Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengekalkan hasil siasatan membabitkan pelanggaran akta penetapan harga terhadap Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd (LFM), anak syarikat milik penuh Leong Hup International Bhd.
Daripada 5 syarikat yang didenda RM415.5 juta, Leong Hup dikenakan denda tertinggi iaitu RM157.5 juta.
Tempoh pelanggaran syarikat ialah Januari 2020 hinggalah 30 jun 2022.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia jumaat lalu (22 Disember), kumpulan itu berkata, dalam keputusan berkenaan, MyCC telah mengenakan penalti kewangan sebanyak RM157.47 juta ke atas LFM dan menerima notis keputusan membabitkan Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.
MyCC turut mengekalkan Keputusan Cadangan dengan Keputusan Cadangan yang Dipinda.
Merujuk kepada penyerahan laporan perubahan harga makanan ayam kepada MyCC, LFM disyaratkan untuk memasukkan dokumen khusus dalam laporan bulanannya membabitkan tempoh pelaporan tertentu dan tarikh bagi pengemukaan.
“LFM juga diwajibkan melaksanakan program pematuhan dan perlu mendaftarkan pekerja-pekerja dan ahli lembaga mereka dalam program pematuhan undang-undang persaingan dalam tempoh ditetapkan.
“Syarikat itu juga disyaratkan memasukkan peruntukan dalam Kod Tingkah Laku yang mengakui bahawa keterlibatan dalam pelanggaran undang-undang persaingan (adalah) satu salah laku,” kata kumpulan itu.
Bagaimanapun, kumpulan itu percaya penemuan siasatan MyCC berkaitan pelanggaran (akta) itu adalah tanpa merit dan selepas perbincangan dengan penasihat undang-undang luarnya, ia akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mencabar keputusan berkenaan dan memohon penangguhan.
Saham Leong Hub ditutup rendah 0.57 sen pada jumaat, jatuh 0.25 sen atau 4.31% memberikannya permodalan pasaran bernilai lebih RM 2.0 bilion.
Leong Hup memainkan peranan besar di Asia Tenggara bagi industri pengeluaran ayam dan makanan ayam. Tuduhan kepada Leong Hup sebagai ‘Kartel’ ayam yang menyeleweng adalah sesuatu yang sangat serius. Leong Hup wajar mencabar MyCC.
Semakan 30 pemegang saham utama Leong Hup, GLC kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merupakan pemegang saham Leong Hub. Apakah tindakan MyCC akan memberi kesan kepada pelabur ASB,ASM, Bumiputra fund dan KWSP?
LAPORAN PENUH MyCC seperti berikut;