Tuduhan ini akan beri kesan kepada Ahli Perniagaan, hartawan atau jutawan di negara ini bahawa aset yang lebih 40 tahun boleh diisytiharkan semula
Naimah Khalid, isteri bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal mematuhi notis pengisytiharan aset oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dia didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.
Wanita itu didakwa gagal mengisytiharkan pemilikan syarikat, beberapa bidang tanah dan aset kenderaan. Harta itu ialah ;
Syarikat
Ilham Tower Sdn Berhad
Ilham Baru Sdn Bhd
Kenderaan
Mercedes Benz
Mercedes Benz 500
Hartanah
Manara Llham
Rumah Kediaman di Bukit Tungku
Free hold land di Taman Tungku
Free hold building di Bukit Tungku
Free hold Land & building di Bukit Tungku
Free hold Land & building diBukit Tungku
Free hold Land & building di Pulau Pinang
Free hold Land & building di TTDI
Hakim Azura Alwi membenarkan Naimah diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin, selain memerintahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Feisal Azmi dan Fadhly Zamry, manakala peguam Yusof Zainal Abiden, M Puravalen, Yunos Shariff serta Alex Tan mewakili Naimah.
Awal bulan ini, SPRM dilaporkan berkata, ia memanggil Naimah dan anak lelakinya, Amir serta Amin Zainuddin memberi maklumat mengenai aset keluarga.
SPRM dilapor mengeluarkan notis kepada Daim mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM pada Jun 2023.
Daim dan keluarganya mempunyai permohonan belum selesai untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung siasatan SPRM terhadap urusan mereka yang akan didengar Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada 4 Mac nanti.