Pengurusan tertinggi Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. Episod november sejak tahun lalu ugutan Aman Palestin dan Peguam Pejuang terhadap SPRM serta semakan kehakiman nampaknya hari ini membuka episod baru kepada pendakwaan kes di mahkamah.
Sebelum ini desakan dibuat kepada NGO ISMA selepas Pengerusi AMAN Palestin Abdullah Zaik dan Suffian CEOnya menyeleweng lebih RM70 juta dana sumbangan kepada Palestin
BACA- ISMA dalang seleweng RM70 juta, SPRM digesa dakwa Abdullah Zaik, Suffian CEO Aman Palestin Berhad
Pertuduhan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pengerusi Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah syarikat, pada jam 9 pagi ini mungkin melibatkan hampir 100 pertuduhan.
Baru-baru ini, NGO Aman itu dilapor mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM berhubung pembekuan akaun pertubuhan itu bagi tujuan siasatan.
Peguam mewakili Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali, dipetik berkata tindakan itu akan dilakukan selaras Seksyen 44A Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA) 2001.
Seksyen berkenaan berkaitan pembatalan perintah membekukan harta atas permohonan orang dinamakan atau diperihalkan dalam perintah itu.
Pada November lalu, SPRM mengesahkan membeku sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin bernilai RM15,868,762.
Pembekuan itu dilakukan selepas SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.
Siasatan dikatakan dilaksanakan susulan pelaburan meragukan dibuat Aman Palestin, menggunakan dana sumbangan orang ramai.
SPRM dikatakan turut menyiasat pembelian jongkong emas oleh Aman Palestin dengan pertubuhan itu sebelum ini memberitahu SPRM ia adalah kaedah untuk menghantar bantuan kepada Palestin.
Rakyat akan menilai hari ini bagaimana duit derma mereka diseleweng oleh Pengurusan Aman Palestin Berhad.