Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua warga PETRONAS di semua peringkat mengekalkan prestasi cemerlang dan integriti dalam usaha menarik lebih ramai pelabur pada masa akan datang.
Menurut Anwar Ibrahim kecemerlangan syarikat PETRONAS terbukti apabila sering menjadi perhatian di peringkat antarabangsa termasuk keyakinan Arab Saudi melabur di negara ini.
“Saya berbangga kerana PERONAS dapat pertahankan intergriti yang sangat tinggi dan saya mengesahkan apa yang diketahui selama ini tentang kesungguhan tenaga profesional dan juga staf di semua peringkat.
“Tak mungkin kita capai prestasi sebaik ini kalau pengurusan dan tatakelolanya tidak baik dan cemerlang,” katanya.
Anwar memaklumkan Malaysia bakal menjadi hab penting bagi syarikat minyak dan gas terbesar di dunia, Saudi Aramco (Aramco) selepas syarikat itu terus berminat melabur di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen syarikat itu ditunjukkan apabila satu mesyuarat lembaga Aramco akan diadakan di negara ini tahun depan.
Beliau berkata, mesyuarat itu akan dikendalikan PETRONAS dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam bidang berkenaan.
“Saya ada jumpa dengan Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, (Putera) Mohammed Salman, syarikat gergasi minyak, Aramco antara syarikat minyak terbesar di dunia dan dia beri tahu saya tentang pelaburan di Pengerang (Johor), ia ada masalah sedikit.
“Dia kata Perdana Menteri, saya nak jadikan pelaburan Aramco di Pengerang bersama Petronas dan Malaysia sebagai hab penting bagi pelaburan Arab Saudi di Malaysia dan untuk rantau ini.
Media sebelum melaporkan Saudi Aramco akan beroperasi di Pengerang, Johor dan Kemaman, Terengganu tetapi masih belum dimuktamadkan.
Untuk rekod pada 2017 di zaman Najib Perdana Menteri 6, syarikat minyak dan gas nasional Arab Saudi Aramco melabur US$7 bilion di Pengerang
Anwar mengakui bukan semua syarikat di dunia mampu mencapai kemajuan sekiranya pengurusannya lemah, wujud gejala rasuah dan penyelewengan.
“Tetapi sejarah kita dari awal PETRONAS telah mencatat bukan sahaja kemajuan dan pulangan kepada syarikat dan negara kerana pulangan dana daripada PETRONAS kepada negara ini, itu sudah mencecah sampai ratusan bilion ringgit.
“Jadi apa pengajaran daripada PETRONAS iaitu negara kita mampu diangkat sebagai negara hebat di rantau dengan syarat ada pimpinan politik, pengurusan seperti di PETRONAS, penjawat awam dan dasar serta pengurusan yang jelas.
“Sebab itu, saya pesan kepada Tengku Taufik selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS menerapkan dalam semua latihan PETRONAS mesti disemai nilai, akhlak dan integriti untuk mengkekalkan imej Petronas,” katanya
Beliau berkata demikian pada Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Kerja Petronas Pantai Timur di Kompleks Petronas Pantai Timur, Kerteh di sini
CEO Petronas disiasat SPRM
Mei lalu The Corporate Secret mendedahkan Skandal Rasuah ‘Big Ben’ Petronas-Petrofac kontrak RM399 juta yang menggegarkan negara melibatkan Tengku Muhammad TaufikTengku Kamadjaja Aziz Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS yang melantik syarikat PETROFAC dari UK yang sebelum ini disekat oleh banyak negara akibat pendakwaan rasuah. Pelantikan PETROFAC mencetuskan isu integriti yang memalukan negara.
SPRM sendiri mengesahkan membuka fail siasatan dan Petronas juga telah menjawab memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung siasatan dakwaan rasuah berhubungan pemberian projek kepada syarikat Petrofac di Sarawak.
SPRM dan Petronas juga mengesahkan penemuan beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja dipercayai berkaitan pemberian tender projek berkenaan dan menggesa Petronas perlu membuat penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah pencegahan rasuah.
Mengapa syarikat Petrofac yang disahkan terlibat rasuah di pelbagai negara seperti Emiriah Arab Bersatu diberi projek RM399 juta membina loji gas darat baharu di negeri Sarawak oleh PETRONAS? Pengesahan Serious Fraud Office (SFO) dan media antarabangsa sangat jelas.
PM Anwar sendiri selepas kes rasuah PETRONAS tular mengarahkan siasatan terhadap CEO dan Presiden PETRONAS.
Bagaimanapun siasatan kes kepada CEO PETRONAS ini nampaknya ditutup.