Dikala Persatuan Bola Sepak Kedah berdepan masalah pembayaran gaji pemain tertunggak 5 bulan kini meletup isu Ketua pegawai eksekutif (CEO) Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Zulkifli Che Haron ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak Kedah meminta rasuah bernilai lebih RM6 juta.
Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor membenarkan permohonan reman empat suspek oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Alor Setar semalam
Naib Presiden KFA, Muhamad Radhi Mat Din mengesahkan perkara itu dan pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas selewat-lewatnya esok, bagi membincangkan perkara berkenaan secara teliti dan terperinci.
Muhamad Radhi yang juga EXCO Belia dan Sukan negeri berkata, Zulkifli dianggap sebagai individu paling kuat bekerja di dalam KFA dan bertanggung jawab membantu menyelesaikan masalah hutang yang membelenggu persatuan itu sebelum ini.
Semua ditahan antara jam 5 hingga 6.30 petang semalam, ketika masing-masing hadir ke Pejabat SPRM Kedah bagi rakaman keterangan.
Berdasarkan siasatan dijalankan, wang lebih RM6 juta dimasukkan ke akaun Persatuan Bola Sepak Kedah tidak diisytiharkan sebagai hadiah atau sumbangan.
Wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengendali serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan tangkapan ke atas empat suspek itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009.
Zulkifli mula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KFA pada 2020 lalu, selain beliau pernah menjadi Penolong Setiausaha KFA pada 2008 hingga 2013.
Zulkifli Bin Che Haron juga pernah menjadi calon PAS N13 Kota DarulAman pada PRU14 tahun 2018.
1 thought on “SPRM reman Pemimpin PAS, CEO Persatuan Bola Sepak Kedah minta rasuah lebih RM6 Juta”