Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima beberapa laporan dan aduan berhubung insiden pembayaran pulangan pelaburan dalam bentuk dividen oleh East West One Consortium Bhd (EWOCB) serta East West Horizon Plantation Berhad (EWHPB) yang diuruskan East West One Group (EWOG).
Mengikut rekod EWOCB dan EWHPB adalah syarikat-syarikat yang menawarkan skim kepentingan berbentuk pelaburan kongsi tani berkaitan penanaman kelapa sawit.
Katanya, skim-skim kepentingan ini adalah skim kepentingan yang berdaftar dibawah Akta Skim Kepentingan 2016 (ASK 2016) yang dikawal selia oleh SSM.
“Dari April hingga September 2023, SSM telah menerima 46 aduan berkaitan syarikat-syarikat ini. SSM telah membuka kertas siasatan pada 25 September 2023 dan siasatan sedang giat dijalankan di bawah peruntukan ASK 2016 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
SSM berkata, lanjutan daripada aduan yang diterima, ia telah melakukan pemeriksaan fizikal ke atas pejabat pengurusan skim-skim ini serta lokasi penanaman kelapa sawit bagi meneliti isu yang dibangkitkan.
Katanya, menerusi pemeriksaan yang dijalankan, SSM telah mengeluarkan empat kompaun kepada dua pengarah syarikat, seorang pengurus dan syarikat pengurusan East West Horizon Plantation Bhd di bawah seksyen 46(1) ASK 2016 dengan nilai keseluruhan kompaun berjumlah RM1 juta pada 25 September 2023 lalu.
“SSM sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir dengan mengambil tindakan pematuhan, siasatan dan pendakwaan terhadap entiti atau individu yang didapati melanggar peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka berhubung tanggungjawab serta etika perniagaan.
“SSM memandang serius dakwaan seperti ini kerana ia menjejaskan amalan tadbir urus korporat baik yang seharusnya dipraktikkan oleh pengarah-pengarah syarikat,” katanya.
Kenyataan menambah, pelabur yang terkesan dengan skim-skim kepentingan berdaftar yang diuruskan oleh EWOG dan mempunyai maklumat untuk membantu siasatan, disarankan tampil untuk membuat aduan
Siapa mengurus East West One Group (EWOG)?
Laman web East West One Group menunjukkan Pengasas Syarikat ini ialah Dato’ Dr. Jessie Tang mendakwa dirinya berpengalaman dalam industri ladang sawit, keusahawanan dan pelaburan. Banyak anugerah keusahawanan diterimanya.
Perniagaan East West One Group ialah Pertanian, Pelaburan, perlombongan dan kesihatan. Beliau menggunakan semua ladang sawit di Sabah untuk meraih pelaburan.
Jika mengikut laporan media nampaknya telah lama skim pelaburan dibuat oleh Dato’ Dr Jessie Tang melibatkan ratusan juta.
Syarikat pelaburan rugi
Namun semakan kepada syarikat ini oleh pelbagai pihak East West Horizon Plantation Berhad bukanlah sebuah syarikat yang mencatatkan keuntungan. Sekalipun Aset syarikat sekitar RM197.8 juta, liabliti bukan semasa RM439.1 juta. Pendapatan tahunannya ialah 8.3 juta.
Namun kerugian sebelum dan selepas cukainya ialah RM50.3 juta. Bagaimana syarikat ini rugi bolehlah disemak dalam laporan audit kewangannya. Mungkin juga boleh disemak syarikat pemegang sahamnya seperti EAST WEST ONE GROUP SDN BHD.
Dato’Dr Jessie Tang, Samsul Wasni (asal Papar Sabah) dan Ngu Chie Kieng dan seorang lagi pengurusan East West Horizon Plantation Bhd dikenakan di bawah seksyen 46(1) ASK 2016 dengan nilai keseluruhan kompaun berjumlah RM1 juta pada 25 September 2023 baru-baru ini.
Antara dokumen -dokumen yang sentiasa di tunjukkan sebagai pengasas East West Horizon Plantation Bhd menarik pelabur.