Bilakah kemelut MYAirline akan selesai. Selepas tangkapan Pengasas dan pemegang sahamnya Dato’ Allan Goh, isteri, anak, pengarah kewangan, pengurusan i-Serve Online Mall dan peguam Nampak kemelut baharu ialah berhubung masalah gaji yang tidak dibayar sejak dua bulan lalu.
Datuk Allan Goh Hwan Hua merupakan pemegang saham tunggal terbesar syarikat penerbangan itu melalui Syarikatnya Zillion Wealth Bhd, 88% kepentingan dan Trillion Cove Holdings Bhd, 10% kepentingan. Kedua-dua syarikat Zillion Wealth dan Trillion Cove merupakan milik Goh yang pernah terlibat pengubahan wang haram
Bank Negara Malaysia (BNM) juga pernah mengenakan penalti monetari pentadbiran berjumlah lebih RM50 juta terhadap syarikatnya I-Serve Online Mall Sdn Bhd dan lagi kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Malah sebelum itu tahun 2021, 22 premis yang dikaitkan dengan i-Serve Online Mall Sdn. Bhd dan anak syarikatnya di Kuala Lumpur dan Selangor telah diserbu, dokumen berkaitan telah dirampas untuk siasatan. Serbuan itu turut mengakibatkan 45 akaun bank di 7 bank dibekukan dan merampas wang tunai berjumlah RM118.7 juta.
Allan Goh yang telah didakwa oleh Bank Negara atas AMLA kini disiasat lagi bawah AMLA oleh PDRM dalam kes MYAirline.
Persoalan besar bagaimana Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) melakukan audit keselamatan terperinci untuk menilai keupayaan dan kecekapan MYAirline? tiadakah semakan jenayah kepada pemilik syarikat dan pemegang saham sehingga tidak tahu Dato’ Allan Goh dan isterinya terlibat jenayah pengubahan wang haram?
Bagaimana ketika meluluskan CAAM meluluskan Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) syarikat penerbangan MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) tidak menemukan masalah kewangan syarikat itu?
Apakah kerana Eksekutif Interim MyAirline Datuk Seri Azharuddin Rahman merupakan bekas Ketua Pengarah DCA yang sangat berpengalaman, sangat tahu mengenai aspek keselamatan, kewangan, kelayakan permohonan lesen penerbangan dan lain-lain?
Bagaimana semua ini terlepas pandang oleh CAAM dan MAVCOM?
Terbaru selain siri tangkapan lain, 15 pelabur yang ‘mencuci wang’ kepada Dato’ Allan Goh menyaman Dato’ Allan kerana kerugian pelaburan.
Mengapa 15 individu atau pelabur yang saman Allan Goh tidak disasat dan tangkap kerana mereka melabur kepada Allan Goh yang sudah tahu ‘scammer’?
Laporan Polis tak bayar gaji
Selain tuntutan tiket kapal terbang lebih 200 ribu penumpang dengan nilai kira-kira RM 20 juta yang belum selesai kini 15 kakitangan MYAirline membuat laporan polis terhadap syarikat penerbangan bermasalah itu berhubung gaji yang tidak dibayar.
Abdul Salam Nek Kamal, seorang pegawai khidmat pelanggan di MYAirline, berkata mereka mengalami masalah kewangan yang ketara selepas syarikat terbabit gagal membayar gaji sejak dua bulan lalu.
“Kami juga tidak pasti dengan status pekerjaan kerana belum ditamatkan perkhidmatan tetapi (kekal) tidak dibayar gaji. Situasi ini memberi tekanan terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil.
“Apa yang menyedihkan ada segelintir kakitangan dihalau keluar rumah kerana tidak dapat membayar sewa,” katanya kepada media di perkarangan Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, hari ini.
Abdul Salam berkata dia sebelum ini memegang jawatan sama di syarikat lain namun membuat keputusan untuk bekerja di MYAirline kerana ditawarkan gaji lebih tinggi.
“Apabila kami bertanya mengenai gaji, mereka (pengurusan) sering memberi respons, ‘tunggu sekejap’.
“Tetapi berapa lama? Setahun? Dua tahun? Mereka perlu memberi kepastian mengenai tempoh masa itu,” katanya.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor, yang menemani kakitangan terbabit, mengkritik MYAirline kerana sikap “tidak profesional” dan menggesa kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap syarikat itu.
Beliau juga berkata MTUC mahu kerajaan memastikan gaji semua kakitangan itu dibayar.
Rupanya selain pakar menghilangkan diri pada 12 Oktober kerana menggantung operasi, MYAirline juga pakar tidak bayar gaji.
Selepas ini mungkin lebih ramai lagi dipanggil PDRM kerana pengubahan wang haram syarikat i-Serve Online Mall Sdn Bhd.
SYOR BACA – Muhyiddin nafi kaitan MYAirline namun tahu peguamnya Roslan Dahlan wakili Dato’Allan Goh