Polemik pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) nampaknya sangat panjang. Kerajaan dan Menteri Besar bertukar silih berganti tetapi projek KXP terus tertangguh. Halangan terbesarnya ialah kekurangan dana membiayainya. Dianggarkan kos pembinaannya RM5 hingga 7 bilion.
Mukhriz selaku Menteri Kedah ketika itu mengumumkan kerana Lapangan Terbang ini Kerajaan Kedah menubuhkan KXP AirportCity Holding Sdn Bhd syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Selepas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjad Menteri Besar Kedah pada Mei 2020, beliau meneruskan projek KXP ini. Sanusi mempunyai peluang besar melaksanakan projek KXP ketika Kerajaan PAS berkuasa sebagai kerajaan pusat di bawah PM8 Muhyiddin Yassin dan PM9 Ismail Sabri. Namun kekal tidak mendapat peruntukan kerajaan persekutuan.
Di bawah Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) diubah konsep dan dijenamakan kepada Kedah Aerotropolis. KXP bukan sekadar lapangan terbang tetapi sebuah bandar raya baharu di persekitaran lapangan terbang terbabit. Strateginya Kedah Aerotropolis sebagai hub kargo yang diangkut menggunakan pesawat di rantau Asia seperti yang terdapat di Memphis, Amerika Syarikat.
ECK Group of Companies – Tan Sri Dato’ Dr. Khor Eng Chuen
Pada Februari 2021 ECK Group of Companies melalui anak syarikatnya ECK Development Sdn. Bhd diumumkan oleh kerajaan negeri Kedah bagi menyertai usahasama membangunkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). ECK Development Sdn. Bhd milik Tan Sri Dato’ Dr. Khor Eng Chuen dan isterinya Puan Sri Datin Ginney Chew ECK Development Sdn. Bhd. ECK akan menjadi rakan strategik projek KXP bermula daripada urusan pembinaan sehingga pentauliahan lapangan terbang itu.
Kontrak ECK Group ialah perlu membangunkan lapangan terbang bertaraf antarabangsa dengan dua landasan, membangunkan bandar raya udara dikenali ‘Kedah Aerotropolis’ dan ‘Airport City’ di Mukim Sidam Kiri, Kuala Muda selain syarikat dipertanggungjawabkan menarik pelabur dari dalam dan luar negara untuk melabur di Kedah Aerotropolis dan Airport City. Sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) akan ditubuhkan dengan fungsi utama mendorong pembangunan dan kewangan bandar raya udara di kawasan seluas lebih 9,000 hektar itu.
Siapa tidak kenal Tan Sri Dato’ Dr. Khor Eng Chuen, Pengarah Urusan dan Puan Sri Datin Ginney Chew, Ketua Pegawai Kewangan ECK Development Sdn Bhd. ECK Group tidak asing di Pulau Pinang dan Kedah.
Pernah dikaitkan dengan projek kontroversi SPRM, Consortium Zenith projek terowong bawah laut Pulau Pinang selain penaja utama Persatuan Bola Sepak Kedah. ECK Group of Companies juga dikaitkan dengan syarikat balak Aman Mega Sdn Bhd dan ladang Musang King di Baling Kedah yang kecoh kerana punca banjir.
RAKAN SCAMMERS MBI INTERNATIONAL SDN BHD
Tan Sri Dato’ Dr. Khor Eng Chuen juga merupakan rakan niaga Tedy Teow, firma ‘scammers’ pengubahan wang haram kontroversi, MBI International Sdn Bhd anak Tedy Teow iaitu Teo Wee Meng pernah menjadi pemegang saham dalam ECK Development Sdn Bhd. Ini bermakna ECK juga tempat Tedy Teow dan anak-anaknya mencuci wang haram.
Awal januari 2021, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika itu Ketua Polis Johor menerus Ops Pelican 2.0 mengumumkan polis mengesan tiga perancang utama penipuan Macau Scam menerusi pembelian hartanah bernilai RM336 juta di Pulau Pinang melibatkan syarikat Teow Wooi Huat (Teddy Teow), peranan sebagai pembeli yang berurusan dengan syarikat pemaju manakala dua anaknya Teow Ee Meng dan Teow Chee Chow pula adalah dua ‘proksi’ yang juga pengarah syarikat bagi Tuah Semenanjung Sdn Bhd dan MBI Properties Sdn Bhd.
BACA – Teddy Teow MBI dalang ‘Macau Scam’ pembelian hartanah RMM336 juta
Sindiket berkenaan menggunakan wang hasil penipuan untuk membeli 100 unit kondominium mewah dan unit komersial bernilai RM336 juta di Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang, selain disalurkan untuk jual beli matawang kripto. Sejak Jun 2020 sindiket Teddy Teow bersama dua anaknya telah menerima wang berjumlah RM25 juta menerusi akaun keldai daripada 91 akaun bank berbeza, iaitu 18 akaun peribadi dan 73 akaun bank milik syarikat.
Teddy Teow diburu dan melarikan diri ke Danok, Thailand. Bagaimanapun pada 22 julai 2022 Teddy ditahan di Thailand atas dakwaan pengubahan wang haram. Selain penipuan hartanah, Skim piramid MBI International Sdn Bhd runtuh, penguatkuasa Malaysia berjaya membekukan 91 akaun bernilai RM177 juta pada tahun 2017.
Terdapat maklumat Teddy Teow menggunakan Mafia Korporat Victor Chin Boon Loong berunding di belakang membebaskannya membawa ke Malaysia dengan tawaran beratus juta namun gagal.
ECK Development Sdn Bhd adalah sebahagian rangkaian MBI International. Persoalan besar mengapa Sanusi memilih syarikat yang terlibat dalam pengubahan wang haram ECK Development bagi melaksana projek KXP atau Kedah Aerotropolis?
ECK DEVELOPMENT SDN BHD SYARIKAT TIADA WANG
Pada 24 Februari 2021 Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan melantik ECK Development Sdn Bhd melaksana projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) namun mencetuskan kontroversi bahawa Tan Sri Dato’ Dr. Khor Eng Chuen dan ECK Development Sdn Bhd adalah syarikat kroni ‘Sanusi’. Bagaimanapun Sanusi menafikan perkara ini.
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor ketika itu mempertahankan ECR Development Sdn Bhd kerana berjaya menunjukkannya memiliki dana lebih RM1.5 billion bagi fasa pertama projek terbabit dan RM5 billion bagi fasa kedua. ECR group katanya punya ‘proof of fund’. Syaratnya dalam tempoh enam bulan syarikat perlu mendepositkan yuran komitmen berjumlah 125 peratus daripada RM2.1 bilion untuk pengambilalihan tanah.
Namun semakan menunjukkan ECK Develpoment Sdn Bhd mempunyai modal berbayar RM300 juta adalah sebuah syarikat yang mencatatkan kerugian sehingga RM43 juta selepas cukai. Sekalipun aset semasanya bernilai RM547 juta namun liabilitis syarikat mencecah RM627.6 juta. Keupayaan ECK menarik pelabur juga meragukan. Menurut sumber ECK dan pelbagai pihak menjual surat kelulusan syarikat itu untuk menipu pelabur.
SANUSI SINGKIR ECK DEVELOPMENT SDN BHD
Bagaimanapun enam bulan selepas itu pada 13 julai 2022, Menteri Besar Kedah Sanusi mengumumkan Syarikat ECK Group (ECK) tidak lagi terlibat dalam projek membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). Penamatan kerjasama tersebut disebabkan syarikat berkenaan gagal memenuhi syarat yang dipersetujui dalam perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua pihak. ECK Development milik Tan Sri Dato’ Dr. Khor Eng Chuen gagal mendepositkan yuran komitmen berjumlah 125 peratus daripada RM2.1 bilion untuk pengambilalihan tanah.
Selain syarikat tiada wang, imej ECK Development terjejas teruk kerana ‘scammer’ dan skandal pengubahan wang haram antara faktor Sanusi perlu menyelamatkan Kerajaan Negeri Kedah.
PELANTIKAN SYARIKAT BAHARU TAHIRA AIR SDN BHD
Oleh kerana ECK Development Sdn Bhd ditamatkan atas alasan gagal menyediakan RM2.1 bilion yuran komitmen maka pada 22 November 2023 KXP AirportCity Holdings Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian usaha sama dengan syarikat baharu iaitu Tahira Air Sdn. Bhd bagi menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) untuk meneruskan projek Kedah Aerotropolis.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, syarikat SPV itu dinamakan sebagai Kedah Aerotropolis Holdings Sdn. Bhd. Beliau berkata, Kedah Aerotropolis Holdings akan menjadi pemaju baharu projek tersebut bagi menggantikan SPV lama.
Sehari selepas MOU pelbagai pihak mengecam syarikat Tahira Air Sdn Bhd yang JV dengan KXP AirportCity Holdings Sdn. Bhd sebagai syarikat tidak berkemampuan kewangan kerana hanya mempunyai modal berbayar RM2 juta tetapi berlagak melaksana projek bernilai RM6 bilion. Sanusi MB mengesahkan syarikat Tahira Air nampak tidak mampu namun mempertahankan bahawa Syarikat Tahira Air Sdn. Bhd atas alasan tidak beroperasi di Malaysia tapi beroperasi di China. Syarikat itu mengendalikan kargo beratus tan setahun.
Bagaimana syarikat Tahira Air Sdn Bhd modal berbayar RM 2juta mampu membayar deposit 125 peratus iaitu RM2.1 bilion bagi kos pengambilan tanah? ECK Development Sdn Bhd sebelum ini modal berbayar RM300 juta pun masih gagal mengumpul wang sebesar RM2.1b.
SIAPA PEMILIK SYARIKAT TAHIRA AIR SDN BHD?
Pengasas dan Group CEOnya ialah Vincent Tan Kee Kim. Tahira Group hanya pengendali kargo bukan kontraktor pembina Lapangan Terbang. Modal berbayar hanya RM2 juta. Menurut semakan semuasyarikat dalam Tahira Group tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Revenue Syarikat hampir RM5 juta setahun namun pemilikan aset tidak seberapa. Sejak ditubuhkan syarikat dalam posisi kerugian. Siapakah pembiaya mereka di belakang tabir tidak diketahui.
SIAPA SPV KEDAH AEROTROPOLIS HOLDINGS SDN. BHD?
MB Muhammad Sanusi dalam sidang media juga menyebut mengenai syarikat SPV yang dinamakan sebagai Kedah Aerotropolis Holdings Sdn. Bhd. Katanya Kedah Aerotropolis Holdings akan menjadi pemaju Kedah Aerotropolis.
Namun semakan menunjukan SPV Kedah Aerotropolis Holdings Sdn. Bhd pemegang sahamnya masih ECK Development Sdn Bhd (80%) dan KXP Airportcity Holdings Sdn bhd (20%). Pengarahnya Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen bekas rakan ‘Scammers’ Tedy Teow.
Apakah selepas ini Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen kekal dalam Syarikat SPV Kedah Aerotropolis Holdings Sdn. Bhd? Apakah mudah membuangnya kerana menurut sumber beliau berbelanja besar membayar rasuah melobi projek KXP ini sejak awal dilaksanakan.
Jika kekal bermakna penamatan ECK Development Sdn Bhd hanya lah wayang semata untuk menutup imej Tan Sri dan ECK yang tercalar dan syarikatnya yang pernah terlibat dengan pengubahan wang haram.
Jika Dato’ Allan Goh Pengasas MYAirline boleh disiasat kerana pengubahan wang haram dalam i-serve online mall sudah tentu Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen Pengarah ECK Development Sdn Bhd juga boleh disiasat sama.