Pengarah Urusan MAHB lepas jawatan selepas kontraknya tamat 24 oktober ini.
Datuk Seri Iskandar Mizal Mahmood bakal berundur sebagai Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada 24 Oktober ini selepas dua tahun dilantik ke jawatan itu pada Oktober 2021.
Lembaga MAHB dalam satu kenyataan hari in mengucapkan terima kasih sepanjang tempoh dua tahun perkhidmatannya.
“Lembaga Pengarah ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Iskandar atas perkhidmatan dan kepemimpinannya sepanjang tempohnya bersama Malaysia Airports,” katanya.
Pengendali lapangan terbang itu turut mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Kewangannya, Mohamed Rastam Shahrom akan mengambil alih peranan sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 25 Oktober.
Sumber sebelum ini memberitahu tentang kontrak Datuk Seri Iskandar Mizal Mahmood sebagai Pengarah Urusan MAHB tidak akan disambung susulan kontroversi di MAHB.
Kontroversi penamatan kontrak Aerotrain KLIA Pestech bernilai RM742.95 memberi kesan buruk kepada MAHB. Penamatan Pestech tidak mengikut lunas undang-undang.
BACA – MAHB tamatkan kontrak Pestech Technology Sdn Bhd projek aerotrain KLIA
BACA- MAHB batal kontrak aerotrain KLIA, Pestech-IJM mahu selesai secara baik
Ketua Pegawai Eksekutif Pestech International Bhd Paul Lim Pay Chuan mendedahkan tiada isu kelewatan kerana Pestech masih mempunyai 11 bulan baki kontrak. Isunya hanya kepada pelan perubahan kerja, dan bekalan projek keretapi daripada Alstom yang akan sampai di Malaysia Februari 2024.
Semuanya hanya satu sebab Datuk Seri Iskandar Mizal Mahmood mahu menamatkan kontrak Pestech iaitu mahu melantik syarikat kroni MMC Corporation Berhad milik bos lamanya Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari.
Bukan itu sahaja, Iskandar Mizal turut melantik Gordon Andrew Stewart ‘orang asing’ sebagai COO MAHB berkuat kuasa 1 Oktober ini. Ia menunjukkan kegagalan Iskandar Mizal memimpin MAHB. Pelantikan ini menggambarkan tiada rakyat Malaysia layak dilantik sebagai COO MAHB.