Polis semalam menahan Pemegang saham terbesar MYAirlline Datuk Allan Goh Hwan, isterinya Datin Neow Ean dan anak lelakinya Sean Goh Tze Han, yang merupakan ahli lembaga MYAirline.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
“Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang,” katanya
Beliau berkata polis telah membuat permohonan reman hari ini 4 hari.
MYAirline Syarikat ‘cuci wang’ haram
Ahli perniagaan ‘scammer’ Datuk Allan Goh Hwan Hua merupakan pemegang saham tunggal terbesar syarikat penerbangan itu melalui Syarikatnya Zillion Wealth Bhd, 88% kepentingan dan Trillion Cove Holdings Bhd, 10% kepentingan. Kedua-dua syarikat Zillion Wealth dan Trillion Cove merupakan milik Goh yang pernah terlibat pengubahan wang haram.
Bank Negara Malaysia (BNM) juga pernah mengenakan penalti monetari pentadbiran berjumlah lebih RM50 juta terhadap syarikatnya I-Serve Online Mall Sdn Bhd dan lagi kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Siasat Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM)
CAAM melaporkan telah menjalankan audit keselamatan terperinci untuk menilai keupayaan dan kecekapan MYAirline malah tidak menemukan masalah kewangan.
Semua tahu Eksekutif Interim MyAirline Datuk Seri Azharuddin Rahman merupakan bekas Ketua Pengarah DCA yang sangat berpengalaman, sangat tahu mengenai aspek keselamatan, kewangan, kelayakan permohonan lesen penerbangan dan lain-lain. Namun memberi ruang akses kepada Datuk Seri Azharuddin Rahman dan MyAirline lesen pengendali udara dengna mudah adalah amat tidak wajar
Bagaimanapun satu persoalan besar apakah tiada semakan jenayah kepada pemilik syarikat dan pemegang saham. Ini kerana Datuk Allan Goh Hwan Hua dan isterinya Datin Neow Ean Lee memang pernah didakwa dan didenda oleh Bank Negara Malaysia. Ini termasuk perniagaan ‘scammer’ di negara ini seperti k8xpress, GoMart Season Grocer, i-Serve Payment Gateway Sdn Bhd, Trillion Cove Capital, Trillion Cove Holdings, Zillion Wealth Sdn. Bhd, Ample Prosperity, Zapp App, Pay4U app, UPay App dan UPay Me App. Lebih RM100 juta akaun mereka pernah dibekukan.
Malah rekod awal kewangan syarikat MYAirline pun sebenarnya sebuah syarikat yang rugi. Mungkin belum setahun syarikat beroperasi namun akaun mana mereka gunakan memulakan operasi syarikat ini?
Kerajaan perlu membekukan wang kutipan tiket awal kira-kira RM22 juta melibatkan 135 ribu penumpang itu.
BACA – MYAirline syarikat rugi, Azharuddin mengaku tiada pelan ‘Back up’, CAAM terhantuk baru tengadah?
BACA – BNM: I-Serve Online Mall milik Datuk Goh Hwan Hua ‘scammers’ dikenakan penalti RM50 juta, TNG Digital RM600k, MPI Generali RM260k , MISB RM134k
BACA – MyAirline dalam proses percepat proses bayaran balik wang