Selepas didedah sekian lama oleh pengguna facebook Aliff Ahmad tentang penyelewengan dana Aman Palestin Berhad yang sangat liat diaudit setiap tahun akhirnya membuktikan NGO Aman Palestin itu mempunyai masalah besar.
Terbaru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00.
Ia berhubung siasatan SPRM itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu.
SPRM dalam satukenyataan berkata, pihaknya juga merakam beberapa keterangan saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain objektif penubuhan syarikat berkenaan.
“Sebelum ini, SPRM membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.
“Siasatan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dipetik berkata ketika ini siasatan masih berjalan dan pegawai forensik agensi itu sedang meneliti dokumen membabitkan kewangan syarikat berkenaan.
Media melaporkan SPRM memulakan siasatan ke atas Aman Palestin berhubung aktiviti pengumpulan derma untuk rakyat Palestin susulan tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) menarik balik kebenaran untuk syarikat itu membuat kutipan bagi tujuan berkenaan.
SPRM mempunyai kuasa untuk memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang diterbitkan media.
NGO ISMA dan AMAN PALESTIN BERHAD
AMAN PALESTIN BERHAD merupakan milik NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan berkait dengan Jemaah Islamiyah Malaysia (JIM) yang menyokong PAS namun berpecah kepada NGO IKRAM pro Parti Amanah Negara (PAN) dan ISMA kepada Parti PAS.
IKRAM dan ISMA sentiasa bersaing menunjukkan peranan mereka di negara ini. Kedua-duanya mempunyai anak syarikat yang terlibat dengan banyak perniagaan. IKRAM nampak menonjol dalam jabatan kerajaan dan universiti. Ketika Dr Mazlee sebagai Menteri Pendidikan IKRAM lebih mendapat dalam Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Tinggi dan Universiti Awam. Manakala ISMA lebih menonjol dengan sentimen RASIS Melayu dan kerja sukarelawan AMAN PALESTIN miliknya yang boleh mengutip ratusan juta wang penderma.
AMAN PALESTIN BERHAD adalah pembayar gaji atau sumber kewangan kepada pemimpin-pemimpin ISMA yang kaya raya ini.
Presiden ISMA yang terkenal sebelum ini ialah Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dengan watak pejuang melayu Islam yang lebih rasis. Mengukuhkan kedudukannya dalam ISMA walaupun tidak lagi menjadi Presiden ISMA, Abdullah Zaik dilantik sebagai Amir (Ketua Umum) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) jawatan yang kekal sehingga beliau meninggal dunia.
Ketika Abdullah Zaik Presiden ISMA beliau sangat anti Anwar Ibrahim. Pernah didakwa atas Akta Hasutan kerana kenyataannya terhadap ‘kedatangan pendatang cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan’ tahun 2014.
Tahun 2016 Abdullah Zaik Abd Rahman disabitkan bersalah kerana penerbitan artikel berbaur hasutan dan didenda RM2000.
Sikapnya menuduh Anwar pemimpin PH sebagai pemimpin “liberal demokratik” dan membawa dasar liberal sosialis multiracial sejak 2013 kekal sehingga sekarang sebagai Amir ISMA walaupun kini Anwar Ibrahim sebagai PM10.
Bagaimana Abdullah Zaik Abdul Rahman memperalat AMAN PALESTIN?
Abdullah Zaik Abdul Rahman sebagai AMIR ISMA merupakan Pengerusi NGO Aman Palestin yang digerakkan menggunakan Syarikat AMAN PALESTIN BERHAD.
Sejak AMAN PALESTIN BERHAD ditubuhkkan 3 Januari 2006 Abdullah Zaik merupakan Pengasas dan Lembaga Pengarahnya sehingga kini. Abdullah Zaik sangat berkuasa di AMAN PALESTIN BERHAD sekalipun beliau bukan lagi Presiden ISMA.
Ketua Pengawai Eksekutifnya ialah Awang Suffian Awang Piut. Oleh siasatan SPRM pastinya berkisar kepada individu penting yang berkuasa meluluskan dana syarikat iaitu Pengerusinya Abdullah Zaik Abdul Rahman, CEO Awang Suffian dan pengarah kewangan AMAN PALESTIN.
RM34 JUTA AMAN PALESTIN AMBIL DUIT PENDERMA UNTUK OPERASI TAHUN 2021
Sebelum ini didedahkan AMAN PALESTIN mengutip RM114.5 juta tetapi mengambil 30% daripada kutipan rakyat sebagai ‘management fee’ yang dianggap sangat keterlaluan.
Kelewatan Laporan Audit kewangan AMAN PALESTIN juga mencurigakan. Aduan dibuat menyebabkan SSM mendenda/ kompaun kepada AMAN PALESTIN
AMAN PALESTIN menjawab isu kelewatan laporan audit kerana Covid-19 dan kekurangan pekerja. Tetapi bayaran pengurusan dan gaji mencecah jutaan ringgit.
Laporan SSM yang tersebar menunjukkan kutipan AMAN PALESTIN tahun 2021 ialah RM114.5 juta!!! Sumbangan yang dihantar kepada Palestin hanya RM70.26 juta. RM34.35 juta sebagai ‘management fee’ dan pendapatan syarikat. RM 8 juta dibayar untuk pengurusan. Berapa Gaji Pengerusi, Ketua Pengawai Eksekutif (CEO), lembaga pengarah dan staf AMAN PALESTIN tidak pernah didedahkan. Begitu banyak perbelanjaan mencurigakan tidak pernah dimaklumkan kepada penderma.
Bayaran ‘management fee’ kutipan sumbangan AMAN PALESTIN berubah-ubah. Laporan audit tahun 2015, 20 peratus, tahun 2014 12 peratus dan 2021 sebanyak 30 peratus. Ketika kecoh isu 30% bayaran management fee, AMAN PALESTIN menggunakan alasan ‘Management fee’ 30 peratus ditentukan Bank Negara Malaysia namun bank negara itu menafikannya.
Siasatan SPRM penyelewengan RM70 juta AMAN PALESTIN berasas
AMAN PALESTIN sebelum ini beberapa kali membuat penafian penyelewengan dan salah guna kuasa. Namun pengesahan SPRM kali ini menyebabkan AMAN PALESTIN terkedu. Pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00 pasti bakal membongkar kegiatan NGO AMAN PALESTIN yang menjual nama Palestin untuk perniagaan.
RM70 juta setakat ini jumlah awal yang telah diseleweng oleh pengurusan AMAN PALESTIN. SPRM masih menyiasat dan merakam beberapa keterangan saksi penting lain. Siasatan forensik akaun bank AMAN PALESTIN dan beberapa anak syarikatnya pasti akan menemukan kesalahan sama ada salah gunakuasa, pecah amanah, rasuah atau mungkin kepentingan melibatkan peribadi dan keluarga.
Akaun bank, setiausaha syarikat dan semua entiti yang diwujudkan oleh ISMA dan AMAN PALESTIN BERHAD pastinya akan menerima kesan kerana siasatan SPRM ini.
Akaun Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai pemilik AMAN PALESTIN BERHAD pastinya disiasat jika NGO ini menerima dana daripada AMAN PALESTIN. Begitu juga anak syarikat bawah AMAN PALESTIN dan ISMA seperti Kedai Amal Aman Palestin Sdn Bhd, Media Isma Sdn Bhd yang menguruskan portal Isma Web dan Kerengga Merah Sdn Bhd untuk Pertiwi TV.
KEDAI AMAL AMAN PALESTIN SDN BHD
Apa motif Kedai Amal Aman Palestin? kutip derma atau mencari untung. Kononnya kedai ini berkonsepkan “Membeli Sambil Menderma Untuk Palestin”. Setiap pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Palestin. Tapi benarkah disalurkan? Ke mana wang syarikat ini di belanjakan. Belanja pengurusan kedai ini nampaknya tinggi. Jika jualan kedai tolak kos kedai barang semua tak cukup untuk membayar kos lain seperti sewa, gaji , audit cosec, agen cukai, bil api air dan internet untuk apa perniagaan kedai ini jika hanya untuk mencipta kos baru untuk AMAN PALESTIN?
Atau sebenarnya Kedai Amal Aman Palestin yang diwujudkan unuk mencuci wang-wang derma daripada AMAN PALESTIN BERHAD? Syarikat rugi hasil pendapatan pun tak mampu menderma untuk Palestin.
MEDIA ISMA SDN BHD- IsmaWeb.net
IsmaWeb dikendalikan oleh Syarikat Media Isma Sdn Bhd merupakan entiti penting millik ISMA. Dipengerusikan oleh Dr Norzila Baharin bekas Naib Ketua Wanita ISMA. Beliau merupakan Pengerusi dan Lembaga Pengarah Media Isma Sdn Bhd.
Laman IsmaWeb dijadikan media propaganda ISMA sehingga artikel berbaur perkauman dan fitnah disiarkan dalam portal itu. Beroperasi di bangunan 33-1-1 Jalan Medan PB1A Bandar Baru Bangi. Mempergunakan perkataan Melayu dan Islam dengan kenyataan rasis yang menyebabkan Abdullah Zaik Abdul Rahman didakwa bawah Akta Hasutan dan diputuskan bersalah oleh mahkamah.
Persoalan besar dari mana Media Isma mendapat dana? Dengan hanya modal berbayar RM2.00, jualan tahunan RM407,866.00 dan keuntungan RM137,864 yang meragukan. Memiliki cawangan seluruh negara sudah tentu mempunyai kos yang tinggi.
SPRM wajar menyiasat aliran kewangan ISMA, AMAN PALESTIN yang dimasukkan ke dalam Media Isma Sdn Bhd.
KERENGGA MERAH SDN BHD- TV PERTIWI
Selain Media Isma satu lagi platform milik ISMA dan AMAN PALESTIN ialah TV Pertiwi. TV Pertiwi dikendalikan oleh Syarikat Kerengga Merah Sdn Bhd (KMSB) yang ditubuhkan pada Julai 2018. Siapa pemilik Syarikat Kerengga Merah Sdn Bhd? sekali lagi Dr Norzila Baharin doktor pakar bedah ini sebagai Pengerusi TV Pertiwi dan penama syarikat. Ini bermakna Kerengga Merah merupakan anak syarikat kepada AMAN PALESTIN.
Dari manakah TV Pertiwi yang dikendalikan Kerengga Merah Sdn Bhd mendapat dana? Modal berbayar RM250 ribu, liabiliti semasa RM1.1 juta dan hasil jualan tahunan RM1.5 juta. Syarikat ini rugi sejak ia dimulakan. Bagi tahun 2021 kerugian syarikat ialah RM2,406.00. Dari mana hasil jualan RM1.5 juta ini?
Jika TV Pertiwi adalah perniagaan merugikan mengapa terus bertahan?. Duit mana digunakan membantu syarikat ini? Pastinya AMAN PALESTIN BERHAD!
Ogos lalu TV Pertiwi disekat oleh SKMM kerana melanggar kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memberi maklumat salah atau tidak tepat dalam portalnya. TV Pertiwi berulang kali melakukannya dengan berita panas kontroversi. Sekatan itu menyebabkan Amir ISMA Abdullah Zaik berang, mengecam SKMM dan Anwar PMX. Maklumlah TV Pertiwi mendapat dana AMAN PALESTIN atas alasan perbelanjaan media.
Sebenarnya ada banyak lagi yang berkaitan dengan NGO ISMA dan entiti berkaitan dengannya. Disenaraikan seperti berikut (Namun tidak diberi perincian dalam artikel ini);Pihak berkuasa boleh menyiasatnya jika siasatan forensik akaun menemui kaitan antara mereka.
1. PEMBINA – Persatuan Belia Islam Nasional
2. I-Medik – Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia
3. Yayasan Ikhlas – PROF. DR. ZAINUR RASHID ZAINUDDIN
4. Pemuda ISMA – KLIK
5. Berjasa –Bersama Pimpin Negara
KEPENTINGAN ABDULLAH ZAIK ABD RAHMAN DALAM AMAN PALESTIN BERHAD
Abdullah Zaik Abd Rahman adalah pengasas AMAN PALESTIN BERHAD. Dilaporkan Abdullah Zaik Abd Rahman hidup mewah. Bermakna beliaulah kunci sebenar pergerakan wang AMAN PALESTIN yang dikutip lebih RM100 juta itu. Jika RM70 juta yang SPRM kata diseleweng maka Abdullah Zaik lah pemimpin salah guna kuasa itu.
Kita percaya SPRM sedang menyiasat semua hubungan Abdullah Zaik selaku Pengerusi AMAN PALESTIN dengan syarikat miliknya atau keluarganya dengan AMAN PALESTIN. Ke mana kah wang RM70 juta atau mungkin lebih lagi telah di belanjakan. Pendedahan sebelum ini oleh Aliff Ahmad mungkin sangat berguna untuk SPRM.
Berikut beberapa syarikat utama yang SCRUT ANALytica berjaya dijumpai tentang Abdullah Zaik.
1. Benua Sunda Carigali 2 Sdn. Bhd. – mining dan quarrying.
2. Benua Sunda Niaga Sdn. Bhd. – mining dan quarrying
3. Alaf Ideal Sdn. Bhd. – Mining gold!
4. Akademi Menembak LT Adnan Sdn. Bhd.
5. Berkat Ikhwah Sdn. Bhd. – Event dan production company.
6. Medi-Circle Sdn. Bhd. – Syarikat terkait Kumpulan Az-Zahrah dan Studio Kembara
Jika SPRM berjaya membuktikan kes Abdullah Zaik dan pengurusan AMAN PALESTIN BERHAD menyeleweng lebih RM70 juta pastinya NGO yang berniaga menjual nama Palestin lebih banyak kes terbongkar.
Bukan individu yang terlibat penyelewengan saja perlu didakwa, Syarikat AMAN PALESTIN BERHAD yang bersekutu dengan pengarahnya wajar diambil tindakan di bawah Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum bawah seksyen 17A(2) akta sama, membawa hukuman denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika ia idapat dinilai atau RM1 juta mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Seksyen ini pernah digunakan terhadap kes rasuah Menara KL April lalu.
Ketika beliau merasa bangga dan mencemuh TPM Zahid Hamidi yang didakwa kes rasuah salah guna kuasa oleh musuh Dr Mahathir sebelum ini, Abdullah Zaik berlagak suci mempersenda kes Zahid selepas mahkamah membebas tanpa lepas.
Oleh itu digesa SPRM mempercepatkan siasatan kes AMAN PALESTIN BERHAD ini agar segera mengheret Abdullah Zaik ke mahkamah. Rakyat akan melihat bagaimana pemimpin NGO seperti ISMA melakukan salahgunakuasa, pecah amanah, rasuah dan sebagainya. Jika didakwa rakyat percaya lagi ke NGO menjual nama Islam dan penderitaan rakyat Palestin?
Selagi rakyat Palestin derita selagi itu kutipan derma menguntungkan NGO ISMA dan AMAN PALESTIN. Sudah tiba masa kerajaan mengawal aktiviti kutip derma menjual agama ini.
1 thought on “ISMA dalang seleweng RM70 juta, SPRM digesa dakwa Abdullah Zaik, Suffian CEO Aman Palestin Berhad”