SKANDAL melibatkan Datuk Chew Chian Han atau Joh Chew atau lebih layak digelar “Jho Low Sarawak” yang semakin rakus mengaut projek di Sarawak. Belum lagi reda mengenai satu Projek Pembinaan Jalan Utama Kedua (STR) bernilai RM529.83 juta yang melibatkan Datuk Chew Chiaw Han dan Ibraco Berhad, kini Joh Chew sapu lagi satu projek bernilai RM375 juta di Sarawak!
BACA – Ditangkap SPRM tahun 2020, bagaimana Datuk Chew Ibraco Berhad dapat projek bina jalan Utama Kedua Sarawak bernilai RM529.8 juta?
RM375 juta tersebut adalah PROJEK PEMBINAAN PELBAGAI KOMPONEN DI LOT 6036 BLOK 26 DI MUARA TUANG, KUCHING dianugerahkan oleh Lestari Asiabina Sdn. Bhd kepada Ibraco Berhad di mana Datuk Chew Chiaw Han atau Joh Chew adalah Managing Director. Joh Chew telah bersubahat dan berpakat dengan CEO Land Custody & Development Authority (LCDA) iaitu DATU MONALIZA ZAIDEL. Hubungan baik antara Joh Chew dan Monaliza telah memudahkan Joh Chew mendapatkan kelulusan bagi tanah Lot 6036 Blok 26.
RM375 juta adalah nilai yang telah di ‘markup’ oleh Joh Chew dan keuntungan projek ini akan dikongsi bersama Datu Monaliza. Mengikut kiraan yang sebenar projek tersebut melibatkan peruntukan HANYA RM159 juta. Wah RM216 juta profit yang Joh Chew SAPU? PDRM dan SPRM mesti tangkap Datu Monaliza untuk disiasat!
Joh Chew adalah PENYAMUN SARAWAK sama seperti Jho Low PENYAMUN 1MDB. Segala duit keuntungan yang diperolehi Joh Chew akan disalurkan dan ‘dicuci’ melalui syarikat Microsite Sdn. Bh dan satu syarikat di Singapura. Persoalannya SIAPAKAH PEMILIK SYARIKAT SINGAPURA tersebut? Jika disiasat lebih terperinci, sudah pasti SPRM akan dapat jejak ‘money trail’ dan aktiviti ‘money laundering’ yang dilakukan Joh Chew.
TERBARU, Joh Chew@Chew Chiaw Han dikaitkan dengan satu lagi kes SPRM. Joh Chew dikatakan telah MERASUAH Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALBS) sebuah rumah teres dua tingkat bernilai RM790,000.00 serta wang tunai berjumlah RM955,000.00 sebagai dorongan membantu anak syarikat milik Ibraco Berhad iaitu laitu Ibraco Construction Polybuilding Construction JV Sdn Bh memperoleh tender terbuka bagi projek “Design, Construction, Completion, Testing and Commissioning of Proposed Package NR4 (Nothern Region) for Sarawak Water Supply Grid Programme – Stressed Areas” bernilai RM44,888,000.00. Bukan itu sahaja, Joh Chew juga telah berikan 3 buah rumah yang dibina oleh Ibraco Berhad kepada Chang Kuet Shian (Pengarah JBALBS) secara PERCUMA! Sungguh LUAR BIASA dealing Joh Chew dengan Chang!
Tangkapan telah dilakukan oleh Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM ke atas beberapa individu termasuk Pengarah JBALBS Chang Kuet Shian dan Joh Chew. Walau bagaimanapun, Joh Chew telah KAUTIM dan BAYAR SATU JUMLAH WANG ‘LUMP SUM’ kepada pegawai SPRM sewaktu dia diambil keterangan. Akhirnya, Joh Chew sahaja yang TERLEPAS dan TIDAK direman. Buktinya, Surat Permohonan Perintah Reman daripada SPRM kepada Majistret Mahkamah Kuching bertarikh 10 Oktober 2023 (Selasa) menunjukan hanya Pengarah JBALBS dan beberapa individu lain sahaja yang direman TAPI Joh Chew BEBAS. Nampaknya Joh Chew BEGITU KEBAL. KENAPA DENGAN MUDAHNYA JOH CHEW DIBENARKAN IKAT JAMIN?
Rekod menunjukkan Joh Chew telah ditahan SPRM berkali-kali termasuk Kes Pemalsuan Dokumen dan Tuntutan Palsu berjumlah RM6 juta antara 2017 dan 2018 melibatkan projek jalan Negeri di pedalaman Sarawak di bawah Kementerian Pertahanan atau dikenali dengan ‘Projek Jiwa Murni’ yang keseluruhannya bernilai RM800 juta. Amat malang SPRM telah ‘dibeli’ oleh Joh Chew yang mempunyai CASH MONEY hasil dari manipulasi projek JKR, Contraction, Bekalan Air Sarawak dan aktiviti-aktiviti haram yang lain. Habis pegawai-pegawai kerajaan negeri dan agensi kerajaan dibeli oleh Joh Chew.
Sudah berapa kali Joh Chew ditangkap tetapi tiada tindakan dan pendakwaan! DI MANAKAH SILAPNYA? Banyak projek yang dia dah sapu! BUTAKAH SPRM dan Kerajaan Negeri Sarawak? HANCUR Negeri Sarawak selagi individu bernama Joh Chew ini tidak dibawa ke muka pengadilan.
Negeri Sarawak dalam keadaan yang cukup bahaya dengan adanya individu seperti Joh Chew. SPRM mesti menyiasat dan membongkarkan kesalahan serta aktiviti haram Joh Chew. Jika SPRM masih membisu, PDRM mesti tindakan menangkap Joh Chew. PMX dan Premier Sarawak Abang Johari mesti campur tangan dan mengarahkan pihak berkuasa PDRM dan SPRM untuk menyiasat Joh Chew.
pasang lah cctv dua tiga biji dan rakam. kalau tiada bukti macam ini. memang tidak dapat buat apa lah.
bukan orang makan gaji biasa tu yang mau ditangkap tu.