Hanya satu syarikat dikuasai Bumiputera daripada sebanyak 97 syarikat baharu yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia dalam tiga tahun kebelakangan ini, menurut Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar
Menzahirkan kebimbangan berhubung perkara itu, Wahid berkata, keadaan itu “mencerminkan penyertaan sebenar Bumiputera dalam sektor perniagaan”.
“Ini suatu ‘wake-up call’ (bagi kita), situasi sebenar yang berlaku,” katanya pada sesi pembentangan hasil libat urus pengurusan korporat dan penciptaan kekayaan pada Kongres Ekonomi Bumiputera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Wahid, yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, “punca utama kegagalan” itu adalah golongan Bumiputera sentiasa menumpukan dasarnya pada sektor awam, bukan swasta.
Perkara itu menyebabkan ekonomi Bumiputera hanya mencapai sasaran 17.8%, berbanding sektor swasta 76.2% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Sektor awam mungkin sumbang sebahagian daripada ekonomi negara kita … terdapat penyertaan sektor swasta yang lebih besar,” katanya.
Sementara itu Wahid turut menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan langkah memperkenalkan Dasar Peluang Saksama bagi memastikan semua rakyat terutama Bumiputera mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan yang saksama.
Menurutnya, cadangan itu wajar diangkat kerana penciptaan kekayaan dan penguasaan korporat dalam kalangan Bumiputera masih rendah berbanding bukan Bumiputera.
Jika dasar itu dilaksanakan, ia mampu mewujudkan persaingan yang lebih baik dalam perniagaan, korporat dan juga pekerjaan atau pendapatan, yang ketika ini peratusannya tidak seimbang.
Namun persoalan yang dilontarkan oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia itu sebenarnya salah siapa?
Abdul Wahid Omar dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia pada 1 Mei 2020 bermakna telah 4 tahun Tan Sri Abdul Wahid duduk di kerusi pengerusi Bursa. Apa beliau lakukan untuk memperbanyakkan syarikat bumiputera disenaraikan? Salah kerajaan kerana kabinet kerajaan bertukar empat kali sehingga tidak sempat menyusun gerak kerja agenda bumiputera?
Begitu juga dengan Pengerusi Suruhanjaya Securiti (SC), Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin apa dia buat sebagai Pengerusi SC untuk menambah bilangan bumiputera sebagai syarikat awam tersenarai (PLC)?
Nampaknya beliau lebih sibuk untuk mempercepatkan penyenaraian syarikat bukan Bumiputera ke Pasaran ACE dan syarikat tersenarai ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Disember lalu Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin selaku Pengerusi SCmengumumkan pasaran ACE kekal sebagai sumber pembiayaan penting dalam pasaran modal ekuiti Malaysia, dengan 20 penyenaraian Pasaran ACE mengumpul sebanyak RM1.26 bilion melalui tawaran awam awal (IPO) sehingga bulan Oktober tahun 2023.
“Proses pemindahan yang dipercepatkan ini akan memanfaatkan PLC Pasaran ACE yang cukup besar dan layak dengan mempercepatkan pemindahan ke Pasaran Utama untuk kebolehlihatan dan akses yang lebih besar kepada kumpulan pelabur, termasuk pelabur asing dan institusi,” katanya
Namun siapakah yang paling untung? Jika tidak syarikat Bukan Bumiputera?
Bukan sahaja syarikat bumiputera terlalu terhad tetapi SC dan Bursa cuba menutup atau melingkupkan syarikat Bumiputera seperti Serba Dinamik Holdings Berhad. SC bukan main lagi mendenda dan cuba menyahsenaraikan Serba Dinamik tetapi Mafia Korporat dibiarkan berleluasa. Begitu juga kemana semua syarikat bumiputera yang dikuasai oleh Tun Daim Zainuddin dulu? semua lesap?
Lebih teruk Mafia Korporat yang menguasai syarikat senarai awam di negara ini melalui syarikat saham murah untuk manipulasi saham di biarkan berleluasa. Tiada pendakwaan hingga kini. Semua mengapa? jawapanya rasuah di SC dan Bursa Malaysia! Syarikat ada wang mampu membayar segalanya.
Mengapa Mafia Korporat Victor Chin Boon Long tidak didakwa sekalipun disahkan oleh Setiausaha Polis Datuk Norsiah Mohd Saadudin pada 4 Mac 2023 berhubung penyelewengan syarikat Classita Holdings Berhad) RM30.5 juta kes pecah Amanah bawah seksyen 409 kanun keseksaan. Malah ketika Classita Holdings dirampas sepenuhnya oleh Victor Chin Boon Long dan isterinya melalui Madam Chan Swee Ying Dr Awang Adek dan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar tidak dapat berbuat apa.
Apa pula tindakan terhadap Mafia Korporat Kenneth Vun@ Vun Yun Lun?
Bukan rahsia syarikat Kenneth Vun akan diuruskan oleh Chong Loong Men Peguam Mafia Korporat yang juga memiliki saham di mana-mana syarikat dikuasa Mafia Korporat. Selain menguruskan Victor Chin Boon Long, Datuk Eddie Cha Woon Chet dan Datuk Jacky Pang Chow Huat
BACA- Selepas Victor Chin, Fail Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men pula terbongkar
Maka Syarikat seperti Key Alliance Berhad, KomarkCorp Berhad, SMTrack Berhad, Jiankun, CN Asia, Saudee Group Bhd, Focus Dynamics Group Bhd, Seacera Group Bhd, LKL International Bhd, Fintech Global Bhd, Pasukhas Group Bhd dan lain-lain yang disebut dalam skandal Penny Stock dikaitkan dengan Mafia Korporat. Sanston Financial Group Limited & Lazarus Securities pula broker milik Kenneth yang biasa digunakan dalam manipulasi saham.
Nama-nama Carol Vun Nei dan Grace Vun Siaw Nei (adiknya) Roy Ho Yew Kee, Tan Bay Seng dan Mak Siew Wei , Chong Loong Men, Nicholas Wong Yew Khid dan beberapa nama yang didedahkan sebelum ini merupakan orang-orang kepercayaan Kenneth Vun. Roy Ho Yew Kee dan adiknya Grace Vun Siew Nei misalnya dalam Komarkcorp Berhad dan Cheetah Holdings Berhad. Kenneth Vun pernah didakwa Suruhanjaya Sekuriti melalui syarikat DVM Technology Berhad yang kini bertukar nama Key Alliance Group Berhad.
Tahun lalu budak -budak Kenneth Vun muncul dalam usaha merampas KNM Group Berhad bersama jutawan Jerman apabila nama-nama lembaga pengarahnya dalam syarikat lain terlibat dalam persekongkolan itu termasuk Dato’ Sri Alex Teh. Namun gagal.
Daripada apa yang kita nampak di atas Syarikat Melayu bergelut nak masuk senaraikan dalam Pasaran ACE dan Papan Utama tetapi syarikat bukan bumiputera mereka dah sampai tahap berebuut-reput merampas syarikat senaraian awam. Mereka beli saham saham syarikat penny dan kemudian manipulasikan syarikat itu untuk lonjakan saham.
Jadi setakat Pengerusi Bursa Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin Pengerusi Suruhanjaya Securiti (SC) yang menyuarakan kebimbangan syarikat Melayu disenaraikan bukanlah sesuatu yang menghairankan. Pemilik syarikat bukan bumiputera ketawa melihat pemimpin melayu beretorik mengenai Agenda Bumiputera.