Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memanggi Menteri Besar Kedah yang bermulut celupar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir untuk diambil keterangan berhubung dakwaan rasuah berkait persatuan boleh sepak negeri.
Kenderaan rasmi membawa Muhammad Sanusi dilihat memasuki ibu pejabat suruhanjaya itu jam 8.30 pagi dan dimaklumkan 3 jam Sanusi berada di SPRM Putrajaya.
Semalam, media melaporkan SPRM akan memanggil Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu untuk membantu siasatan dakwaan rasuah lebih RM6 juta membabitkan CEO Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
Sebelum itu di Kedah dalam satu sesi bersama media Sanusi menggelar wartawan dan SPRM sebagai ‘barua’ dan zalim.
Difahamkan, siasatan dijalankan SPRM selepas aduan daripada kontraktor yang dijanjikan mendapat projek di negeri di Kedah sekiranya menyalurkan dana kepada persatuan bola sepak berkenaan.
Muhammad Sanusi berang dan menuduh SPRM pilih bulu sepatutnya bukan CEO dan 3 individu ditahan SPRM tetapi orang lain.Katanya SPRM sebenarnya mensasarkan dirinya bukan orang lain.
Presiden KFA itu mendakwa, penahanan ketua pegawai eksekutif persatuan bola sepak hanya sebagai ‘aksesori’ untuk mengada-adakan kes bagi menganiaya mereka, seterusnya membina naratif buruk terhadap Kerajaan Kedah di bawah pentadbirannya.
Muhammad Sanusi dilihat dalam kenderaan rasminya jenis Mercedes berwarna perak terus meninggalkan ibu pejabat suruhanjaya secara tergesa-gesa jam 11.37 pagi tanpa melayan wartawan yang menunggunya seawal jam 8 pagi.
Siasatan lengkap
Sementara itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memaklumkan siasatan kes rasuah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kini di peringat akhir.
Bagaimanapun menurut Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim siasatan terbabit tidak boleh didedahkan kepada umum kerana mengandungi maklumat rahsia dan sensitif.
“SPRM sudah memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberikan keterangan katanya dalam kenyataan hari ini.
SYOR BACA – SPRM reman Pemimpin PAS, CEO Persatuan Bola Sepak Kedah minta rasuah lebih RM6 Juta
Note: Wartawan yang digelar ‘Barua’ oleh Sanusi berdoa semoga Sanusi dan Presiden KFA cepat dibuat pertuduhan