Disaat Tun Daim melawan SPRM habis-habisan, mengkritik dan memfailkan permohonan di mahkamah untuk semakan kehakiman mencabar siasatan tersebut akhirnya proses merakam keterangan Tun Daim Zainuddin ditangguhkan.
Afidavit Tun M yang mengesahkan dia kaya sebelum menyertai politik juga dipersoalkan netizen. Katanya kekayaan dia miliki lebih RM50 bilion namun ramai yang tahu Tun Daim kaya atas bantuan Kerajaan UMNO BN selama ini. Projek Taman Maluri yang beliau banggakan itupun asalnya tanah anugerah Kerajaan Selangor yang beliau jual untuk meraih keuntungan.
Menurut sumber SPRM, agensi itu sepatutnya merakam keterangan Daim 15 Januari berkaitan siasatan terhadap ahli perniagaan itu.
Bagaimanapun SPRM mendapat makluman Daim dimasukkan ke hospital.
“Kami dimaklumkan beliau dimasukkan ke hospital minggu lalu, jadi kami kena tetapkan tarikh baharu,” menurut SPRM
Apakah ini taktik Daim? Kerana Tun Daim dilihat sihat sebelum ini.
Pada 10 Jan, SPRM menyoal siasat isteri Daim iaitu Naimah Khalid, dan dua anak lelakinya untuk ambil keterangan berhubung aset yang dikaitkan dengan mereka.
Dalam kenyataan susulan, SPRM berkata notis dikeluarkan terhadap Daim mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009, pada 7 Jun 2023. Keluarganya juga turut dikenakan notis di bawah Seksyen 36(1)(b) akta sama.