Perebutan lembaga pengarah dan pengambilalihan KNM Group Berhad antara kumpulan pengarah rakyat Malaysia dan kumpulan orang luar warga asing Jerman, Itali semalam berakhir dengan kemenangan rakyat Malaysia apabila Tunku Datuk Yaacob Khyra kekal sebagai Pengerusi KNM Group Berhad selepas majoriti pemegang saham tidak bersetuju beliau disingkirkan dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) semalam.
Kumpulan orang luar diketuai oleh jutawan Jerman Andreas Heenchen, digerakkan Flavio Porro (Itali) dan dibantu Mafia Korporat Malaysia Kenneth Vun, Dato’ Sri Alex Teh gagal menguasai KNM Group.
Sekalipun berjuta Euro dibelanjakan Andreas Heenchen sanggup datang ke Malaysia merampas KNM namun tidak semua pemegang saham terdiri rakyat Malaysia menyokong jutawan penjual senjata Heckler & Koch yang bermasalah di Eropah itu.
Andreas Heenchen bukan pelabur sebagaimana disebutkan kumpulan itu tetapi penyangak mahu merompak asset-aset KNM di luar negara jika mereka berkuasa. Niat warga asing Jerman dan Itali sudah diketahui lama.
EGM 16 Oktober adalah permintaan pemegang saham diketuai Andreas Heeschen dibantu budak-budak Mafia Korporat Kenneth Vun dan Dato’ Sri Alex Teh dalam syarikat Jiankun, SMTrack, CN Asia Corp dan Key Alliance untuk menyingkirkan lapan orang Lembaga Pengarah yang berada di pihak Tunku Yaacob iaitu Tan Sri Zulhasnan Rafique, Ravindrasingham Balasingham, Yee Hong Ho, Steve Ho Soo Woon, Thulasy Suppiah, Datuk Uwe Ahrens, James Beltran and Datuk Naresh Mohan.
Dan kumpulan itu mencadangkan Lembaga Pengarah Baharu terdiri daripada Tunku Kamariah, Andreas Heeschen, Edwin Silvester Das (CEO Jiankun International Bhd), Datuk Zaidi Mat Isa (SMTrack & Key Allianc), William H Van Vliet III (CN Asia Corporation Bhd), Flavio Porro, dan Datuk Abd Ghani Yusof (Bekas Pengerusi Komarkcop Bhd).
Kemenangan bergaya
Tunku Yaacob mendapat sokongan 184 pemegang saham atau 62.18% mengundi menentang resolusi pemecatan kumpulan berbanding 151 pemegang saham yang mengundi untuk memecat beliau sebagai pengarah.
Berbanding kem warga Jerman Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah hanya memperoleh 141 undi atau 47.66% saham undi untuk menyingkirkan Tunku Yaacob pemegang saham terbesar KNM Group.
Sekalipun Tunku Yaacob dan kumpulannya majoriti menang menyingkirkan resolusi Kem Andreas Heeschen dan Mafia Korporat, dua orang pengarah KNM di bawah Tunku Yaacob disingkirkan iaitu Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique dan Steve Ho Soo Woon.
Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique merupakan Bekas Pengerusi KNM Group pada September 2021 sebelum jawatan itu diserahkan kepada Tunku Yaacob Khyra. Mengapa mereka tewas? mungkin ada banyak perkara pemegang saham tidak berpuas hati dengannya.
Atau mungkin secara dalaman kumpulan KNM sengaja menyingkirkan Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique dan Steve Ho Soo Woon
Dengan kemenangan Tunku Datuk Yaacob Khyra dan Lembaga Pengarah sedia ada ini bermakna pemegang saham mahu kepimpinannya bagi melaksanakan strategi pemulihan dan Skim penyelesaian Pemiutang.
Tunku Datuk Yaacob Khyra mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang saham atas keyakinan, kepercayaan dan sokongan berterusan mereka.
Tunku Dato’ Yaacob memiliki 9.5% pegangan tidak langsung atau 384.2 juta saham yang dipegang melalui Melewar Industrial Group Bhd.
10 oktober lalu pembelian saham sahabat baik Tunku Dato’ Yaacob Khyra, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud memperoleh 203.47 juta saham atau 5.03% dengan nilai RM34. 59 juta kepentingan dalam KNM menambah sokongan kepada kumpulan Tunku Dato’ Yaacob. Tidak mustahil Mahmud Abu Bekir Taib ini akan menjadi sebahagian lembaga pengarah baharu dalam KNM.
TUMBANGNYA ANDREAS HEESCHEN JUTAWAN JERMAN
DAN FLAVIO PORRO ORANG ITALI
Nampaknya pemegang saham juga waras serta tahu siapa Andreas Heeschen dan Flavio Porro. Rakyat Malaysia tidak mudah mengalah kepada agen asing dari Jerman dan Itali. Andreas Heeschen mealui syarikatnya Heckler & Koch penjual senjata haram kepada pengganas Mexico, Serbian malah menjual senjata kepada anak Ghadafi yang kontroversi ketika itu. Flavio Porro adalah bekas Pengarah dan CEO yang meranapkan kumpulan KNM sebelum ini dengan hutang yang menyebabkan KNM berada dalam status PN17. Maka sudah tentu ditolak.
Dan Andreas Heeschen datang ke Malaysia memperalatkan rakyat Malaysia yang tidak tahu siapa dia. Kumpulan Mafia Korporat Malaysia melalui syarikat berhad dikuasai mereka membantu pula Andreas Heeschen demi wang Euro. Mafia Korporat hanya satu mereka mahu memanipulasi saham KNM Group Berhad. Sesetengah dari mereka yang sebelum ini membeli saham pada harga 21 sen telah menjual saham mereka ketika berharga 17 sen minggu lalu asalkan dapat menutup kerugian daripada rugi terlalu besar.
Ringkasnya pemegang saham menolak campur tangan ‘Orang Putih’ dalam syarikat Malaysia. Jika melabur maka buat cara melabur bukan menguasai dan kemudiannya menjual aset-aset KNM berharga di luar negara. Seorang lagi ‘Orang Putih’ yang disingkir ialah William H Van Vliet III Pengarah Bukan Eksekutif CN Asia Corporation Bhd.
Nampaknya Mafia Korporat Kem Kenneth Vun dan Dato’ Sri Alex Teh gagal menguruskan anak-anak buah pemegang saham yang meminta EGM serta bakal pengarah yang akan dilantik mereka untuk Kem Andreas Heeschen.
Sekalipun Kem Andreas Heeschen tidak mengiktiraf keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) kumpulan itu yang diadakan semalam dan meminta siasatan dijalankan terhadap pengiraan undi yang didakwa menyeleweng namun ini tak akan ke mana.
Kalah tetap kalah dan pemegang saham jelas tidak mahu wrarga Jerman dan Itali itu menguasai KNM.