilik yang sama.
Liaw ialah Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Artroniq Bhd manakala Kang ialah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Artroniq dan APB Resources Bhd.
Ku Chong Ho Group MD/ CEO kepada SCIB pula merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif APB Resources Bhd.
Dr Dang Nguk Ling ialah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif APB Resources Bhd di mana Liaw juga berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif.
Marcus Chin Choon Wei Ketua Pegawai Kewangan Artroniq Bhd sebagai Pengarah Eksekutif
Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar bekas Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dilantik Pengerusi APB Resources dan Dato’ Sri Zaini Jass sebagai Pengerusi Artroniq Berhad selain Pengerusi SCIB.
BACA LANJUT- Mengapa saham syarikat terkait anak Premier Sarawak jatuh menjunam?
Ada sumber mendakwa terdapat pelabur luar China atau ‘pencuci wang haram’ cuba membeli saham syarikat-syarikat mempunyai saham murah di Sarawak untuk meraih keuntungan.
Keluarnya Abang Abdillah Izzarim Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari daripada SCIB tidak bermakna beliau tidak mempunyai pengaruh kepada semua syarikat di atas. Ini kerana penguasaan Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari sebagai Pengerusi Eksekutif baharu di Minetech Resources Bhd sudah tentu mempunyai strategi tersendiri.
Pelupusan saham Dato’ Awang Daud Bin Awang Putera (Pengerusi Minetech & BOD Serba Dinamik) sebagai pemegang saham terbesar Minectech seperti ada arahan kepada Dato’ Awang Daud menyerahkan saham-saham itu kepada anak Premier Sarawak.
Sama ada Abang Abdillah Izzarim Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari adalah dalang atau diperalatkan oleh Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), Artroniq Bhd dan APB Resources Bhd itu hanya dia boleh menjelaskan kedudukannya. Ini kerana syarikat-syarikat ini masa ke semasa gemar membuat pengumuman Bursa untuk tujuan manipulasi saham.