Kes GIIB Holdings ini adalah satu contoh kes Groundless Charge. Ada yang tidak kena dengan siasatan SPRM terhadap syarikat-syarikat senarai awam yang cuba dirampas oleh Mafia Korporat sebelum ini. Mereka dimalukan malah ada yang dipaksa meletak jawatan dan dipecat. Ini semacam satu trend disiasat, direman dan dituduh SPRM tetapi kemudiannya membebaskan
dan melepaskan mereka atas alasan pertuduhan tidak berasas.
Bertarung sejak dua tahun lalu dengan kumpulan Mafia korporat Chong Loong Men dan Dato’ Sri Lim Kok Han (Dato’Teleng) akhirnya dua bekas pengarah syarikat dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada syarikat Grant Thornton Malaysia PLT berhubung penjualan dan pelupusan mesin terpakai bernilai RM2.95 juta.
Peguam Amer Hamzah Arshad berkata Hakim Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Pengarah GIIB Rubber, Wong Ping Kiong, 60, dan Tai Boon Wee, 63, untuk mengetepikan semua pertuduhan berkenaan.
“Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan dan membenarkan permohonan anak guam untuk mengetepikan pertuduhan. Oleh itu, mereka dilepaskan dan dibebaskan,” kata peguam yang mewakili Wong dan Tai ketika dihubungi.
Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How mengesahkan perkara tersebut.
Berdasarkan notis usul, Wong dan Tai selaku pemohon memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 selain memohon supaya mereka dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
Notis itu difailkan antaranya atas alasan kedua-dua pemohon tidak boleh dikatakan ‘berniat’ untuk memperdaya atau mengelirukan syarikat pengauditan Grant Thornton jika dokumen yang dirujuk tidak ada kaitan dengan syarikat berkenaan.
Pada 13 Jan lepas, Wong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada syarikat Grant Thornton Malaysia PLT berhubung penjualan mesin terpakai yang tidak wujud berjumlah RM2.95 juta.
Tai pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersuhabat melakukan perbuatan itu.
Bagi pertuduhan pertama, Wong didakwa mengemukakan nota debit GIIB Rubber bertarikh 30 Dis 2019 mengandungi butiran palsu kepada pengurus audit Grant Thornton, Tam Siew Ping berhubung penjualan enam unit mesin terpakai bernilai RM2.95 juta kepada Top Rate Engineering Works.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat memperdayakan syarikat pengauditan tersebut walhal penjualan mesin berkenaan tidak berlaku.
Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, Wong didakwa mengemukakan dokumen palsu kepada individu sama agar kebenaran diberikan kepada Goodway Rubber Industries Sdn Bhd., untuk melupuskan mesin sama bernilai RM2.95 juta kepada Top Rate Engineering.
Semua perbuatan itu dilakukan di pejabat Grant Thornton Malaysia, Sheraton Imperial Court, Jalan Sultan Ismail di sini antara Januari dan Februari 2021.
Wong didakwa mengikut Seksyen18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai butir palsu itu atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.
Tai didakwa bersubahat mengikut Seksyen 28(1)(c) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18 akta itu.
Rancangan Mafia Korporat
Sejak dari awal kes GIIB adalah usaha sekumpulan individu Mafia Korporat mahu mengambil alih GIIB Holdings Berhad.
Kemuncak kemelut ini ialah pada 23 Mei lalu apabila Bursa Malaysia mengumumkan Dato’ Sri Andy Lim Kok Han muncul sebagai pemegang saham besar GIIB Holdings Bhd, selepas membeli 125.93 juta saham dalam GIIB dengan membelanjakan RM11.96 juta (9.5 sen) Berikutan pengambilalihan itu, Lim memegang 21.297% kepentingan dalam GIIB. Saham itu diperoleh daripada budaknya Yee Voon Hon bekas Pengarah Bukan Eksekutif GIIB yang melupuskan sahamnya pada tarikh sama pembelian oleh Lim Kok Han.
BACA – Mafia Korporat: Selepas Lim Kok Han Kuasai Kepentingan GIIB Holdings, SPRM tahan pengarah eksekutif kes pecah amanah RM 500 Ribu
Berikutan itu penguasaan dalam saham itu, Dato’Teleng dan Chong Loong Men dalam satu perjumpaan bersama Tai Boon Wee mendesak agar melantik Dato’ Sri Andy Lim Kok Han sebagai Pengarah Eksekutif GIIB. Tai menentangnya dan terjadilah insiden ugutan menggunakan pistol pada 6 Jun 2023. Kes jenayah ini menyebabkan Lim Kok Han di reman polis kerana mengugut.
Status kes jenayah ini tidak diketahui sehingga sekarang sama ada ditutup atau tiada tindakan lanjut (NFA).
BACA – Mafia Korporat Lim Kok Han direman Polis peras ugut guna pistol terhadap Pengerusi GIIB Holdings Berhad
Pelantikan Pengerusi Baharu GIIB
Bagi mengurangkan tekanan Teleng Lim Kok Han, Mafia Korporat dan beberapa orang dalam ‘SPRM’ GIIB Holdings Berhad melantik melantik Dato’ Sri Wan Adnan Wan Mamat sebagai pengerusi bukan eksekutif baharu pada 20 Jun 2023.
Wan Adnan bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota dari tahun 2004 hingga 2008, dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Tanjung Lumpur, Pahang dari tahun 2008 hingga 2013 itu dikatakan sangat rapat dengan pihak istana dan kerabat.
Bukan lagi rahsia di negara ini penglibatan istana dan kerabat dalam syarikat senarai awam seperti Cita Global Bhd, Transocean Holdings Bhd, KNM Group Bhd, Datasonic Group Bhd, AHB Holdings Berhad, Straits Energy Resources Berhad dan lain-lain lagi.
Grounless Charge
Kes GIIB Holdings ini adalah satu contoh kes Groundless Charge. Ada yang tidak kena dengan siasatan SPRM terhadap syarikat-syarikat senarai awam yang cuba dirampas oleh Mafia Korporat sebelum ini. Ini semacam satu trend disiasat, direman dan dituduh SPRM tetapi kemudiannya membebaskan dan melepaskan mereka atas alasan pertuduhan tidak berasas.
Mereka dimalukan diadili media secara terbuka untuk meletak jawatan atau dipecat syarikat tetapi akhirnya tidak bersalah tetapi syarikat dah jatuh ke tangan pihak lain. GIIB adalah satu contoh syarikat yang bertahan menghadapi tekanan penggunaan SPRM untuk mengambil alih sesebuah syarikat.
Thanks very nice blog!