Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau mempunyai kaitan dengan syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline), yang baru-baru ini menghentikan operasi secara mengejut selepas baru beberapa bulan beroperasi.
Presiden BERSATU itu menegaskan, beliau tidak mempunyai kaitan dengan pemegang saham, malah tiada pengetahuan mengenai latar belakang syarikat penerbangan berkenaan.
Katanya, kelulusan pengoperasian MYAirline itu juga bermula selepas beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Perdana Menteri.
“Saya dapati ada pihak yang cuba mengaitkan saya dengan kemelut yang melibatkan syarikat penerbangan MYAirline.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya tiada kaitan langsung dengan syarikat penerbangan ini atau mana-mana pemegang saham syarikat. Saya juga tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai latar belakang syarikat ini.
“Carian saya menunjukkan bahawa syarikat ini mendapat kelulusan bersyarat lesen perkhidmatan udara pada 22 Disember 2021 iaitu semasa saya tidak lagi menjadi Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan.
MYAirline baru-baru ini mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa Khamis lalu, sehingga diberitahu kelak.
Dalam satu kenyataan, Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu memaklumkan keputusan penggantungan dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.
MYAirline diasaskan secara rasmi pada 11 Januari 2021 dengan pemilikan saham terbesar Syarikat milik Datuk Allan Goh, Zillion Wealth Bhd (88 peratus), Trillion Cove Holdings Bhd (10 peratus) dan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rayner Teo (2%).
Lembaga Pengarah MYAirline terdiri daripada Datuk Allan Goh Hwan Hua; anaknya Sean Goh Tze Han; bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman; bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Abd Hamid Mohd Ali; Teo dan Pengarah Trillion Cove, Jothi Prakash Murugan.
Pada 11 November 2021 i-Serve Online Mall Sdn. Bhd dan sekutu berkaitannya kerana terlibat melakukan pelbagai kesalahan, termasuk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
22 premis yang dikaitkan dengan i-Serve Online Mall Sdn. Bhd dan sekutunya terletak di Kuala Lumpur dan Selangor telah diserbu, dokumen berkaitan telah dirampas dan 45 akaun bank di 7 bank dibekukan serta wang tunai berjumlah RM118.7 juta.
Tindakan penguatkuasaan dilakukan oleh Pusat Anti Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC) dengan Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan CyberSecurity Malaysia.
Peguam kepada kes ini adalah Rosli Dahlan Saravana Partnership.
Terbaru Bank Negara Malaysia mengenakan kompaun kepada I-Serve Online Mall Sdn Bhd dan enam entiti lain yang berkaitan kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Denda itu berjumlah RM50 melibatkan I-Serve Online Mall, i-Serve Technology and Vacations Sdn Bhd, QA Smart Partnership PLT, QA Elite Partnership PLT, QA Premium Partnership PLT, MM2217 PLT, dan Valuewise PLT.
Peguamnya Rosli Dahlan mewakili Dato’ Allan Goh
Mengulas peguamnya Rosli Dahlan, Muhyiddin berkata, pembabitan firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) sebagai peguam bagi pihak Dato’ Allan Goh syarikat MYAirline tidak boleh dikaitkan dengan dirinya.
“RDS sebagai sebuah firma guaman berhak untuk mewakili sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat guamannya,” katanya.
Sehubungan itu, beliau percaya terdapat pihak tertentu yang cuba mencemarkan nama baiknya dengan membuat tuduhan jahat kononnya beliau terbabit dengan syarikat ini.
“Hentikanlah politik murahan yang kotor ini,” katanya.
Rosli Dahlan baru ini disiasat SPRM berhubung penglibatan firmanya dalam kes rasuah berhubung penyelesaian Goldman Sachs dan kerajaan berkenaan isu bon 1MDB bernilai USD6.5 bilion.
Sumber SPRM mengesahkan terdapat wang haram dilaburkan kepada Syarikat pelaburan tidak berlesen.Siapakah entiti pelaburan itu?
Mungkinkah komisen ini digunakan oleh Rosli Dahlan bagi tujuan pelaburan haram itu kerana Dato’ Allan Goh merupakan pakar ‘pencuci’ wang haram sebelum ini.